Translate

Isnin, 24 Ogos 2009

Umno kekurangan Calon.... Satu Tanda Umno hanpir keperhujungannya.

Penafian berkali-kali calon Umno Rohaizat Othman bahawa beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil. Selain menimbang untuk berdiri atas pentas Pakatan Rakyat demi membersihkan nama baik keluarga dan anaknya itu, Mohamad Ali sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat, yang didakwa suami kepada anaknya.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Ayah kepada perempuan misteri dari Pekan, Pahang itu turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.

Kes Rafizah mula menjadi percakapan umum, apabila Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.

Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.

Rohaizat yang pada mula tempoh bekempennya berdepan dengan pendedahan kes pecah amanah RM161,000 wang Koperasi Pekebun Kecil, berdepan dengan isu yang lebih peribadi 2 hari kemudian. (Harakah)

Ulasan Musafirlalu..........

Kenapa calon Umno itu takut sangat untuk mengakuinya kerana ianya bukannya satu kesalahan apabila berkahwin dua. Atau pun beliau takut kerana isteri pertamanya tidak mengetahui semala ini bahaea suami telah berkahwin satu lagi.

Didala Islam, kita dibenarkan berkahwin sampai empat......... so........ apa masalahnya, sehingga beliau bermatian-matian menafikannya. DS Najib pun............. jikalau diberi peluang pun............ pasti.......... belia tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Cuma masalah yang DS Najib hadapi......... hanyalah kerana ............ Big Mama sahaja............. kalau tidak....... dah lama DS Najib........... pasang lagi satu. Jikalau lah DS Najib pasang lagi satu ...... yang pasti akan berlaku......... hanyalah akan berlaku.......... piring terbang........... kuali terbang......... periuk terbang........... dan segala tok nenek akan terbang.

Kenapa calon Umno susah sangat untuk melafazkan segala tuduhan yang beliau telah berkahwin dua. Mungkin beliau takut......... apa yang akan berlaku............. seperti mana............. Big Mama akan lakukan kepada............. DS Najib.

Kenapa lah Umno tidak menilai dahulu calonnya sebelum menamakannya sebagai calon Umno-Bn. Selepas satu......... satu masalah yang timbul............ terhadap calonnya itu............. lain kali diharap Umno........ nilai dahulu secara terperinci tentang seseorang calon............ atau pun Umno sebenarnya tiada lagi calon yang layak............ kerana ramai yang telah berhijrah ke parti lawan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

hahaha...that rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…godaan dah ditolak mentah-mentah pastu nak mereka-reka cerita yang kononnya Rohaizat dah ajak dia kawin sebab terlalu tergila-gilakan Rohaizat…siap ajak mak bapak dia bersubahat sekali…aparrrah korang semua ni pegi pecaya pulak! Itu fitnah semata-mata!

Penegak Kebenaran – Pulau Pinang

Unknown berkata...

Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

hahaha...that rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…godaan dah ditolak mentah-mentah pastu nak mereka-reka cerita yang kononnya Rohaizat dah ajak dia kawin sebab terlalu tergila-gilakan Rohaizat…siap ajak mak bapak dia bersubahat sekali…aparrrah korang semua ni pegi pecaya pulak! Itu fitnah semata-mata!

Penegak Kebenaran – Pulau Pinang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular