Translate

Khamis, 2 Julai 2009

Benarkah Umno Pendokong Perpaduan.......

Apabila kenyataan Tuan Guru Haji Hadi disanggah oleh individu dan Ngo tentang Umno sebagai parti yang tidak mendokong perpaduan. Seperti kata Timbalan Pengerusi Alumni Kelab Penyokong Umno luar negara bahawa Umno lah yang mendokong perpaduan bersama MCA dan MIC dalam me'Merdeka'kan negara. Amat melucukan kata-kata Datuk Rais Zainuddin tentang sejarah kemerdekaan negara kerana beliau melihat dari versi Umno. sebelum mengeluarkan kata-kata tersebut sebagai seorang yang berpendidikan tinggi beliau sepatutnya melihat dari sudut sejarah yang sebenar. Sebenarnya Umno bukanlah parti yang menuntut kemerdekaan kerana apabila PKMM dan Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, Dr. Buhanuddin, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Taha Kalo, Pak Sako dan ramai lagi. Seperti di Kelantan sebelum Umno ditubuhkan, telah tertubuh sebuah parti politik yang bergerak aktif iaitu Persetiaan Melayu Kelantan (PMK) yang dipimpin oleh Haji Wan Ahmad, Haji Ishak Lotfi, Pakcik Daud, Asri Mohamad (Tan Sri) dan Cikgu Daud Jamil. Kejayaan terbesar PMK ialah menganjur kan rapat raksaksa di depan Istana Balai Besar pada tahun 1946 kerana menentang gagasan Malaya Union yang dikemukakan oleh wakil kerajaan British, Sir Harold MacMichael, kepada Raja-Raja Melayu pada masa itu. Sedangkan semasa itu para pemimpin Umno adalah 'Anak Emas' penjajah British yang menentang kemerdekaan Malaya. Para pemimpin Umno lah yang dipimpin oleh Dato' Onn telah memainkan peranan sehingga Hizbul Muslimin dan PKMM diharamkan. Para pemimpin kedua-dua parti tersebut ditangkap. Umno telah mengambil kesempatan daripada perharaman tersebut dengan menukar slogan 'Hidup Melayu' kepada 'Merdeka'. Harap Datuk Rais Zainuddin membaca sejarah dahulu apa yang berlaku sebenarnya. Dan beliau berkata "Perjuangan Umno menuntut agama Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Negara menunjukkan komitmen parti tersebut untuk menjadikan Islam sebagai sumber perpaduan melayu". Itulah Umno yang telah lakukan terhadap Islam sebagai agama persekutuan bukannya Negara Islam. Kalau sebagai agama persekutuan, apa bezanya dengan negara Perancis yang mengiktiraf Islam antara agama rasminya. Kalau hendak dikira perpaduan melayu, Umno lah yang menghancurkan perpaduan di atas jasa-jasa mereka sebagai 'Anak Emas' penjajah dalam usaha mengharam parti orang melayu pada masa itu. Apabila Tuan Guru Haji Hadi mengatakan Umno tidak menjadikan Islam dan Al-Quran sebagai rujukan untuk mewujudkan perpaduan negara ini. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Hadi. Kerana Umno sendiri bersifat sekular yang mentah-mentah menolak hukum Hudud yang kemudiannya dituduh "Hudud PAS". Kalau lah itu adalah Hudud PAS maka mana dia Hudud Umno untuk kita lihatnya. Janganlah diputar belit dengan Hudud yang telah diwartakan oleh kerajaan PAS Kelantan tetapi telah diberi amaran oleh Tun Dr. Mahathir agar tidak di laksanakan. Itu adalah untuk jawapan yang ditimbulkan oleh beliau.
Apakah beliau boleh mendabik dada yang Umno yang menubuhkan Bank Islam, Tabung Haji dan Majlis Agama Islam. Kalau sekadar menubuh perkara yang berjenama Islam belum cukup untuk mengatakan Malaysia adalah Negara Islam. Sekarang orang Melayu sudah pandai menilai bukan seperti dulu kalau tiang lampu dipakaikan pakaian pun orang Melayu akan pangkah Umno-Bn. Sekarang orang sudah celek IT cuma Umno-Bn sahaja yang tertinggal. Kerana itulah dalam pilihan raya 1990, PAS sudah mengunakan komputer dalam menyemak nama, Umno-Bn masih menggunakan pen dan pembaris.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular