Translate

Rabu, 26 Ogos 2009

Zahid Hamidi Tersungkur Di Atas Keegoannya...........

Setelah menyalahgunakan kuasa, Zahid Hamidi akhirnya tersungkur juga dikaki Pakatan Rakyat. Maka dengan jelas kredibiliti Zahid sebagai pengerusi perhubungan Umno Pulai Pinang telah jatuh dengan segala keegoannya itu.

Walaupun peningkatan peratusan undi untuk  BN naik sedikit sebanyak 2.62 %, tetapi jika diambil daripada keseluruhan pengundi di Permatang Pasir, undi popular BN telah menurun sebanyak 2.48 %.

Sepatutnya Umno-Bn boleh mengurangkan lebih banyak majoriti yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PAS), kerana semua agensi kerajaan telah disalahgunakan. Apa yang berlaku di Permatang Pasir ialah Pakatan Rakyat berhadapan dengan kerajaan, dan bukannya Umno-Bn.

Seandainya pilihan raya tersebut ditandingi sebagai anak jantan, pasti Umno-Bn akan kalah dengan lebih teruk lagi.Tetapi apakan daya, Umno-Bn telah hilang kejantanannya dalam menghadapi Pakatan Ralyat. Alasan Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS tidak boleh diguna pakai, untuk menunjukkan punca kekalahan Umno-Bn.

Itulah alasan yang diberikan apabila kalah, sedangkan mereka hampir merampas Manek Urai yang memang menjadi kubu kuat PAS. Umno-Bn hanya kalah tipis dengan 65 undi sahaja., jika kubu kuat parti di guna pakai.

Kita lihatlah bertapa sombongnya kenyataan TPM apabila mereka hanya kalah 65 undi sahaja di Manek Urai. Dengan menyatakan bahawa Umno-Bn semakin pulih dan mendapat kepercayaan rakyat. Bagaimana pula dengan Permatang Pasir, apakah Umno-Bn benar-benar telah pulih?

Dalam lapan pilihan raya kecil, Umno-Bn hanya memenangi satu kerusi sahaja, iaitu di Lubuk Antu, Serawak. Ini adalah satu sejarah yang tidak pernah berlaku dimana setiap kali pilihan raya kecil Umno-Bn kalah. Hanya di Dun Penanti sahaja Umno-Bn mengangkat bendera putih mengaku kalah tanpa bertanding.

Di Penanti juga telah terukir satu sejarah politik di Malaysia, parti pemerintah tidak bertanding dalam pilihan raya kecil. Ianya tidak pernah berlaku sejak era Tunku Abdul Rahman sihinggalah ke era Rejim Tun Dr. Mahatdir. Tidak boleh dibayangkan bagaimana perasaan ahli-ahli Umno apabila tiba arahan agar tidak meletakkan calon di PRK Penanti.

Umno sebenarnya sudah hilang taringnya yang mana selama ini mereka begitu angkuh dengan kekuatannya. Jika dahulu kekuatan Umno-Bn memang tidak dapat dipertikaikan, sehinggakan jika tiang lampu  dipakaikan baju dan dicalonkan atas tiket BN pun pasti akan menang.

Tetapi era kegermilangan Umno-Bn telah berakhir kerana rakyat sudah bijak menilai yang mana betul dan yang mana salah. Oleh itu buat ahli-ahli Umno, inilah masa terbaik untuk melakukan penghijrahan sebelum Umno dikuburkan. Kerana Umno bukan lagi wadah perjuangan orang Melayu tetapi wadah perjuangan anak bini, saudara mara dan para kroni-kroni yang rapat  dengan pemimpin sahaja.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular