Apabila adun Kota Alam Shah daripada DAP, M, Mahoharan enggan memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok, pemuda Umno kesal dengan sikap beliau. Pemuda Umno juga berkata bahawa M. Mahoharan sudah lupa sejarah dan asal kewarganegaraannya.
Ini kerana M. Mahoharan menuntut supaya status bumiputra diberi kepada semua kaum terlebih dahulu sebelum mengenakan pakaian itu bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial malah menghina semua orang Melayu khususnya di kawasan beliau.
"Tindakan dan kata-kata beliau telah menguris perasaan orang Melayu dan beliau harus memohon maaf secara terbuka diatas kebiadaban dan sikap ketelaluan itu". Mereka berkata lagi,"kami Pemuda Umno memandang serius da menolak sekeras-kerasnya sebarang tuntutan bersentimen perkauman dan melampau yang dibuat oleh Mahoharan atau mana-mana pihak yang lain".
Apa yang ingin saya komen disini tentang pakaian kebangsaan(baju melayu) dan bersongkok itu adalah pakaian indentiti orang Melayu. Maka tidak timbul apa yang beliau hendak pakaikan kerana beliau seorang berbangsa India. Dan beliau ada indentiti sendiri sebagai bangsa India, janji beliau berpakaian sopan dalam menghadiri majlis rasmi. Apa yang pemuda Umno hendak bisingkan.
Kerana bagi pemuda Umno berbaju Melayu lebih penting daripada agama. Memang tidak dapat kita nafikan iman seseorang itu tidak boleh dinilai kerana hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahuinya. Tentang perkara itu saya tidak pertikaikan tetapi cara berpakaian sebenarnya tidak menunjukkan jati diri seseorang itu, apakah penting sangat tentang berbaju kebangsaa kalau langsung tiada keimanan.
Dan apa yang M. Mahoharan minta tentang status bumiputera itu adalah hak beliau sebagai seorang warganegara Malaysia. Bukan bermaksud saya menyokong beliau tetapi yang sebenarnya Umno sendiri yang mengajarnya. Kerana Umno sendiri pun adalah parti yang berpaksikan kepada perkauman. Ibarat 'pecah belanga tulang serpih, mengata orang dia yang lebih'.
Oleh kerana dasar Umno lah negara menjadi rosak dan berpecah belah kerana sentimen yang mereka mainkan dan apabila berlaku perkara-perkara seperti ini mulalah mereka memcari kambing hitam. Sebagaimana Umno menyalahkan orang Melayu apabila Singapura terlepas ketangan bangsa lain kerana tidak memberi undi kepada Umno. Itulah kerja Umno dari dulu sampai sekarang akan menyalahkan orang Melayu apabila dasar yang mereka lakukan tidak berjaya.
Sebelum Singapura terlepas daripada Malaysia, Dr. Buhanuddin Al-Hilmy ( Yang Dipertua PAS) telah memberi amaran kepada pemimpin Umno, sekiranya Umno tidak mengambil tindakan yang sepatutnya pasti satu masa nanti Singapura akan terlepas daripada Malaya. Beliau memberi amaran itu semasa berucap di Singapura. Maka benarlah kata-kata beliau dan pada 1963, Singapura jatuh ketangan PAP dan kemudian keluar daripada Malaysia.
Ayat yang sebenarnya ialah Umno yang menyingkir kan Singapura daripada Malaysia. Apakah pemuda Umno sudah lupa sejarah bagaimana Singapura terlepas daripada Malaysia sebelum menunding jari kepada orang Melayu. Kerana sikap perkauman yang dibawa oleh Umno lah bangsa lain mula menuntut hak-hak mereka. Jangan salahkan mereka tetapi salahkan diri sendiri.........Umno mudah lupa.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Selepas Bn tidak bertanding Di Dun Penanti dan selepas itu berlaku kekosongan Dun Manik Urai diatas pemergian penyandangnya keRahmatullah.Um...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera Umno be...
-
Osama bin Laden tidak diragukan lagi dalam jangkauan tentera AS di pergunungan Tora Bora ket...
-
“Hai istriku sebaiknya kita bernazar kepada Allah”, kata seorang saudagar kepada istrinya, “Jika kita diberi anak laki-laki, aku akan memoto...
-
KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pem...
-
Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah f...
-
Tawar menawar dan sogok menyogok sudah bermula di Bagan Pinang. Sementara itu, Isa Samad berharap dan berdoa, dia akan menang di Bagan Pina...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan