Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 19 Mac 2010

Fulamak.... 1Malaysia Ikut Sunnah Nabi.


Pendekatan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW yang bertindak menyatupadukan umat Islam dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah ketika baginda berhijrah dari Makkah, perkara itu dizahirkan melalui gagasan Piagam Madinah atau Sahifah Madihah. 


“Najib ada banyak pilihan untuk dijadikan kandungan utama ucapan sulungnya pada April tahun lalu tetapi, beliau menggunakan pendekatan perpaduan, iaitu selaras sunnah Rasulullah,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah


“Paling mengecewakan, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel yang menurutnya dipopularkan Ehud Barak sewaktu kempen pilihan raya Israel tahun 1999,” katanya. 

Saifuddin berkata, hujah bersifat 'teori konspirasi' dan sering digunakan pembangkang menggambarkan kedangkalan pemikiran mereka dalam cuba menolak gagasan 1Malaysia. 


Senang sangat nak bandingkan perpaduan kaum ikut Sunnah Nabi dan Piagam Madinah. Jadi AS dan Israel pun nak buat perpaduan maka kita boleh kata mereka pun ikut Sunnah Nabi dan Piagam Madinah.


Beliau mempersoalkan justifikasi pembangkang mendakwa 1Malaysia ditiru daripada konsep 1Israel sedangkan pendekatan sedemikian banyak digunakan negara-negara lain untuk menyatupadukan rakyat masing-masing. 


Bila nak mengampu jer mesti ikut Sunnah........ mengampu jer ikut Sunnah......... dari zaman Mahathir sampai era Najib, duk main lagu yang sama je tetapi irama sahaja yang diubahkan sikit mengikut rentak mana yang PM suka..


"Malah, sewaktu menjadi tuan rumah Piala Dunia Ragbi pada 1995, Nelson Mandela selaku Presiden Afrika Selatan, menggunakan sukan tersebut di bawah konsep '1 Sport 1 Nation' untuk menyatupadukan kaum kulit putih dan kulit hitam," kata Saifuddin lagi.  Jika nak ikutkan tentang sport, era Mahathir dah dilaksanakan iaitu dibawah konsep '1 Sport 1 Toto' atau lebih tepat lagi Sport TOTO.


Inilah kesan atau sindrom yang terdapat dalam Umno,kipas...... kipas....... kipas. Lain kuat kuat kipas, lagi cepatlah boleh jadi Menteri. Kalau engkau ada kuasa aku kipas laju-laju, engkau tak ada kuasa aku lanyak cukup-cukup. Kalau bapak jadi Perdana Menteri, kami akan julang tinggi-tinggi anak menantu tapi bila bapak dah berundur kami pakat-pakat buang dalam lombong.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular