Bila isu perobohan tempat penyembelihan babi di Kedah dirobohkan DAP Kedah mengumumkan keluar daripada Pakatan Rakyat. Inikah sikap DAP dalam isu yang remeh dan boleh dibawa berbincang. Mana dia penulis-penulis blog dalam mempertahan kan kerajaan Kedah.
Kenapa senyap sunyi daripada mengulas, apakah PAS hanya barua sahaja di dalam Pakatan Rakyat. Tetapi apabila kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS, ramai yang menonjolkan diri untuk menjadi jaguh sehingga dah buang tabiat, macam perangai Umno. Pemimpin sendiri dikutuk habis-habisan dan hilang segala tatasusila dalam jemaah.
Bermacam-macam kritikan, kutukan dan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada yang mengaku ahli PAS total. Sekarang dah nak jadi barua DAP pula. Kononnya nak menjaga hati rakan dalam Pakatan Rakyat. Tetapi apakah DAP menghormati PAS sebagaimana PAS menghormati DAP dalam isu kerajaan perpaduan.
Sedangkan ia hanyalah idea Presiden PAS sahaja yang tidak merujuk langsung tentang PAS akan bersama Umno. Mana pencacai-pencacai dalam mempertahankan PAS di Kedah. Sunyi sepi macam dilanggar garuda. Dan mula berkokok apabila Ketua Pemuda PAS mengajak Pemuda Umno untuk wacana ilmiah kerana mereka mengatakan beliau proksi Presiden.
Inikah sikap orang yang mengaku ahli PAS, Bila Presiden ditekan oleh kawan dalam Pakatan Rakyat bukannya nak menolong tetapi tumpang sekaki menekan Presiden. Inilah yang saya katakan barua atau pencacai Pakatan Rakyat. Inikah jemaah yang telah diajar dan diasuh dengan baik, tiba-tiba mengeluarkan bermacam.
Tetapi tidak kedengaran kritikan terhadap Mursiydul Am PAS apa TGNA mengajak Umno berdebat. sedangkan TGNA tahu dan arif yang Umno akan menolaknya mentah-mentah. Apa yang boleh saya uraikan ialah sudah ada tanda-tanda halus untuk menjatuhkan TGHH. Andainya idea debat itu datang daripada TGHH maka akan kita dengar suara-suara sumbang dalam memperlekeh kan TGHH.
Kerana itulah saya memanggil barua, kerana sanggup menghina TGHH sendiri daripada membela pemimpin sendiri. Saya nak dengar dan baca juga apa yang akan ditulis dalam mempertahan kan kerajaan Kedah. Barua-barua inilah sebenarnya yang telah merealisasikan isu kerajaan perpaduan yang telah dihentikan secara nyata tetapi barua-barua Pakatan Rakyat telah menghidupkan kembali cerita-cerita tersebut.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Sudah lama tidak membaca blog kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Pada hari Jumaat malam, saudara blogger Alhusseyn, Pahrol (orang kuat...
-
Apabila isu ini di bangkitkan semula dek kerana ada khabar-khabar angin yang 3 adun lompat akan kembali kepada Pakatan Rakyat, hentikan saj...
-
Saya pernah membidas blog AT diatas tulisan-tulisan dan bahasanya terlalu kesat untuk dibaca. Kritikan saya pernah dipanjangkan oleh b...
-
Osama bin Laden tidak diragukan lagi dalam jangkauan tentera AS di pergunungan Tora Bora ket...
-
Apabila akal diletakkan ditapak kaki inilah jadinya, sedangkan Allah s.w.t. meletakkan akal ditempat yang paling tinggi. Beliau membuat taf...
-
Tanpa Nama berkata... ya allah kamu cuba mengelirukan fakta,tahu tak itu dosa namanya. yg mula sekali bocor rahsia ini adalah dr hassan se...
-
Raja yang adil adalah raja yang menjadi Iman terhadap rakyatnya terutamanya semasa solat berjemaah. Sungguh bertuah bumi Kelantan kerana ...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini berkata beliau tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua Pas Shah Alam da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan