Membaca kitab-kitab tafsir Al-Quran, Al-Hadith, Fiqah, Usuluddin atau pun kitab-kitab yang lain, semestinya ada gurunya. Kerana ia amat penting untuk kita memahaminya secara jelas. Menurut alim ulamak, sekiranya kita membaca dengan tidak berguru maka guru kita adalah syaitan.
Kerana ada yang kita betul-betul tidak fahami tanpa guru. Gurulah yang akan memceritakan semula kepada kita akan isi kandungan sesebuah kitab. Tanpa guru, apalah yang ada pada diri kita (sayalah tu). Tok-tok guru akan menerangkan secara terperinci isi kandungan didalam sesebuah kitab yang kita pelajari.
Sebagaimana kita belajar sejarah, mathemetik, sains, fizik dan sebagainya. Kerana itulah peranan guru amat penting bagi kita dalam memahami apa yang kita pelajari. Kerana itulah apabila kita berguru, kita akan menghormati guru-guru tersebut. Sehinggakan para bijak pandai menukilkan guru umpama sebatang lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya.
Kita boleh berhujah dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang bersesuaian dengan sesuatu perkara yang kita perdebatkan. Tetapi apakah kita betul-betul mendalami ayat-ayat yang kita lontarkan dalam kita berhujah. Kita mencari ayat-ayat dan nas-nas yang kita rasa bersesuian dengan hujah kita tetapi kita sendiri tidak mendalami maksud sebenar ayat-ayat atau nas-nas tersebut.
Maka disinilah peranan guru amat diperlukan. Kerana itulah cara kita menegur orang-orang yang berilmu ada adat kesopanannya, melainkan orang yang berilmu sesama mereka menegur dan berhujah adalah berbeza dengan cara kita menegur orang-orang yang berilmu. Mereka berhujah dan berdebat kerana keilmuannya didalam sesuatu perkara. Baik agama ke, sains ke, fizik ke, sejarah ke...... dan yang sama waktu dengannya.
Rasulullah s.a.w. sendiri pun berguru dengan Jibrail a.s., kalau tidak mana mungkin Rasululah s.a.w. memahami isi kandungan Al-Quran. Walhal Al-Quran itu berbahasa Arab, tetapi Rasulullah s.a.w. tetap berguru. Para-para Sahabat r.a. berguru dengan Rasulullah, tabii bergurukan kepada Sahabat, r.a. tabii-tabii bergurukan tabii, para ulama bergerukan tabii-tabii dan seterusnya mengikut nasabnya sampai kepada kita.
Para ulama-ulama muktabar, apabila belaku kekhilafan akan sesuatu perkara, mereka akan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Lainlah dengan Umno yang akan merujuk kepada kitab perlembagaannya. Kerana mereka ini dahulu berkiblatkan kepada barat dan dizaman Tun Dr. Mahathir, mereka berkiblatkan kepada timur dan yang terbaru, Tok Jib kembali berkiblatkan kepada One Malaysia.
Kerana itulah, apabila para Sahabat r.a. ditanya tentang makna Alif Lam Mim, para Sahabat r.a. tidak boleh memberi tahu maknanya kerana Rasulullah s.a.w. tidak mengajarnya. Dan Jibrail a.s. pun tidak memberitahu maknanya kepada Rasulullah s.a.w. Kerana itulah Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Ali r.a. menyatakan, itulah kebesaran dan kebijaksaan Allah s.w.t. yang tidak memberitahu maknanya maka kita akan mengetahuinya.
Oleh itu janganlah kita mengelarkan pimpinan kita dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dan tegurlah dengan cara yang berhemah. Mereka bercakap dan berhujah berpandukan kepada ilmu yang mereka miliki dan mereka menghormati ilmu.
Kenapa saya menyebut yang mereka yakni ulama-ulama yang muktabar menghormati ilmu adalah berpandukan kepada kitab-kitab karangan mereka. Sebagai contoh, tok-tok guru dalam menulis sesuatu kitab..... kita lihat kepada ayat-ayat yang mereka gunakan berbunga-bunga. Sehinggakan kita sendiri tidak memahaminya kerana terlalu berbunga bahasa yang dilakarkan. Inilah yang dikatakan menghormati ilmu.
Bila saya melihat dan membaca kitab-kitab karangan mereka (saya sendiri pun sebenarnya memang jahil), saya tidak tahu hendak letak kedudukan saya ini dimana. Betapa kerdilnya saya, ibarat langit dengan bumi. Maka sama-samalah kita renungkan...... maaf jika ada kesilapan pada diri yang jahil ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan