Translate

Isnin, 17 Ogos 2009

H1N1 : Memang Konspirasi Jahat.

Apabila saya menulis tentang wabak H1N1 pada 14 Ogos  lepas yang bertajuk, H1N1 : Satu Konspirasi Jahat. Ianya semakin jelas apabila ada pihak yang telah mula mendapat labanya seperti harga mask(penutup hidung) yang mula menjadi berkali ganda harganya.

Satu kes di Thailand, bagaimana ahli keluarga seorang mangsa H1N1 terpaksa menjelaskan bil rawatan sebanyak 3 juta bath (lebih kurang RM309,000.00). Tetapi mangsa tersebut meninggal dunia juga akhirnya, dan keluarganya terpaksa menjual rumah dan kereta untuk melangsaikan bil-bil tersebut.

Ini satu perniagaan yang paling menguntungkan syarikat-syarikat pengeluar ubat terbesar dunia seperti Roche Inc., Pfizer dan sebagainya. Yang menjadi mangsa ketamakan syarikat-syarikat dan juga kerajaan yang mendapat hasil daripada cukai tersebut, ialah kita semua yang tidak berdosa dengan kerja-kerja jahat mereka.

Maklamat terkini yang saya terima ialah, kajian untuk mencari penawar virus H1N1 masih lagi belum lagi ditemui. Maka pihak yang terlibat dalam mengeluarkan virus tersebut cuba menangguhkan pengeluaran viksin tersebut setelah melihat kepada pengidapnya yang masih lagi belum mencapai sasaran seperti yang mereka kehendaki.


Jikalau penuntup hidung pun sudah berlipat ganda harganya, bagaimana pula dengan harga viksin tersebut. Memandangkan kerajaan Malaysia pun masih lagi berpeluk tubuh walaupun wabak tersebut boleh diketegorikan berada didalam kedudukkkan bahaya. Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Umno-Bn, seolah-olah memperjudikan nyawa rakyatnya sendiri dengan tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.


Apabila PAS memohon agar diadakan satu persidangan Khas Parlimen, DS Najib buat tak tahu sahaja. Inikah yang dikata membela rakyat Malaysia, maka sudah tibanya penduduk Permatang Pasir menunjukkan tanda protes terhadap DS Najib dengan menambahkan majoriti undi yang telah diperolehi oleh Datuk Mohd Hamdan pada PRU 12 yang lepas.


Sungguh celakalah DS Najib, Umno dan Barisan Nasional yang telah mempermain-mainkan nyawa rakyat Malaysia. Inikah yang dikatakan One Malaysia : Rakyat didahulukan, Apakah beliau sudah pekak dan buta melihat apa yang sedang Malaysia hadapi sekarang ini. Apakah setelah mendapat kerusi empuk, tilam tebal dan istana yang besar, beliau mula lena dengan kuasa yang sedang beliau pegang.


Apakah beliau cuba memberi amaran kepada rakyat Malaysia sekiranya menolak Umno-Bn pada PRK Permatang Pasir, maka inilah akibatnya yang akan beliau lakukan.Celakalah buat pemimpin seperti ini yang sanggup memperjudikan nyawa rakyatnya sendiri hanya kerana untuk memanjang hayat Umno-Bn yang hanya tunggu masa sahaja untuk ditalkinkan kerana kuburnya telah pun digali, hanya menunggu mayat sahaja untuk dikuburkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular