Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 27 September 2009

Bagan Pinang : Masih Ada Lagi Sikap Berpuak-Puak Di Dalam PAS......

Amat malang apabila membaca sesetengah blog yang memperkatakan tentang orang Tok Guru dengan  orang Tuan Guru. Ingatkan sikap begini telah lama luput, rupa-rupanya masih ada lagi yang membawa corak politik Umno didalam PAS.

Sikap berpuak-puak mula dibangkitkan dalam isu Selcat di Selangor, apabila memperkatakan tentang Dr. Hassan Ali, yang kononnya orang TGHH. Didalam PAS tidak timbul siapa pemimpin tersebut, kita boleh wa'la selagi pemimpin tersebut tidak lari daripada landasan perjuangan PAS.

Kita boleh menghukum pemimpin tersebut mengikut saluran yang betul, dan pemimpin tersebut tidak kebal daripada tindakan mengikut perlembagaan PAS. Maka tidak timbul sikap berpuak-puak didalam PAS melainkan penulis tersebut masih mempunyai sikap 'Assobiah' yang dibawa oleh Umno.

Ada yang membanggakan diri sebagai aktivis politik yang akan mengkritik setiap pemimpin yang melakukan kesilapan. Perkara yang paling mudah ialah mengkritik, tetapi apabila disuruh menceburi politik mereka akan menolaknya.

Kononnya atas sikap berkecuali dalam politik, maka mereka akan mengkritik dan mengkritik dan terus mengkritik. Seperti satu kisah yang pernah berlaku, tentang seorang pengkritik filem. Beliau sentiasa mengkritik  setelah selesai menonton filem yang baru ditayangkan.

Oleh kerana beliau suka sangat mengkritik filem-filem, maka beliau telah dicabar untuk mengarahkan sebuah filem yang betul-betul mengikut selera beliau sebagai seorang pengkritik yang disegani. Lalu beliau mengarahkan sebuah filem dengan pelakon yang beliau kehendaki.

Apa yang berlaku ialah filem beliau tidak pulang modal dan hanya beberapa hari sahaja ditayangkan kerana tiada penonton yang datang menonton. Sampai sekarang filem beliau tidak tidak kedengaran bagaikan kubur tanpa batu nesan.

Kerana sikap berpuak-puak inilah yang telah membawa kepada permusuhan antara penduduk Terengganu dengan Kelantan. Jika dahulu, setiap kali berlangsungnya perlawanan bolasepak antara kedua-dua negeri ini pasti akan berlaku rusuhan.

Apabila PAS berjaya menawan Kelantan, sikap tersebut berjaya dihakis dari pemikiran penduduk Kelantan dan Terengganu. Sebagai sebuah parti politik yang berlandaskan Islam, PAS berjaya membawa keluar sikap 'Assobiah' yang telah lama ditanamkan oleh Umno.

Apakah kita ingin menghidupkan kembali cara pemikiran politik Umno-Bn yang berlandaskan perkauman yang tebal. Apabila Umno kalah, mereka mengatakan bahawa orang Melayu sudah berpecah dan  mereka akan membabitkan Raja-raja Melayu.

Apabila kita menegur, mereka akan mengatakan :'Apakah pemimpin PAS maksum....... Apakah pemimpin PAS tidak boleh ditegur........... Kenapa mesti wa'la pada pemimpin seperti ini.......... Kamu siapa untuk menegur sipolan sipolan'.

Apabila mereka suka, mereka akan memuji setinggi gunung......... Apabila pemimpin tersebut tidak mengikut cita rasa mereka, mereka akan memaki hamun. Dimana Al-Quran sendiri menegaskan kita menghina dan menjatuhkan maruah seseorang, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujuraat ayat 11 yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghina kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum wanita perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya".

Cara mereka memaki hamun pemimpin pun boleh menjadi tanda tanya kepada penganut agama lain,.Apakah mereka ini betul-betul seorang muslim?. Beginikah cara seorang yang mengaku muslim menegur pemimpin mereka?.

Bagi pendapat saya, orang-orang seperti ini sebenarnya tidak menjiwai roh sebagai seorang Islam. Kita tidak boleh mencari aib dan kemudian memaki hamun kerana Allah s.w.t. sendiri menegahkannya. Tidakkah aturan pergaulan sesama kaum muslim, yaitu menjaga perdamaian dan persaudaraan sesama kita, kerana itulah sebaik-baik jalan dalam mengeratkan sesama kita yang bergelar seorang muslim.

Adakala kita membiarkan orang menghina kita sampai kepada keturunan tanpa melakukan apa-apa. Memang tidak dinafikan bahawa setiap cercaan yang dilaungkan terhadap kita yang mana kita tidak melakukan, maka pahalalah buat kita.

Bagaimana Allah s.w.t. menerangkan bagaimana pergaulan sesama manusia, Allah berfirman : " Hai manusia,  sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia diantara kamu disisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Amat Mengetahui". (Al-Hujuraat ayat 13)

Sebenarnya kita memang mengikut rentak tari yang dialunkan oleh media massa arus perdana. Mungkin diatas sikap kebebasan menulis, blog aku............. ikut suka akulah nak menulis apa. Sedangkan didalam keadaan sedar kita mengetahui bahawa pelayar blog akan menilai siapakah kita sebenarnya.

Kerana itulah sebagai seorang yang mengaku muslim, apabila berlaku pertelingkahan sesama kita, maka kita kembalilah kepada Al-Quran dan Al-Sunnah agar kita tidak tersesat jalan. Jika Al-Quran dan Sunnah kita ketepikan, kita sendirilah yang menilai akan keimanan kita.

Mungkin juga kita tubuhkan parti politik yang lebih Islamik daripada PAS kerana sikap berpuak-puak tiada dalam gerakan Islam. Memandangkan ada sikap berpuak, maka ini membawa  maksud parti PAS adalah milik individu.

Mungkin juga kita masuk Umno kerana kita secara tidak langsung menjadi lidah tidak rasmi mereka. Kerana perwatakan, penyampaian dan kritikan lebih mirip kepada cara Umno-Bn menghentam PAS. Ada juga penulis mengatakan,'jika engkau bayar rm10 engkau boleh cerca dan memaki hamun aku dan juga keturunan aku didalam blog aku'.

Inikah sikap seorang yang mengaku beriman tetapi menjual agama, maruah diri dan juga keturunan untuk dimaki hamun. Sama seperti apa yang dikatakan oleh seorang pemimpin Umno berkaitan isu arak. Beliau boleh mengatakan arak sebenarnya untuk menguji iman seseorang, kerana itulah kerajaan menghalalkan arak.

Satu jawapan yang benar-benar memalukan bagi seorang yang mengaku Islam dalam menghalalkan arak. Sama seperti mengharamkan hukum Hudud kerana takut ramai yang kudung tangan dan akan habislah batu-batu yang ada kerana melakukan hukuman rejam.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular