Orang menyebutnya sebagai pengundi hantu, tetapi bagi saya mereka sebenarnya adalah pengundi puaka. Pengalaman pertama saya menghadapi penguni puaka ialah pada tahun 1990 di Marang, Terengganu. Dalam usaha untuk menjatuhkan Tuan Guru Haji Hadi di Dun Rhu Redang dan Parlimen Marang, iaitu pada PRU 8.
Memandangkan Marang adalah satu kawasan pengundi Melayu dan penduduknya saling kenal mengenal, maka kedatangan pengundi puaka telah dapat dihidu sejak awal lagi. Ianya dapat dilihat dan dikesan pada daftar pengundi yang dikeluarkan oleh SPR.
Banyak nama-nama yang tidak dikenali telah timbul dalam daftar pengundi tersebut. Pengundi-pengundi tersebut telah didatangkan daripada Pekan, Pahang. Yang majoritinya adalah pekerja kilang yang dimiliki oleh Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad. Seorang usahawan terkenal yang memegang saham majoriti dalam Proton.
Beliau juga adalah penduduk Marang yang memiliki banglo disebelah kampung Rusila. Beliau juga yang memainkan peranannya dengan membawa beribu-ribu pekerja-pekerja beliau untuk mengundi di Parlimen Marang.
Pada malam sebelum pengundian dan pada hari pengundian, beratus-ratus buah bas dan teksi telah mula memasuki kawasan Marang. Ramai diantara mereka telah berkumpul dikawasan rumah calon-calon BN.
Kami sebagai pemuda PAS telah bertindak menahan dan mengepong rumah, bas dan teksi yang membawa pengundi puaka. Tanpa melakukan apa-apa kekasaran terhadap pengundi-pengundi puaka tersebut.
Kami menahan mereka, tetapi kami melayan mereka dengan baik. Kami memberi mereka makan tengah hari, tetapi kami tidak membenarkan mereka mengundi. Kami melepaskan mereka selepas pusat pengundian ditutup.
Memang pada masa itu kawalan yang kami berikan amat ketat, walaupun ada juga yang terlepas dari pemerhatian kami. Tetapi kami dapat menahan sekitar 3,000 pengundi puaka daripada mengundi. Sekiranya pengundi puaka tersebut terlepas, pasti PAS mengalami kekalahan di Parlimen Marang kerana PAS hanya memenangi dibawah majoriti 2,000 undi sahaja.
Tanpa bantuan daripada pihak luar kerana itu adalah pilihan raya umum, maka masing-masing menjaga kawasan sendiri. Melainkan peti undi yang tiada pengundi puaka, kami akan ke kawasan panas untuk membantu. Marang adalah perkampungan nelayan dan penduduk setempat mengenali jiran masing-masing.
Ini telah memberi kelebihan kepada PAS dalam menghadapi pengundi-pengundi puaka tersebut. Kerana itulah pihak SPR dan BN tidak boleh menafikan akan kewujudan pengundi-pengungi puaka tersebut. Kami telah menghadapi dengan pengundi puaka tersebut sejak 19 tahun yang lepas.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 17 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Inilah tarikh keramat buat demokrasi rakyat Perak yang bertuah mempunyai pemimpin seperti Zamry Al Ghandi yang memperbodoh sistem kehakiman ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan