Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, secara prinsipnya, ramai ulama sebelum ini bersetuju dengan pandangan tersebut.
''Namun, dari segi pelaksanaan, sekiranya terdapat perkara yang perlu dikaji, ia boleh dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ulama mana yang ramai bersetuju dengan akta ISA itu. Jangan menggunakan nama ulama untuk menghalalkan akta yang terang-terangan bercanggah dengan nilai murni yang ada didalam Islam. Dimanakah beliau belajar ugama apabila menyatakan ISA tidak bercanggah dengan hukum Islam. Macam mana nak kata tidak bercanggah dengan hukum Islam, sedangkan hukum Islam itu sendiri pun tidak dilaksanakan. Apabila kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu ingin melaksanakan hukum syariah pun ianya dihalang dengan bermacam-macam cara dan ugutan agar hukum tersebut tidak terlaksana.Saya hendak tahu ulama mana yang menghukumkan akta ISA itu tidak bercanggah dengan dengan hukum syarak. Kalau daripada ulama Umno dan ulama-ulama barua yang hanya ingin kekayaan dunia, yang itu saya mempercayainya. Sebagai seorang yang berilmu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) sepatutnya tidak menjadi barua Umno dan tidak menghalalkan yang haram. Kerana mencari pangkat dan jawatan maka beliau sanggup mempermain-mainkan hukum Allah. Adakah beliau berani berhujah dengan ulama daripada PAS tentang hukum ISA disisi Islam.Amat memalukan apabila orang seperti ini boleh dinamakan sebagai ulama. Orang seperti inilah yang telah memberi pandangan yang amat mengelirukan kepada penganut agama lain yang membuatkan Islam adalah satu agama yang zalim kerana menghalalkan hukum rimba ISA. Betapa Islam telah dihina sedemikian rupa oleh orang yang mengaku ulama, tetapi kerana untuk sedikit ganjaran dunia, mereka sanggup menghalalkan yang haram.
Wan Mohamad berkata, Jakim juga bersedia meneliti cadangan supaya isu ISA dibawa dalam muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membolehkan satu keputusan dibuat mengenai kedudukan akta itu dari segi Islam.
Apa gunanya untuk mengkaji aspek pelaksanaan ISA, kalau disisi Islam ianya tetap haram.Apakah didalam Islam yakni hukum syarak ISA ada menyatakan pemerintah boleh menahan seseorang itu tanpa melakukan apa perbicaraan terhadap persalah yang tidak mengetahui apakah kesalahan yang telah beliau lakukan. Tidak kah didalam Islam orang yang dituduh melakukan kesalahan mesti dibicarakan secara adil. Apakah Islam membenarkan seseorang itu ditahan tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Adilkah jikalau saya nenuduh Ketua Pengarah Jakim berzina, sedangkan beliau tidak melakukannya. Adilkah sekiranya saya menuduh Ketua Pengarah Jakim membunuh, sedangkan saya tidak dapat membuktikannya. Oleh kerana saya tidak dapat membuktikannya akan tuduhan itu maka saya ISA kan beliau. Apakah beliau akan mengatakan bahawa tindakkan yang saya lakukan itu adalah betul. Itulah dia akta ISA.yang beliau dan para pemimpin Umno mempertahankannya selama ini..
''Kita boleh teliti cadangan itu, kita alu-alukan kalau aspek pelaksanaan dikaji.
''Apa yang kita tegaskan bagi menjaga keselamatan dan keharmonian adalah tidak bercanggah dengan semangat hukum syarak,'' katanya.
Beliau mengulas permintaan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan hukum mengenai ISA.
Mohd. Asri dalam blognya, drmaza.com menuntut jabatan dan agensi agama Kerajaan Pusat mengeluarkan pandangan rasmi mengenai akta berkenaan.
Dimanakah rasionalnya apa yang dikatakan tidak bercanggah dengan semangat hukum syarak kerana bagi menjaga keselamatan dan keharmoniannya. Dimanakah beliau belajar perkara-perkara tersebut yang ternyata telah menghina hukum Islam itu sendiri. Seorang yang bertaraf ulama akan mengajar dan membimbing golongan umarak, tetapi apa yang berlaku adalah terbalik pulak. Umarak yang mengajar agama kepada ulama, itulah yang berlaku sekarang. Janganlah kerana hendak menjaga peruik nasi, maka agama dijual dengan harga yang murah. Apakah itu semua akan boleh dibawa ke mati, yakni harta dan gelaran. Kerana untuk mencari sedikit kekyaan dunia dan gelaran maka agama dipersenda-sendakan.
September lalu, beliau dilaporkan berkata, Islam tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya kerana ia dibina oleh hujah dan dasar yang jelas.
Jakim yang merupakan sekretariat muzakarah berkenaan bersama Jabatan Mufti negeri-negeri bertanggungjawab mengadakan perbincangan mengenai sesuatu isu yang belum diputuskan dari segi hukum.
Isu yang diputuskan oleh muzakarah itu kemudian dibawa kepada jawatankuasa fatwa negeri-negeri untuk diterima dan seterusnya diwartakan..
ISA satu akta peninggalan penjajah yang kemudiannya telah dipertahan oleh para pemimpin yang berfikiran sekularisme, yakni anak-anak emas para penjajah. Mereka diasuh dengan pemikiran sekularisme di England yang kemudiannya diperturunkan idea-idea tersebut kepada anak cucu mereka pula agar perlembagaan Lord Reid ini dipertahankan. Kerana penjajah British tahu yang mereka tidak akan dapat menjajah sesebuah negara umat Islam dengan membakar Al-Quran dan Masjid-Masjid kerana apabila mereka melakukan perkara tersebut maka yang tidak pernah mengaji dan yang tidak pernah pergi ke Masjid pun akan bangun menentang mereka. Oleh itu, mereka menjajah pemikiran umat Islam dengan pemikiran sekularisme dengan cara yang cukup halus. Dan hasilnya kita boleh lihat di negara-negara umat Islam sekarang ini termasuklah Malaysia sendiri. Mereka mengasingkan agama dengan politik, politik suku agama suku. Tidak boleh campur politik dengan agama, sedangkan agama dengan politik sentiasa berjalan seiringan. Mereka berjaya memesongkan akidah umat Islam dengan berbagai cara agar Islam tidak boleh bangkit. Maka satu akta telah dirangka iaitu ISA yang dahulu digunakan untuk menghalang anasir komunis. Sekarang komunis telah tiada maka mereka menghalakan pula kepada pembangkang. Ini semua adalah kerana untuk kesenambungan politik Umno-Bn semata-mata. Mereka mencanangkan ISA adalah untuk menghalang pengganas dan untuk keharmonian hidup rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan