Tindakan polis dikatakan menyebabkan pemuda UMNO berang dan berkonvoi sebagai tanda bantahan mereka kepada keputusan pihak polis.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 25 Ogos 2009
N 11 Permatang Pasir : Geng Baju Kuning Provokasi .(Cenangau)
Tindakan Pemuda Kepala Batas yang melakukan provokasi di UPU Kubang Semang dan Bukit Indera Muda mencetuskan suasana tegang di kedua-dua kawasan tersebut. Pasukan keselamatan Polis dan FRU semakin ramai di kawasan pusat mengundi SK Bukit Indera Muda.
Mahfuz yang berada ditempat kejadian sangat sedih dengan kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata "UMNO telah membudayakan politik ganas dan liar dalam pilihan raya kali ini".
Beliau difahamkan mereka yang memakai baju kuning bertulis Pemuda Kepala Batas itu, adalah budak-budak yang dibayar dan bersekolah di kawasan Kepala Batas.
Menurut salah seorang yang berada disitu, beliau mengenali salah seorang orang budak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas.
Seorang budak bermotor tersebut telah cedera kerana berlaku kejadian baling membaling diantara kumpulan tersebut dengan orang ramai disitu.
Kumpulan tersebut dikatakan memulakan perbuatan membaling batu ke arah petugas pilihan raya dan polis di situ, menyebabkan para petugas PAS dan UMNO membalas balingan tersebut.
Kumpulan itu berbuat demikian selepas petugas PAS dan polis menghalang mereka dari memasuki kawasan pusat pengundian di SK Bukit Indera Muda.
Walaubagaimanapun kumpulan berbaju kuning itu mula beredar dari kawasan SK Bukit Indera MUda apabila polis mula ramai mengawal keadaan di situ.
Mahfuz berkata tindakan anak-anak muda tersebut sungguh tidak beradab dan secara sinikal beliau berkata, "mungkin ini modul baru yang diperkenalkan Rakan Muda".Beratus pemuda UMNO Kepala Batas yang berbaju kuning kemudian berkonvoi menuju ke arah bukit Indera Mahkota selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan 50 meter daripada pusat pengundian di Kubang Semang oleh pihak polis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat lapora polis berikutan menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya. ...
-
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini : 1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang ...
-
Ini bukan perkara main-main kerana bukan sedikit dana dan geran yang disalurkan kepada NFC oleh kerajaan yang diterajui oleh Umno. Ini term...
-
Top Ranking Online 2: Ranking Terbaru Blog Mesra Pakatan Rakyat. : "Untuk makluman sekiranya ada blog yang tersilap atau tertinggal, an...
-
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat ses...
-
Maka berkatalah raja beruk hitam kepada pengikut-pengikutnya......... Wahai beruk-beruk hitam semua, janganlah kalian gentar kerana kumpula...
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Apabila jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal Ataturk dengan membawa ideologi sekularisme. Mujadid Said Nurs...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan