Beliau menceritakan bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan berperang sesama sendiri dan kemudian mereka bergabung dan memerangi umat Islam. Mungkin telahan beliau tentang negara China betul tetapi memandangkan Soviet telah tumbang, maka kita boleh meletak Amerika.
Setelah Soviet tumbang, maka Amerika telah menjadi kuasa besar dunia yang tunggal. Tetapi pada mutakhir ini, negara China telah bangun dari tidurnya. Negara China sekarang sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi kuasa pengimbang kepada Amerika.
Didalam surah tersebut Allah s.w.t. telah mengajar kita tentang ilmu kimia tentang campuran bahan yang betul untuk menjadikan logam lebih kukuh. Tidakkah Umno sedar yang Al-Quran telah mendahului masa?
Begitu juga tentang kejadian manusia daripada setitik mani yang telah ceritakan secara detail sebelum ahli sains menemuinya lagi. Cuma kita tidak mengambil dan mengkaji segala yang terkandung di dalam Al-Quran kerana Umno telah menyempitkan pemikiran umat Islam dengan 'penerapan nilai-nilai Islam' dan 'Islam Hadhari' dan yang terbaru daripada SS DS Najib dengan One Malaysia.
Selepas ini tidak tahu lah pula slogan yang akan dicadangkan oleh TPM kita sekiranya beliau mengantikankan SS DS Najib. Walau pun angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah dalam mimpi sahaja.
Oleh itu, Yakjuj boleh juga diletakkan kepada Umno kerana mereka adalah penentang Islam total. Ini boleh dinilai dengan apa yang berlaku kepada model yang dihukum sebat sebanyak 6 sebatan dan didenda RM 5,000.
Tetapi Umno dengan kuasa yang ada padanya, telah melengah-lengahkan hukuman sebat tersebut dengan berbagai alasan bodoh mereka itu, termasuk juga dengan Peguam Negara yang dihormati tetapi telah diperkudakan oleh Umno.
Adakala kesian juga melihat kepada Peguam Negara yang betul-betul telah diikat tangannya. Sebenarnya kuasa Peguan Negara cukup besar dari segi perlembagaan. Kerana hanya Peguam Negara sahaja yang boleh mendakwa Perdana Menteri. Tetapi apakan daya, kalau sudah dicucuk hidung maka tidak kemana perginya.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 25 Ogos 2009
Siapa Sebenarnya Yakjuj Dan Makjuj......
Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj yang disebut di dalam Al-Quran itu.Apakah golongan ini sentiasa wujud di setiap zaman? Ianya telah diceritakan didalam surah Al-Kahfi ayat 94-97, dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Mereka berkata : Hai Zul'karnain, sesungguknya Yakjuj dan Makjuj membuat bencana di muka bumi, sebab itu maukah engkau kami beri upah, supaya engkau perbuat dinding antara kami dengan mereka?"
"Berkata Zul'karnain : Apa-apa kekuasaan yang diberikan Tuhan kepadaku lebih baik ( dari upah itu ), sebab itu tolonglah aku dengan kekuatan ( orang-orang dan perkakas ), supaya kuperbuat dinding yang kukuh, antara kamu dan mereka." "Berikan aku beberapa potong besi, sehingga apabila sama rata besi itu dengan kedua belah gunung itu maka Zul'karnain berkata : Tiuplah api! Sehingga apabila besi itu telah menjadi api, ia berkata : Berikan aku tembaga, supaya kutuangkan kedalam api itu ( Sehingga besi berpadu dengan tembaga menjadi satu )" "Sebab itu mereka tiada kuasa menaikinya dan tiada kuasa pula melubanginya".
Mengikut kajian yang ditulis oleh Almarhum Ustaz Amiruddin Darus, beliau meletakkan Yakjuj dan Makjuj adalah dua kuasa besar dunia. Dahulu beliau mengandaikan ianya ialah negara Soviet dan negara China.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HA...
-
Sekarang ini isu kesanggupan Haji Hadi untuk bertanding di parlimen Pekan mendapat tempat dimedia massa. Berbagai ulasan diberikan tent...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan