Translate

Rabu, 17 April 2013

Rahsia Tan Sri Abu (Maju Holding) Kaya Raya. (Bhg 3)


Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini.. tembok Berlin ini masih kekal..

Beranikah Taikon taikon ini melawan sesama sendiri? oh tidakk....

Baca sandiwara mereka melalui laporan utusan ni kat bawah...



KUALA LUMPUR 7 Jan. - Kerajaan akan memberikan notis 14 hari kepada Maju Holdings Sdn. Bhd. supaya merobohkan pagar tembok yang dibina di atas satu kawasan yang dipertikaikan, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini.

Kawasan itu, yang didakwa tanah milik kerajaan sebelum ini dikatakan akan dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk Bandar Tasik Selatan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, semua pagar tembok yang dibina atas tanah awam perlu dirobohkan dan semua halangan yang menutup laluan untuk orang awam ke kawasan awam harus dibuka.

Katanya, walaupun terdapat perubahan pada jenis pembangunan yang dibuat pada tanah itu, namun tempat rekreasi untuk penduduk setempat khususnya di Taman tasik Selatan akan diberi tumpuan.

"Kementerian tidak akan berganjak dengan keputusan kami iaitu kawasan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan supaya dimajukan sebagai tempat rekreasi dan tidak boleh diserahkan semula kepada mana-mana pihak walaupun pada asalnya ia milik pihak tertentu.

"Ini kerana kerajaan telah meluluskan pembangunan yang dijalankan atas dasar tersebut iaitu kawasan untuk penduduk, tempat rekreasi dan tempat komersial," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan wakil penduduk Bandar Tasik Selatan dan wakil dari agensi kerajaan bersama pemaju dan operator bandar tersebut iaitu Maju Holdings Sdn. Bhd. semasa lawatannya di TBS-BTS di sini hari ini.

Turut hadir ialah, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Sri Ali Hamsa dan Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datin Naemah Ramli.

Katanya lagi, pelan pembinaan banglo-banglo di atas tanah itu belum mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambah beliau, hadangan yang menutup laluan orang awam perlu dibuang dan Maju Holdings mesti membuka jalan kepada awam.

Sebelum itu, suasana perbincangan agak hangat kerana wujud pertikaian dalam pemilikan tanah itu yang menyebabkan Abu Sahid bertindak keluar dari bilik mesyuarat.

Menurut Nong Chik, pelan pembinaan banglo-banglo milik Abu Sahid masih belum mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Abu Sahid dalam sidang akhbar berasingan pula berkata, tanah tersebut merupakan miliknya dan dakwaan bahawa beliau membina rumah secara haram seperti yang dilaporkan di dalam media sejak kebelakangan ini adalah tidak benar.

Beliau berkata, keseluruhan tanah di Bandar Tasik Selatan adalah milik beliau dan sudah dibelinya dari sektor persendirian sejak tahun 1989 lagi.

"Mengikut pembangunan yang dipersetujui sebelum ini adalah saya perlu menyediakan kawasan rekreasi jika membangunkan 2,033 unit pangsapuri di atas tanah itu. Namun saya telah menukar jenis pembangunan dan memajukan tanah tersebut dengan membina lima buah banglo.

"Mereka tidak boleh merobohkan pagar tembok tersebut kerana itu adalah tanah saya. Kalau pihak kerajaan akan memberi notis, saya akan terima dan berbincang dengan mereka mengenai perkara tersebut," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm#ixzz2QIwXS88b
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kredit : KingofGoblok

1 ulasan:

Berita dari gunung berkata...

yang kaya akan tunjukkan kekayaannya. yang alim sering mahu tunjukkan kealimannya. bukan dunia ini pentas? .... dengan lakonan yang diadili ..... namun jangan terpedaya dengan yang nyata, kerana muslihat iblis dan syaitan sering dalam dunia kelabu, sorok-sorok bukan terang-terang.....

rakyat umum yang marhaen akan kekal hidup cara lurus, jelas tidak berselindung dan jujur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular