Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 14 Julai 2009

BN beri elaun minyak mengundi PDF Cetak Emel
TUESDAY, 14 JULY 2009 12:07

SUNGAI PERIAL, 14 Julai - Beberapa insiden berlaku ketika proses pembuangan undi sedang rancak dijalankan di beberapa buah peti undi sekitar Manek Urai.

Namun terdapat maklumat yang diterima mengenai pemberian 'duit minyak' kepada pengundi oleh pihak BN yang berlaku di belakang Pejabat Kesedar Kuala Krai sejak pagi tadi.

Menurut sumber, bagi pengundi luar mereka diberikan wang sebanyak RM300 manakala pengundi tempatan mendapat RM50 sehingga RM200 bergantung kepada jarak rumah seseorang pengundi itu. Ia berlaku di sebuah rumah papan, apabila pengundi yang berkenaan sedang beratur untuk mendapatkan wang yang dijanjikan pihak BN itu. Dalam perkembangan yang berbeza, terdapat maklumat menyatakan bahawa wujud kertas undi yang hanya mempunyai logo BN sahaja. Berdasarkan maklumat daripada seorang petugas PAS berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Peria, insiden tersebut dikesan berlaku apabila terdapat pengundi yang mengadu hal yang demikian di pusat pembuangan tersebut. Setakat ini, proses pengundian sedang giat berlangsung dalam keadaan yang masih terkawal. Penyokong kedua-dua parti begitu bersemangat merayu undi di saat akhir yang sudah masuk separuh masa kedua. Namun, pengundi-pengundi muda dikesan masih lagi kurang bilangannya berbanding pengundi di saluran satu dan dua yang terdiri daripada kalangan warga emas dan dewasa.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular