Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 25 September 2009

Selcat : Kenapa Kecoh......

Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tentang isu tersebut yang mana ikatan yang ada di antara Pakatan Rakyat cuba diungkaikan.

Saya menjangkakan semakin lama kita menulis semakin matang cara kita berfikir, rupa-rupanya tidak. Baru sedikit akhbar pro Umno-Bn menjolok isu tersebut, kita sudah mengikut rentak tari yang didendangkan. Sebenarnya kita tidak pernah berlajar dari kesilapan.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tentang isu Selcat, kerana itulah saya mengambil masa yang lama untuk menulis. Akhbar arus perdana tidak pernah berniat baik terhadap pembangkang sejak ia diambil alih oleh Umno pada tahun 60 an.

Satu kemenangan buat Umno-Bn dalam mengalihkan isu-isu yang lebih besar yang mereka hadapi. Dengan hanya kerana kenyataan Dr. Hassan Ali tentang perjalanan Selcat, serta-merta kita meninggalkan isu yang lebih penting hanya kerana hendak menunjuk kejaguhan masing-masing dalam membuat kritikan.

Pakatan Rakyat baru dalam proses bulan madu maka berbeda pandang adalah perkara biasa buat sebuah ikatan yang masih rapuh. Jadi kenapa kita mengikut rentak media massa arus perdana yang tidak pernah jujur terhadap pembangkang.

Sepatutnya kita menjadi benteng daripada serangan Umno-Bn, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka marilah kita renungkan kembali apa yang telah berlaku dan kesudahannya. Kritikan adalah bagus, tetapi betulkah cara kita mengkritik.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular