Apabila sesetengah orang Islam mempertikaikan hukum Islam untuk di laksanakan di Malaysia, antara alasan yang kuat ialah mencari saksi yang adil. Itu tidak dinafikan, kerana ramai yang fasik. Tetapi bolehkah kita mengguna pakai alasan tersebut tanpa kita melaksanakannya.
Kerana Islam itu sendiri berdiri di atas keadilan, kerana itulah dalam Islam 'membebaskan lebih baik daripada menghukum'. Tetapi itu tidak bermaksud orang yang didakwa atas kesalahan yang dilakukan boleh bebas sewenang-wenangnya.
Adil didalam Islam bermaksud 'adil pada tempatnya'. Sebagai contoh, kita ada sepasang anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Adilkah kita apabila kita membeli dua pasang pakaian yang serupa seperti baju untuk perempuan sedangkan yang kembarnya lelaki. Apakah yang kita lakukan itu adil?.
Yang dikatakan adil ialah, kita beli sepasang pakaian perempuan dan sepasang pakaian lelaki kerana kembar kita itu lelaki dan perempuan. Kerana itulah adil didalam Islam ialah adil pada tempatnya. Oleh itu, jika alasan untuk mencari saksi yang adil baru boleh laksanakan hukum Syariah, maka sampai bila kiamat tidak dapat di laksanakan.
Apakah kita tidak berfikir bagaimana undang-undang parking kereta yang di laksanakan. Tidakkah pada mula ia di laksanakan ramai yang tidak mematuhinya. Tetapi lama kelamaan orang ikut juga, walau pun mereka tidak setuju. Kerana mereka tahu, kalau tak ikut kena denda, silap parking kena denda.
Sebenarnya yang menyulitkannya ialah pemimpin, asyik berbahas tak sudah-sudah. Banyak undang-undang yang ada di Malaysia ini, bukannya ramai yang memahaminya tetapi rakyat Malaysia tetap ikuti. Jika kita kata susah maka susahlah jadinya, jika kita kata senang maka senang lah jadinya.
Oleh itu peranan pemimpin amat besar untuk membentuk akhlak orang awam. Bagaimana hendak membetulkan pemikiran orang ramai, sedangkan pemikiran pemimpin sendiri pun tak betul. Hidup mewah, kereta besar, banglo besar, makan besar dan rasuah pun besar. Tidakkah tindakan pemimpin tersebut telah mengelirukan pemikiran rakyat.
Baru seorang dijatuhi enam sebatan kerana meminum minuman keras, satu dunia heboh. Tetapi apa yang telah Mahkamah Sivil jatuhi hukuman sebat ke atas pesalah, tidak bising pun. Mungkin selepas merdeka dah jutaan sebatan dilakukan terhadap persalah, kenapa diam dan tak kata zalim.
Bila Mahkamah Syariah jatuhkan hukuman sebat, macam-macam suara boleh dengar. Yang selama ini tidak ambil peduli pun, dah pandai nak taksir dengan berbagai-bagai taksiran. Nampak sangat anti Islam, tetapi nama Islam.
Nama tidak melambangkan ianya muslim atau tidak.......... kerana ada Islam keturunan........... ada Islam baka............ ada Islam terap.......... ada Islam hadhari........... ada Islam plastik........... baca elok-elok......... Islam plastik......... nanti kata Islam Palestin pulak.
Tapi tak apa.......... pasal baca............ kalau dengar.......... payah........ orang kata pelastik(bahasa orang pantai timur)........... dia dengar Palestin............. mungkin wartawan yang dengar itu......... telinga penuh dengan tahi.............. tersumbat. Ingatkan boleh buat modal.............. pilihan raya Permatang Pasir.......... hampas............ silap dengar........... tahi telinga banyak........... Selamat Berpuasa.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Ahmad Lutfi Othman Petang 31 Disember 2011, sewaktu menerima SMS daripada Kassim Muhamad, aktivis Paksi (Seniman Pak...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8. Ketika ini ramai pemimpin Umno cuba mengintai untuk masuk ke lubuk di antara parti-parti yang be...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapa...
-
Ia pembaharu tasawuf dan filsafat dalam Islam. Gagasan dan karya-karya Hujatul Islam ini, menjadi rujukan sampai sekarang. Dalam rak-rak di...
-
Dr M akan kempen untuk 'tuan guru' Ibrahim Ali Menteri perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen u...
2 ulasan:
salam musafir...
mereka dh tak faham konsep adil.... cmne ler nak berlaku adil...?
konsep Islam? lg la puak2 tu tak faham..
Sebenarnya pemikiran Umno masih lagi tidak merdeka dalam ertikata sebenar. Kerana itulah British memberi kemerdekaan kepada Umno dan mengharamkan PKMM dan Hisbul Muslimin daripada lanskap politik Malaya. Tidakkah Umno itu adalah anak emas penjajah British.Selagi orang Melayu bersama dengan Umno, sampai bila-bila mereka tidak kenal erti keadilan.
Catat Ulasan