Apabila Datuk Jamaluddin Jarjis (JJ) dilantik sebagai duta Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf Menteri. Dengan melantik JJ sebagai duta bertaraf Menteri, maka beliau tidak perlu mengosongkan kerusinya. Dalam pada itu DS Najib mula mengatur langkah untuk mematikan karier politik JJ.
Bila sebut JJ sahaja, saya mula teringat akan Datuk Mokthar Hashim. Menteri Belia yang didapati bersalah kerana membunuh Dato Taha (bakal Menteri Besar Negeri Sembilan) kerana untuk melebarkan pengaruh politiknya di Negeri Sembilan. JJ adalah huruf plat kereta Datuk Mokthar Hashim. Huruf JJ jugalah bukti yang membawanya ke hukuman gantung sampai mati.
Tetapi akhirnya beliau diberi pengampunan diraja, yang antara ahli penasihat pengampunan adalah Perdana Menteri. Semasa itu Perdana Menterinya ialah Tun Dr. Mahathir dan Datuk Mokthar Hashim dijatuhi hukuman gantung pun semasa era Tun Dr. Mahathir juga. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jua.
Yang pasti JJ tidak akan dicalonkan untuk PRU akan datang dengan melantik beliau terus kepada duta sepenuh masa. Maka akan bergolaklah politik Bahagian Rompin kerana DS Najib mula mengatur langkah untuk mengantikannya dengan orang-orangnya. Pasti kita akan melihat drama yang akan dipentaskan oleh Umno bahagian Rompin.
Pasti penyokong-penyokong setia JJ tidak akan berpuas hati dengan DS Najib yang cuba mematikan karier politik JJ, itu satu masalah. Yang satu lagi, apakah Malaysia sudah tiada lagi Pegawai Tadbir Diplomatik yang boleh dilantik sebagai Duta. Sehinggakan melantik JJ sebagai duta bertaraf Menteri. Apa salahnya kalau tunggu selepas PRU 13 ataupun beberapa bulan sebelum PRU 13.
Berapa banyak pula gaji yang beliau dapat bila dicampur dengan gaji ahli Parlimen, Menteri dan Duta, semuanya adalah wang rakyat. itu tidak termasuk elaun keraian, elaun perjalanan, elaun pakaian, elaun tempat tinggal, elaun kereta, elaun makan minum, elaun kencing, elaun berak dan bermacam-macam elaun lagi termasuk elaun r#@$ lagi.
Katakan gaji ahli Parlimen RM 6,000, gaji Menteri RM 16,000, gaji Duta RM 12,000 dah dapat RM 34,000 campur dengan elaun yang disebutkan diatas, katakan RM 18,000 maka duit rakyat yang telah disalah gunakan oleh Umno-Bn sebulan untuk JJ sahaja dah RM 52,000 (anggaran sahaja). Lihatlah bagaimana Umno-Bn telah menyalah gunakan duit rakyat untuk memperkayakan pemimpin/kroninya.
Apakah rakyat masih tidak sedar tentang apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno-Bn. Tolong Umno-Bn dedahkan pendapatan sebenar JJ, Perdana Menteri dan para-para Menteri dalam masa sebulan. Biar rakyat yang gaji tidak seberapa itu mengetahui pendapatan sebenar mereka sebulan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 10 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
CHAD Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan ba...
-
Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pul...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
-
Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini, Tanpa Nama Berkata... betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame ...
-
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan