Sejarah menceritakan bagaimana Iman-Iman Besar yang terdahulu telah menolak jawatan sebagai Kadi Besar oleh Khalifah Islam. Adakah kerana gaji tidak cukup atau pun tidak dapat banglo mewah ataupun kerana tidak mendapat gelaran Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Panglima, Tan Sri ,Tun, Sir ataupun Lord. Maka mereka menolaknya.
Sedangkan kehidupan mereka pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan mereka dipelawa pula menjadi Kadi Besar yang dikatakan satu jawatan besar lagi penting. Kenapa mereka menolaknya, sedangkan ia dapat membantu taraf kehidupan mereka. Iman-Iman Besar juga sanggup dipenjarakan kerana menolak jawatan yang diberikan kepada mereka oleh Khalifah. mereka sanggup dipenjara daripada memegang jawatan tersebut.
Sedangkan sebagai Iman Besar mazhab masing-masing seperti Iman Hanifa, Iman Malik, Iman Hambali, Iman Syafei dan beberapa lagi nama Iman-Iman Besar yang lain. Mereka boleh memertabatkan Islam sekiranya mereka mengambil jawatan tersebut, tetapi mereka tetap menolaknya. Walaupun dikatakan menderhaka kepada Khalifah, mereka tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka.
Andainya kita ditawarkan seperti mana yang ditawarkan kepada Iman-Iman Besar tersebut, pasti kita tidak menolaknya. Contohnya........ sekarang aku bagi kamu pilihan, kamu nak terima atau tidak jawatan yang aku berikan. Kalau kamu terima aku bagi kat kamu gaji besar, elaun rumah, elaun makan minum, elaun pakaian, elaun keramaian,, elaun berak dan kencing pun aku bagi, lesen pistol, kereta besar, banglo besar, tiap-tiap tahun kamu boleh pergi melancong keluar negeri bersama dengan keluarga kamu. Tapi kalau kamu tolak, aku ISA kan kamu. Mana kamu nak..... kalau aku orang nak bagi macam itu, ibarat orang mengantuk disurungkan bantal. Siapa tak nak.
Tetapi kenapa Iman-Iman Besar itu menolak jawatan yang sebegitu penting sekali. Kerana mereka takutkan Allah s.w.t. dalam memegang amanah yang diberikan. Kerana mereka tahu apabila mereka menerima jawatan tersebut maka mereka akan menjadi pencacai pemerintah. Kerana mereka takut mereka akan menjadi seperti mufti Perak sekarang ini(dengan izin). Kerana mereka takut mereka akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Mereka tahu yang mereka akan mengkhianati Islam itu sendiri kerana untuk memuaskan hati pemimpin atau pemerintah. Mereka tahu yang mereka akan diikatkan tangan dan ditutupkan mulut daripada menyatakan kebenaran. Apakah tok mufti tidak dapat membaca apa yang tersirat dan tersurat apabila beliau dapat menambahkan koleksi pangkat beliau daripada Datuk kepada Tan Sri. Inilah yang dikatakan sebagai ulama yang menjual agamanya dengan harga yang murah. Diharap tok mufti kita tidak termasuk didalam golongan tersebut.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 25 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Kalau kamu hendak baca blog yang paling terbaik daripada terbaik........... kamu bacalah blog K.B.O, Tulang Besi dan yang sewaktu dengannya...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan