



APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........





TEMERLOH, 5 Okt: PAS
mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di
atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan
Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agung sebagaimana peruntukan
undang-undang koperasi.
Bagi
beliau, walaupun kurang setahun Isa menjawat jawatan Pengerusi Felda,
banyak keputusan yang membinggungkan warga dan kakitangan pengurusan
Felda telah dibuat.
Senarai itu termasuk 13 syarikat diMalaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.
BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.
Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.
Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.
DAHULU.....
Selamatkan Tok Guru
Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis.
Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bercadang ke Mekah pada tahun ini. Memang tiada perancangan tetapi Tuan Guru yang kita sayangi telah dipujuk oleh Menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman untuk ke Mekah kerana Ariff bercadang ke Mekah pada tahun ini.
Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.
Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.
Yang mengejutkan bila Tuan Guru yang ikhlas itu mengaku kepada wartawan pada 10 November 2009 bahawa memang benar kepergiannya di taja oleh orang luar.
Sekali lagi saya menyeru kepada Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya sekarang, seperti yang pernah saya nasihatkan kepadanya, “anta sudah banyak mencemarkan nama baik Tok Guru, cukuplah.”
Kenapa mesti Kafir Quraisy yang terpaksa memimpin Tuan Guru supaya keluar dari kontroversi. Di mana dia yang kasih dan sayang pada Tuan Guru kita?
SEKARANG......
Nik Aziz Berbohong.
Akhirnya setelah sekian lama menanti, Nik Aziz bersuara juga. Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan.
Dengan ini saya buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, bagi membuktikan beliau tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan saya bahawa PAS Negeri Kelantan dibawah pentadbirannya beramal dengan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme.
Tidak salah jika saya menyatakan yang blogger Kickdefella adalah penulis upahan yang akan mengikut sahaja apa yang diperintahkan kepada beliau. Jika dahulu bukan main lagi sanjungan yang beliau berikan kepada TGNA, tetapi sekarang ianya sudah menjadi satu dendam yang teramat sangat dihati beliau......... kenapa ya.
Disini kita boleh menilai akan sifat sebenar beliau membawa kebenaran dalam penulisannya. Kenapa beliau tidak mendedahkannya dahulu, kenapa sekarang. Jika benar ada salahguna kuasa, kenapa tidak melaporkan kepada SPRM. Agensi kerajaan yang cukup suka dan cinta kepada PAS dan pembangkang. Jangan kata buat lapuran, baru dengar khabar-khabar berangin, mereka dah tercegat kat pintu pejabat..
Sedangkan kickdefella cukup arif tentang undang-undang di Malaysia mengalah peguam dan hakim. Tengoklah bagaimana beliau mengulas tentang Pemangku dan Sultan Kelantan. Undang-undang di Malaysia bagaikan duduk dalam poket beliau. Jika beliau cukup bukti, buat saja laporan kat SPRM atau PDRM. Takkanlah dua agenci tersebut cukup takut untuk buat siasatan terhadap TGNA dan kerajaan PAS Kelantan.
Yang menjadi kemuskyilannya, dimana perginya hulubalang-hulubalang dalam mempertahankan TGNA dan kerajaan PAS Kelantan. Atau pun kejantangan mereka sudah hilang untuk mempertahankan TGNA, ataupun masih belum tamat usrah yang diberikan oleh T13 dan Pas Reform.

Desakan tersebut dibuat selepas tiga Pegawai Kanan Lembaga Pelabuhan Klang (PLB) didakwa di Mahkamah dua hari lalu. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendesak demikian supaya skandal PKFZ tidak terkubur begitu sahaja seperti skandal Perwaja disebabkan yang tertuduh, Tan Sri Eric Chia meninggal dunia. "Skandal Perwaja umpamanya berlaku di zaman Mahathir dan cuba diselesaikan di zaman Abdullah (Perdana Menteri) dengan mendakwa Eric Chia, cumanya skandal itu diam begitu saja apabila yang didakwa (Eric) mati saja. "Samalah seperti skandal PKFZ, Mahathir perlu tampil selesaikannya sebelum dia mati kerana ia melibatkan dia sewaktu jadi Perdana Menteri," kata Badrul. Ujarnya lagi, Mahathir tidak perlu mengangkat diri sendiri dengan mendakwa Umno seperti usus yang busuk, di dalam blognya. "Usus yang busuk yang dia (Mahathir) kata kepada Umno sebenarnya membarah sejak jadi Perdana Menteri, jadi tidak perlulah (Mahathir) mengangkat diri sendiri kalaupun nak menutup beberapa skandal yang mula berlaku di zamannya," ujarnya. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi kemudian, mendesak suatu suruhanjaya diraja yang bebas segera ditubuhkan. Ujarnya, penubuhan itu membolehkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno serta BN yang lain segera dalam masa. "Kalau dibuat Suruhanjaya Diraja, Tun Dr. Mahathir boleh segeralah dipanggil," tegasnya. "Bukan saja Tun boleh dipanggil jika Suruhanjaya segera dibentuk, malah Abdullah (bekas Perdana Menteri) pun boleh dipanggil kerana minit mesyuarat kabinet yang bocor itu berlaku dizamannya (Abdullah)." Beliau meminta Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu dipanggil oleh Suruhanjaya Diraja kerana beliau selaku Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah turut mengetahui minit kabinet berkaitan skandal pembelian tanah nelayan di PKFZ yang telah dibocorkan. Beliau turut mendoakan Mahathir panjang umur supaya skandal PKFZ boleh diselesaikan, tidak seperti skandal PERWAJA yang terbengkalai disebabkan kematian Eric Chia. Menurut Laporan Audit Price Waterhouse Coopers (PWC) yang diumumkan pada era Mahathir, 2002, dipercayai minit kabinet berhubung menjadikan tanah Pulau Indah sebagai kawasan pelabuhan bebas bocor. Kebocoran itu mendorong salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (1997-2003) bagi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datuk Abdul Rahman Palil membeli tanah tersebut melalui Koperasi Pembangunan Koperasi Nelayan Selat Lumut (KPNSL), sebelum kebinet mengumumkan projek PKFZ. Abdul Rahman kemudiaannya dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Pengerusi KPNSL. Dilaporkan KPNSL menjual tanah tersebut dengan harga yang murah, RM3 perkaki persegi. Tanah itu kemudiannya dibeli oleh Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan harga berlipat kali ganda, RM25 kaki persegi. Menurut Laporan Audit PWC juga, skandal PKFZ di PPSB ini turut membabitkan beberapa pemimpin Umno dan BN. Antaranya, Pengerusi KDSB Datuk Seri Azim Zabidi yang juga Bendahari Umno - Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) - Timbalan CEO Datuk Faizal Abdullah yang juga Ketua Pemuda Umno Kapar, dan sebagainya. Dalam Hansard Parlimen Mei lalu, dilaporkan skandal yang bernilai RM1.6 bilion pada tahun 2002 itu melambung antara RM7.4532 bilion dan RM12.5 bilion.(Harakah)
"Sebelum ini, ketika (Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak) Jamaluddin Mohd Radzi berada di dalam Pakatan Rakyat (PR), saksi utama Mohd Imran Abdullah menyatakan Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu di Pusat Bandar Seri Iskandar.| BN beri elaun minyak mengundi | | | |
| TUESDAY, 14 JULY 2009 12:07 |
| SUNGAI PERIAL, 14 Julai - Beberapa insiden berlaku ketika proses pembuangan undi sedang rancak dijalankan di beberapa buah peti undi sekitar Manek Urai. Namun terdapat maklumat yang diterima mengenai pemberian 'duit minyak' kepada pengundi oleh pihak BN yang berlaku di belakang Pejabat Kesedar Kuala Krai sejak pagi tadi.
Menurut sumber, bagi pengundi luar mereka diberikan wang sebanyak RM300 manakala pengundi tempatan mendapat RM50 sehingga RM200 bergantung kepada jarak rumah seseorang pengundi itu. Ia berlaku di sebuah rumah papan, apabila pengundi yang berkenaan sedang beratur untuk mendapatkan wang yang dijanjikan pihak BN itu. Dalam perkembangan yang berbeza, terdapat maklumat menyatakan bahawa wujud kertas undi yang hanya mempunyai logo BN sahaja. Berdasarkan maklumat daripada seorang petugas PAS berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Peria, insiden tersebut dikesan berlaku apabila terdapat pengundi yang mengadu hal yang demikian di pusat pembuangan tersebut. Setakat ini, proses pengundian sedang giat berlangsung dalam keadaan yang masih terkawal. Penyokong kedua-dua parti begitu bersemangat merayu undi di saat akhir yang sudah masuk separuh masa kedua. Namun, pengundi-pengundi muda dikesan masih lagi kurang bilangannya berbanding pengundi di saluran satu dan dua yang terdiri daripada kalangan warga emas dan dewasa. |