Translate

Memaparkan catatan dengan label pengkhianat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengkhianat. Papar semua catatan

Selasa, 31 Julai 2012

Baru 4 Hari Sudah 22,263 Benci Lagu 'Janji Ditepati'.


(Lagu Janji Ditepati yang mencipta sejarah apabila sangat ramai menyatakan benci kepadanya)

Baru empat hari disiarkan di Youtube, namun sudah 22,263 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditetapati'.

Hanya 313 sahaja menyatakan suka kepada lagu yang penuh mengampu kerajaan BN ini.

Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah.

Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN.

"Ini bukan lagu tema Hari Merdeka, ini lagu Barisan Nasional. Rais...betul? admit sahajalah..." tulis salah seorang pengunjung yang mendengar lagu ini.

Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan serta Warisan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengumumkan penarikan  logo sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 selepas mendapat bantahan ramai.

Ekoran itu, beliau mengumumkan,logo 1 Malaysia sebagai logo rasmi Hari Kemerdekaan kali ini.

Orang ramai juga membantah tema sambutan iaitu 'Janji Ditepati' kerana ia adalah tema kempen BN.

Kini lagu sempena sambutan ini juga dibantah pelbagi pihak.

Berikut adalah lirik lagu Janji Ditepati yang mendapat bantahan menyeluruh ini.

Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Klik link di bawah untuk melihat lagu ini.

Rabu, 28 Disember 2011

Mahathir Bukan Cerdik Sangat - Ku Li




Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus  pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974  dan juga  bekas Menteri  Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami  krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li  pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik -   flip flop  - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi  kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan  secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara,"  Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974  telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia  mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan  dengan perlembagaan seperti kedudukan  Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat ,  pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila  beliau telah berjaya mengambil alih  kembali harta tanah  Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'.   Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara  yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam.  Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini  hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi  dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman  beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi  mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li,  kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari  Putera  Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC.  Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM  ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa  pentabiran pimpinan Najib Razak  kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO  terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara  berpusat memandang ke PWTC,  Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini  masih belum jelas.  Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak  membawa  beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah  sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga  tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan  massa. Jauh sekali Ku Li  untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh  bin Tengku Mohd Hamzah  ialah putera raja. Mungkin inilah  sosok yang digambarkan oleh   Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. HarakahDaily

Isnin, 13 Jun 2011

TULANG BESI JANGAN JALANKAN TUGAS MEDIA PENCACAI UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS


PEMILIHAN pimpinan di dalam PAS telah berakhir, dan ahli-ahli PAS diarahkan untuk menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang. Namun, masih ada yang mahu bercakap dan ingin menjadi `batu api' untuk melepaskan dendam dan geram kepada puak yang mereka tidak berkenan.

Membaca tulisan Tulang Besi di sini, saya tidak nampak beliau ingin melihat PAS berada di dalam keadaan harmoni. Kekalahan Us Nasha dan Tuan Ibrahim di dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS digunakan oleh Tulang Besi semahu-mahunya. Beliau menggunakan perkataan `dari sumber-sumber' untuk menunjukkan bahawa Us Nasha gembira apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tewas. Sikap untuk melaga-lagakan Us Nasha dan Tuan Ibrahim adalah salah satu sifat yang ada pada Pengarang Utusan Meloya atau TV 3 suku. Tulang Besi memainkan peranan ini.

Kekalahan Dr Hasan Ali juga menjadi modal besar buat Tulang Besi membalas dendamnya. Apabila perwakilan PAS telah membuat pilihan, kita perlu akur dengan siapa jua yang menang tetapi jangan kita cuba melaga-lagakan pula yang telah tewas. Saya juga mulanya menyokong Mat Sabu, tetapi apabila Us Tuan Ibrahim tawarkan diri saya beralih sokongan kepada beliau. Akhirnya, perwakilan memilih Mat Sabu. Itu biasa di dalam demokrasi seperti ini. Kita terima dan akur dengan pemilihan.

Mengapa perlu kita `lanyak' orang yang sudah tewas? Apatah lagi melaga-lagakan mereka? Bukankah mereka di antara pemimpin di dalam parti ini? Tidakkah terasa di sanubari Tulang Besi perasaan Us Nasha dan Us Tuan Ibrahim dengan apa yang beliau tuliskan itu? Mengapa perlu dikaitkan dengan Us Dr Haron Din?

Saya tahu, isu `Kerajaan Perpaduan' menjadi punca Tulang Besi melakukan tuduhan demi tuduhan seperti ini. Memang benar, isu ini melanda PAS beberapa tahun dahulu, tapi PAS telah memadamkan isu ini dan perwakilan telah pun memahami isu ini. Mengapa perlu dinyalakan api yang telah padam? Bukankah itu kerja media pencacai Umno?

Cukuplah Tulang Besi, terimalah hakikat bahawa semua ahli PAS tidak mahu pecah belah berlaku di dalam PAS. Mereka mahu PAS bersatu untuk tumbangkan Umno. Semua pemimpin yang tewas di dalam pemilihan ini menerima takdir yang ditetapkan untuk mereka, mengapa perlu kita mengada-adakan cerita seburuk ini?/wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 7 Jun 2011

PRESIDEN PAS PERNAH KAFIRKAN UMNO - ZUL LEMBU DARI KULIM


Oleh: WFAUZDIN NS


BULETIN Utama TV3 malam tadi di penghujung siarannya sempat lagi menemubual Zul Kulim dan seorang lagi bekas orang kanan di dalam PKR yang menjadi `katak berkerusi roda' iaitu Dr Chandra. Mengulas tentang pemilihan pimpinan PAS, tetapi tetap mahu dikaitkan dengan DS Anwar kerana memang itulah musuh mereka yang sebenar.

Zul Kulim yang bakal dikuburkan selepas PRU akan datang nanti mengulas betapa PAS telah menjual prinsipnya. Tanpa rasa berdosa dan malu, Zul Kulim secara terang-terangan menuduh Presiden PAS pernah mengkafirkan Umno. Semua tahu, Zul Kulim dahulunya ahli PAS juga dan sewaktu itu PAS telah lama dituduh suka mengkafirkan Umno, tetapi Zul Kulim tetap memilih PAS. Masakan Zul Kulim tidak tahu semenjak bila PAS dituduh mengkafirkan Umno dan ketika itu beliau bermati-matian mempertahankan PAS.

Akhirnya Zul Kulim `terpecat' dengan sendirinya dari PAS setelah beliau menjadi calon PKR atas ihsan musuh ketatnya sekarang iaitu DS Anwar. Jika tidak kerana DS Anwar memilih beliau sebagai calon, sampai kiamat PAS tidak akan calonkan beliau kerana pemimpin PAS sudah lama tahu `auta' Zul Kulim ini. Kemenangan beliau adalah kerana pengundi-pengundi mahu calon dari Pembangkang dan dengan sebab itu PKR yang diwakilinya menang. Tetapi, Allah mahu tunjukkan kepada kita siapa Zul Kulim ini, maka PKR terpaksa `sepak' Zul Kulim keluar dari parti atas sebab disiplin dan egonya.

Di dalam TV 3 malam tadi, Zul Kulim mendakwa PAS kini diresapi oleh `Anwarisme' atau `fahaman Anwar'. Zul Kulim guna hujah bodoh dia dengan menyebut PAS tidak lagi berminat dengan Negara Islam tetapi mahu melaksanakan Negara Berkebajikan. Sebagai seorang peguam walaupun mungkin sebagai tukang bawa fail keluar masuk mahkamah, Zul Kulim sepatutnya tahu apakah dasar PAS. Ibarat menuju ke satu lokasi, jika kita merasa sukar atau jauh mungkin juga terlalui banyak halangan, kita boleh bertukar arah perjalanan yang lebih baik dan selamat asalkan tidak mengubah lokasi tujuan kita.

Tujuan PAS adalah untuk laksanakan Islam. Bagaimana untuk ke arah itu? Di sinilah pemimpin perlu bijak memilih jalan yang ingin dilalui menuju ke lokasi (matlamat) tersebut. Mungkin tahun ini dicuba jalan yang lain, jika gagal tahun depan kita mencuba pendekatan atau jalan yang lain, tetapi matlamat tetap sama. Dakwaan Zul Kulim bahawa PAS telah mengubah dasarnya adalah satu kenyataan yang terlalu dungu dari seorang peguam yang dahulunya pernah berada bersama PAS. Adakah Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan sebarang pindaan atau mengubah dasar parti tersebut? Zul Kulim cuba untuk memperbodohkan orang ramai dengan hujah yang bodoh, maka yang akan percaya hanya yang bodoh sahaja.

Dr Chandra pula tidak kurang perangai busuk hatinya terhadap PAS. Beliau dulu berada di dalam Parti Keadilan di kerusi nombor dua sebagai Timbalan Presiden, sebenarnya tidak diminati oleh ahli-ahli Keadilan sendiri. Seorang yang lembab, tidak berkarisma dan berpengaruh pun, tetapi oleh kerana ketika itu beliau adalah seorang Akademik yang ada nama sedikit dan ditonjolkan oleh DS Anwar (ketika itu dipenjara) dan Wan Azizah, ahli-ahli terima jua seadanya. Apa kehebatan beliau yang boleh dibanggakan ketika itu? Tiada langsung, bahkan Wan Azizah walaupun seorang wanita dilihat lebih bekerja kuat untuk parti ketika itu.

Kini, beliau di pihak sana dan seperti lazimnya bila berada di pihak itu maka yang cerdik sehebat profesor pun akan menjadi bodoh. Semua hujah dan pandangan menampakkan kebodohan belaka. Dr Chandra juga seperti Zul Kulim yang mendakwa PAS juga turut mengubah dasarnya demi untuk berkuasa.

Sebab itu lah saya katakan, hujah yang tidak berpijak di bumi nyata dan kelihatan amat bodoh sekali sering keluar dari tokoh yang dahulunya bijak tetapi menjadi bengap bila berada di sebelah sana. Mengapa terjadi begitu kalau tidak kerana memikirkan perut?/wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 8 Mei 2011

Kristian-Islam: Laporan Utusan cetus perpecahan agama, dakwa ketua Majlis Perundingan Agama


Utusan Malaysia dan kumpulan-kumpulan Islam mencetuskan perpecahan antara agama sedangkan pihak berkenaan seharusnya membawa laporan mengenai isu Kristian Malaysia kepada jawatankuasa antara agama Kabinet.

Pengerusi Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Dr Thomas Philips berkata terdapat satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji perkara-perkara yang “sensitif”.

“Kita mempunyai jawatankuasa antara agama Kabinet. Mereka perlu bincangkan perkara ini di sana. Ada isu-isu yang tidak dapat dikawal. Mengapa perlu bangkitkan isu yang boleh mempengaruhi emosi rakyat?” katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada dakwaan yang disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno dan Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah membuat laporan polis selepas akhbar milik Umno menyiarkan laporan di muka hadapan dengan tajuk “Kristian agama rasmi?”

Philips berkata jawatankuasa khas itu dijadualkan mengadakan pertemuan minggu depan tetapi mesyuarat telah ditangguhkan.

Jawatankuasa khas itu diletakkan di bawah Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama yang diwujudkan pada Disember 2009.

Anggota jawatankuasa khas itu adalah Datuk Mustapha Ma dan Reverend Hermen Shastri, dan pertemuan terakhir pada 17 Mac lalu, meskipun sumber The Malaysian Insider memberitahu bahawa tiada perkembangan terbaru dalam isu-isu yang dibangkitkan.

Kata Philips, majlis perunding bukan Islam mempunyai pendirian bahawa tiada agama lain yang boleh merampas kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

“Kami telah jelaskan pendirian kami bahawa tiada sesiapa yang mengancam Islam. Tiada sesiapa yang boleh merampas kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kami mahu tegakkan Perlembagaan Persekutuan dan kami tidak akan lakukan sesuatu dan kami menerima kedudukan Islam,” katanya.

Katanya, jawatankuasa khas itu dijadual bertemu menteri yang turut berada dalam jawatankuasa itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon minggu depan untuk berbincang mengenai kekosongan jawatan pengerusi selepas Datuk Ilani Ishak meninggal dunia pada 24 Februari lalu.

“Tapi mesyuarat pada 12 Mei ini ditunda,” katanya sambil menambah tiada tarikh baru diberikan.

“Jika ia berlaku, ia berlaku. Apa yang kami boleh buat?” katanya.

Isu-isu agama ini mula tercetus pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu, malah kumpulan-kumpulan Melayu menyifatkan peningkatan sokongan Cina kepada DAP dan menuduh penganut Kristian cuba menggugat agama Islam.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) juga telah membuat laporan polis dengan menuduh Kristian cuba untuk memurtadkan orang Islam, yang mana ia haram di Malaysia.

Presiden Pembela Dr Yusri Mohamad berkata komuniti Kristian yang menuntut mahu menggunakan kalimah “Allah” dalam Alkitab mahu memurtadkan orang Islam dan memeluk agama Kristian.

“Kita berdepan dengan kumpulan Kristrian yang agresif.

“Tuntutan terhadap Alkitab, kalimah Allah ada kaitan dengan penyebaran agama Kristian... mereka gunakan strategi ini untuk mempengaruhi orang Islam, dengan menggunakan cara sama dengan agama Islam,” katanya.
 Insider

Selasa, 23 November 2010

Kah... Kah... Kah.... Kesian KJ Apabila Di Gelar 'Si Kitol' Oleh Blogger BPN.


Jika orang Melayu dan ahli UMNO masih sangsi dengan kerisauan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kedaulatan negara yang dinodai oleh kuasa asing terutamanya Sinagpura, mereka harus kenal beberapa individu yang menjadi dalang.

Banyak telah diperkatakan mengenai Datuk Kalimullah Hassan yang menjadi spin-doctor Pak lah. Hampir semua yang mengambil tahu sedar mengenai latarbelakangnya, terutama hakikat beliau gagal pada tahun 1988 menjadi setiausaha akhbar kepada Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Kegagalan itu adalah kerana beliau dianggap "security risk" (ancaman keselamatan) oleh bahagian perisikan Malaysia.

Selepas itu beliau hilang dari pandangan umum dan muncul kembali beberapa tahun kemudian sebagai juruperunding media untuk Singapore Press Holdings dan beroperasi di Kuala Lumpur bagi akhbar Singapore Straits Times.

Biro-biro Singapore Straits Times di luar negara beroperasi sebagai "front' ataupun topeng untuk agen-agen ISB Singapura (Internal Security Department of Singapore) untuk beroperasi.

Mereka ini, menerusi Kalimullah, telah berjaya semasa itu menembusi UMNO dan telah mengumpul pelbagai rahsia dalaman parti dan juga mengenai pemimpin-pemimpin parti.



Salah satu rahsia yang berjaya dikumpul oleh Kalimullah dan agen Singapura ialah mengenai kegemaran seks luar tabii Anwar Ibrahim. Namun mereka tidak menyebarkan maklumat tersebut malahan terus berusaha merapatkan diri dengan Anwar.

Strategi mereka adalah mudah - biarkan Anwar menjadi Perdana Menteri dan ketika itu, menggunakan semua maklumat tersebut untuk memeras ugut Anwar.

Tetapi perancangan Singapura gagal kerana Dr. Mahathir mendapat tahu mengenai kelemahan moral Anwar dan mengambil tindakan memecatnya pada tahun 1998.

Masalah moral Anwar diperakui sendiri oleh pemimpin Singapura Lee Kuan Yew. Semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur dalam tahun 2001, ketika bertemu pengarang kanan akhbar New Straits Times termasuk ketua pengarang kumpulan Tan Sri ABdullah Ahmad, telah menyatakan rasa simpati beliau kepada Dr Mahathir.

Simpati itu, kata Kuan Yew, adalah kerana apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir mengenai Anwar sebagai peliwat adalah benar dan telah diketahuinya menerusi agen rahsia Singapura sejak tujuh, lapan tahun sebelum ini.

Semasa Dr Mahathir dan UMNO berdepan dengan kemarahan rakyat dan ahli reformasi yang tidak percaya dengan tuduhan terhadap Anwar, Kalimullah telah tampil ke hadapan memberi sokongan padu kepada Dr. Mahathir dan UMNO.

Kalimullah telah secara terbuka menyeru teman-teman perniagaan dan wartawan untuk memberi sokongan kepada Dr. Mahathir.

Antara lain, Kalimullah menyatakan bahawa semasa bapanya sedang nazak di India, bapanya telah berpesan kepadanya (Kalimullah) supaya menyokong Dr Mahathir yang dianggap oleh bapa Kalimullah sebagai pemimpin Melayu dan Islam yang tiada tolok bandingnya.

Kerana pesanan bapanya, kata Kalimullah, beliau tidak teragak-agak menyokong Dr. Mahathir dan sanggup bergadai harta dan nyawa untuk mempertahankan beliau.

Apabila Anwar tumpas dan parti Keadilannya juga tumpas di dalam pilihanraya 1999, Kalimullah dan Singapura mula mencari personality baru untuk disokong di Malaysia dan kemudian diperkudakan.

Khairy Jamaludin secara kebetulan merelakan dirinya. Khairy mempunyai cita-cita tinggi. Beliau juga berdendam kepada pentadbiran Dr. Mahathir yang disalahkannya sebagai penyebab kematian bapanya seorang bekas diplomat yang membunuh diri kerana tekanan perasaan selepas kontraknya tidak diperbaharui.

Ditambah pula dengan latarbelakang akademik yang menyerlah, maka Kalimullah yang telah ditugaskan oleh Singapura untuk mencari calon yang sesuai untuk agenda republic itu, telah memilih Khairy.

Khairy amat sesuai kerana dia tidak mempunyai rasa patriotic yang tinggi kepada Malaysia dan semangat Melayunya juga amat luntur kerana dibesarkan di luar negara dan tidak pernah melihat pentingnya Dasar Ekonomi Baru untuk umat Melayu.

Dari segi Islamnya, Khairy juga tidak mempunyai penghayatan yang kukuh kerana cara hidup sebagai seorang anak diplomat di luar Negara tidak menjadikan Islam satu cara hidup sebagaimana anak-anak Melayu lain yang dibesarkan di Malaysia.

Khairy juga mempunyai teman wanita berbangsa Cina dari Singapura. Mereka berkongsi ranjang semasa belajar di Britain dan hubungan itu berterusan sehingga mereka kembali ke Negara masing-masing.

Malahan, dikalangan teman-teman rapat Khairy, mereka sering berkata bahawaKhairy masih lagi berhubungan secara intim dengan gadir Singapura itu walaupun selepas berkahwin dengan Nori, anak Pak Lah.

Kisah percintaan Khairy dengan Nori juga sebenarnya hasil perancangan licik Kalimullah yang telah menemukan mereka. Nori mudah tumpas ditangan Khairy yang beria-ia menunujukkan cintanya kepada Nori yang dari segi rupa tidak seberapa dan tidak sepadan dengan Khairy.

Bagi Khairy, mencintai Nori bukan sesuatu yang susah. Baginya, sesiapa sahaja yang boleh membuka jalan untuk mencapai kuasa boleh dicintai dan dicumbui. Khairy tahu, dengan kuasa, dia akan dapat memilih gadis-gadis yang diidamkan untuk dijadikan penghibur hatinya.

Hari ini jelas, Maya Karin serta gadis Singapura itu, menjadi penghibur hatinya dan Nori menjadi sumber kuasanya.

Kesabaran Khairy dan kesanggupannya mengahwini Nori sekarang membuahkan hasil bukan sahaja untuk dirinya malahan untuk Kalimullah dan sudah tentu Singapura.

Sejak Pak Lah mengambilalih dari Dr Mahathir, Singapura tidak lagi menunjukkan sikap bermusuh malahan menunjukkan kesediaan untuk berbaik-baik.

Bagi Pak Lah, ini adalah kejayaan diplomasinya. Tetapi umum tahu, Singapuratidak pernah berminat untuk berbaik-baik dengan Malaysia dalam apa keadaan sekalipun kecuali jika ia menguntungkan republik. Itu.

Sekarang dengan adanya Khairy dan Kalimullah sebagai orang kepercayaan Pak Lah, Singapura tidak perlu bermusuh malahan berbaik-baik dengan Malaysia akan menutup rahsia hubungan mereka dengan Khairy dan Kalimullah.

Hasilnya, Temasek, badan pelaburan kerajaan Singapura bereluasa di Malaysia, mengambil alih pantai Holdings, Southern Bank Berhad, Avenue Capital (menerusi ECM Libra yang diterajui Kalimullah dan Khairy sebagai ahli lembaga), Telekom Malaysia selain dari mencuba untuk menerobos syarikat Malaysia seperti Proton.

Kepentingan Melayu dan UMNO semakin terpinggir dan inya dilakukan secara sistematik tanpa disedari oleh umat Melayu. Kesemua dilakukan atas nama meritocracy dan hamper kesemua media massa, terutama dari luar Negara menyokong usaha itu kerana selari dengan agenda globalisasi.

Dr. Mahathir yang telah melihat usaha Singapura menghancurkan kepentingan Melayu akhirnya tidak lagi dapat menahan dirinya lantas secara lantang mengkritik kepimpinan Paklah dengan harapan ahli UMNO dan orang Melau akan sedar akan ancaman yang mereka hadapi.

Namun, suaranya itu dibantah oleh orang Melayu dan ahli UMNO sendiri. Maka berleluasalah Si Kitol dan Raja Mendeliar. Akan hancurkan tamaddun Melayu moden yang dibina oleh UMNO kerana angkara mereka ini ? Akan terjajahkah kita lagi ?

Sumber daripada blog BPN.

Berita Panas... Panas...Panas Dari Pemuda Umno!!!!!!!

Sebelum anda baca dengan lebih jauh sila klik dua link dibawah terlebih dahulu agar anda dapat memahami kisahnya dengan lebih jelas.

Link 1 klik di sini

Link 2 klik di sini

Satu atau dua hari selepas saya mencatitkan tulisan dalam link kedua, seorang teman menghubungi saya menyampaikan pesanan daripada Sohaimi Shahadan kononnya tulisan tersebut tidak benar.

Saya pesan balik kepada teman saya supaya beliau memberitahu Sohaimi agar menjawab dakwaan tersebut di media masa atau e mel kepada saya dan saya akan siarkan penafian dia.



Teman saya berkata dia telah mencadangkan kepada Sohaimi agar melakukan perkara tersebut tetapi dia tidak mahu melakukannya dan tidak mahu melayan dakwaan saya. Sohaimi berkata kepadanya dia sibuk dengan kerja-kerja lain dan banyak benda yang dia nak kena 'present' kepada PM setiap kali mereka berjumpa. Wah ! hebatnya mamat ini, selalu jumpa PM 'present' itu ini. Betulkah perkara ini ? Semoga Pejabat PM dapat menjelaskannya. Kita bimbang takut ada orang jual nama PM.

Kenapa Sohaimi tidak mahu menjawab dakwaan saya ? Rakan-rakan sekalian, dalam soal melemparkan dakwaan saya tidak akan menulis membabi buta jika perkara tersebut tiada asasnya.

Daripada hari pertama saya mendapat info tersebut lagi saya telah yakin yang info itu ada asasnya. Sebab itulah Sohaimi Shahadan tidak berani menjawabnya.

Saya diberitahu pada mulanya CEO 1901 Hotdogs adalah antara usahawan yang dipilih untuk menerima pengiktirafan daripada Pemuda Umno.

Tetapi setelah penganjur program yang diketuai oleh Sohaimi Shahadan meminta bayaran sebanyak RM 15,000.00 daripada CEO terbabit untuk pengiktirafan tersebut , maka CEO 1901 hotdogs menolak untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Satu langkah yang bijak telah diambil oleh CEO tersebut. Saya puji keputusan beraninya dan mengeji kerja gila yang dibuat oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO .

Sudahlah usahawan-usahawan yang dipilih bukannya di didik oleh biro tersebut, kemudian minta duit pula untuk dapat pengiktirafan. Itu bukan majlis bagi pengiktirafan, tetapi majlis mencari duit.

Sekarang sudah diketahui oleh kita, mengapa mereka memilih untuk mengiktiraf usahawan yang kaya-kaya dan yang sudah berjaya. Rupa-rupanya kerana nak cari duit. Benarlah kata seorang penghantar komen yang bernama Hisham dalam tulisan sebelum ini berkenaan perkara itu.

hisham said...

saudara rbf..
jika pemuda umno kutip anak2 muda dan bantu mereka berniaga apa yang pemuda umno bolih dapat?jika pemuda umno bantu makcik dan kakak yang berniaga nasi lemak serta pisang goreng ditepi2 jalan,apa yang mereka ini bolih beri.?jika pemuda umno menolong mencarikan kerja untuk lepasan sekolah rendah dan menengah mendapatkan kerja,apa yang pemuda umno akan terima?tapi,jika pemuda umno bantu dan sokong serta iktiraf mereka2 yang berjaya..fikir2kan lah...berapa dan apa keutungan yang pemuda umno bolih dapat dari mereka2 ini.semua kerana wang...wang wang...yang dah kaya dikayakan lagi.berapa ramai orang melayu yang telah berjaya hasil dari dasar ekonomi baru yang benar2 membantu bangsanya sendiri.mereka ini memandang bangsa sendiri pun dengan perasaan jijik.kecuali yang ada cita2 nak jadi ahli politik,itu pun bolih dipertikai kejujuranya.sebab inilah anak2 muda melayu benci dengan umno.mereka bukan tidak sayang pada bangsa dan negara ini.kerana sikap dan perangai buruk pemimpin2 dalam pemuda dan wanita serta sebahgian daripemimpin tertinggi umno sendiri membuat mereka menbenci umno.anak2 muda ini harus didekati dan dibantu,kalau dibiarkan maka mereka akan mencari alternatif lain untuk melepaskan kemarahan dan rasa kecewa.
October 19, 2010 5:38 PM

Saya difahamkan bayaran-bayaran yang diterima untuk majlis tersebut bukannya dibayar atas nama Pemuda Umno sebaliknya di atas nama sebuah syarikat. Sejauh mana kebenaran dakwaan ini saya tidak pasti. Harap Pemuda Umno dan Ibu Pejabat Umno dapat menyiasat dakwaan ini.

Saya difahamkan juga, nama TPM telah digunakan untuk majlis terbabit dan mungkin juga nama TPM telah dijual untuk mendapatkan wang daripada penerima-penerima pengiktirafan terbabit. Semoga Pejabat TPM juga dapat menyiasat perkara ini.

Sebelum rakyat menghukum kita dalam pru akan datang, adalah lebih baik kita menghukum orang-orang kita yang berperangai dibenci rakyat.

Orang seperti inikah yang nak jadi Ketua Pemuda Selangor ?

Cukup setakat ini untuk hari ini.

Ada lagi yang bakal menyusul.

Selepas ini kita cerita tentang modus operandi yang sama juga tetapi majlis yang berbeza. Majlis deklamasi sajak pula.

Cerita penuh mengenai baja juga telah berada di tangan saya.

Jangan risau, saya akan dedahkan semua itu.

Sumber: RBF

House PK: Aku ada beberapa soalan nak tanya Pemuda UMNO ni, kalau mereka jujur maka mereka mesti kena jawab:

1. Benarkah mereka diminta untuk membayar mengikut anugerah yang diterima?

2. Benarkah ahli perniagaan ini ditipu bahawa mereka akan menerima anugerah dari Timbalan Perdana Menteri?

3. Benarkah mereka yang tidak bayar seperti yang telah diminta maka anugerah mereka ditarik balik?

4. Kemanakah perginya wang tersebut? Ke kantong Khairy Kitol atau ke kantong Sohaimi Shahdan?

Ahad, 31 Oktober 2010

Dun Galas : Rozali Isohak Baru Keluar Dari Peti Sejuk.


Majlis Veteran UMNO Kelantan menyangkal kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa PAS telah "ditendang" keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekitar 70-an dan bukannya PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO ketika itu. Pengerusinya, Datuk Rozali Isohak, berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh UMNO semasa bergabung dalam BN.



Sudah lama tidak mendengar berita daripada Datuk Rozali Isohak bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah orang kuat  Ku Li semasa 'Kapal S46' masih berbau kilang, yakni masih berkilat lagi. Setelah 'Kapal S46' siap dibina, kaptennya (Ku Li) membaca ikrarnya yang terkenal bahawa beliau tidak akan meninggalkan 'Kapal S46' walaupun hanya beliau sahaja yang tinggal di atas 'Kapal S46'.


Penolong kapten 'Kapal S46', Rais Yatim awal-awal lagi telah 'Membakar Jambatan'. Beliau 'Membakar Jambatan tersebut kerana ia menghubungkan 'Kapal S46' dengan daratan milik 'Umeno Baru'. Jika jambatan tersebut masih wujud pasti ajakan,bisikan hawa nafsu akan bermain-main difikiranya yang masih lemah itu. Ini kerana bisikan-bisikan yang dimainkan oleh 'Umeno Baru' cukup kuat.


Difikirannya pasti akan terbayang-bayang dengan 'Projek', 'Pangkat', 'Kedudukan', 'Kesenangan' dan bermacam-macam lagi kenikmatan duniawi. Tapi apakan daya, bisikan hawa nafsu yang dibawa oleh 'Umeno Baru' cukup kuat dan rugi untuk dilepaskan. Akhirnya bukan awak-awak yang meninggalkan 'Kapal S46' tetapi kapten dan orang-orang kanannya yang meninggalkan 'Kapal S46'.



Dalam keadaan kewangan yang semakin mengempis dipoket kapten 'Kapal S46' yang terpaksa menanggung makan minum awak-awak, satu pakatan dengan hawa nafsu 'Umeno Baru' telah dilakukan.  Janji-janji hawa nafsu 'Umeno Baru'  benar-benar mengasyikkan, dengan beberapa syarat dalam perjanjian yang dipanggil 'Perjanjian Setan'. 


Kapten mestilah menebuk lubang di 'Kapal S46' sehingga tengelam walau pun tiada ribut dan gelombang. Dengan sisa-sisa dari 'Kapal S46' itu pula, Rais Yatim mestilah membina kembali jambatan yang telah beliau bakar. Rozali Isohak pula mestilah membuat onar, huru hara dan menghentam sehabis-habisan keatas kerajaan Kelantan baik diluar mahu pun di dalam dewan.


Ia benar-benar mengejutkan awak-awak yang terpaksa bertempiaran terjun untuk menyelamatkan diri setelah merasakan 'Kapal S46' sikit demi sedikit tengelam. Awak-awak 'Kapal S46' merasakan bahawa kapten (Ku Li) dan orang-orang kanannya telah mengkhianati sokongan yang mereka berikan dengan sepenuh hati.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang daripada BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO.

"PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin UMNO merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi," katanya.  PAS, katanya, bergabung dengan UNO membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. 


Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk "Fatwa Ikut Suka PAS: UMNO Keliru dan Terus Keliru" yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS. 

Beliau sepatutnya sedar bagaimana sikap Umno terhadap rakan-rakan (parti) apabila ia mendapat kembali pengaruhnya. Lihatlah kepada dirinya sendiri sebagai contoh setelah berada didalam Umno sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan isu PAS 'ditendang' keluar dari Barisan Nasional.

Usahlah beliau memutarbelitkan fakta sejarah akan peranan sebenar yang dimainkan oleh Umno di Kelantan. Umnolah yang memainkan peranan besar  mewujudkan parti Berjasa agar mengucar kacirkan PAS. Umno berjaya dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS sehinggakan mereka "Mageran' Kelantan. Setelah berjaya merampas Kelantan dari PAS dengan menaja rakan subahat mereka (Berjasa), Berjasa dipinggirkan sehinggalah ianya terus lenyap tanpa batu nisan.

Alasan berhubung dengan penubuhan cawangan PAS dikawasan Umno hanya sebagai penyedap cerita sahaja. Seperti juga alasan yang mereka berikan untuk membubarkan Semangat 46 yang beliau sendiri adlah antara wataknya. 

Sabtu, 30 Oktober 2010

Dun Galas : Astro Awani Barua Baru Umno.


Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut berhubung kait dengan Pakatan Rakyat dan parti PAS amnya. Oleh itu sebab itulah saya lebih suka menonton berita Astro Awani 7.45 malam.

Laporan-laporan oleh Astro Awani lebih terbuka sedikit walau pun masih memihak kepada Umno/Bn. Tetapi sejak kebelakangan ini berita dari Astro Awani amat memualkan apabila berlakunya pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Berkebetulan semalam saya tidak tidur mengadap komputer kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Sambil menaip di komputer, saya membuka TV saluran Awani 501.  Walau pun saya tidak menonton, saya tetap setia mendengar laporan-laporan dari saluran tersebut. 


Selama 24 jam saya mendengar wartawan Astro Awani menemubual beberapa orang asli. Isu yang mereka  cungkilkan adalah  berkaitan tanah ialah isu 'Ladang Rakyat'. Watak yang dipaparkan ialah Ku Li, Tok Batin dan pengerusi JKKP orang asli.



Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan projek 'Ladang Rakyat' kelolaan kerajaan negeri Kelantan (benarkah kerajaan negeri terlibat?). Yang jelas menunjukkan kemarahannya ialah pengerusi JKKK yang mahu diangkat sebagai pejuang orang asli. 

Dengan penuh semangat pengerusi JKKK tersebut menyalahkan kerajaan negeri diatas isu tanah orang asli. Suka atau tidak, beliau terpaksa menunjukkan peranannya sebagai pengerusi JKKP kerana elaunnya baru sahaja dinaikkan dari RM 450 kepada RM 800 sebulan dalam Bajet BN 2011 yang diumumkan oleh DS Najib.

Itu pun belum dikira dengan elaun kedatangan mesyuarat sebanyak RM 50 seorang dan tidak termasuk dengan kedatangan beberapa guni wang untuk semua peringkat jawatan. Semakin tiinggi pangkatnya, semakin  banyaklah habuan yang mereka terima. Itu pun jika diambil contoh bayaran RM 200 bagi setiap pengundi yang mengundi BN seperti yang berlaku di PRK Manek Urai.

Dalam keseronokan kerana muka masuk TV, beliau begitu bersungguh-sungguh melaporkan betapa susahnya kehidupan orang asli kerana kesukaran menjana pendapatan. Beliau berkata semua kerja mereka telah diambil alih oleh pendatang asing dari Indon dan Bangla.

Pengerusi JKKP tersebut menyuruh wartawan melihat bukti apa yang berlaku di Lojing dan Cemeron Highland. Tidak pula wartawan tersebut pergi ke Cemeron Highland untuk membenarkan kata-kata pengerusi JKKP. Mungkin malu kut, kerana Cemeron Highland adalah kepunyaan kerajaan negeri Pahang. Itulah akibatnya jika terlalu terlalu bersemangat sangat menghentam, kesudahannya kena kat dahi sendiri.
rumah12 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah13 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
White House visi Malaysia milik Ku Li
Brown House visi Malaysia, Villa Orang Asli
Ku Li ketika mengadakan pertemuan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar berkata, kehadirannya ke situ adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan Orang Asli bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.

"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli dari arus pembangunan dan ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli tetapi dalam masa yang sama sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

Apakah selama 30 tahun lebih sebagai ahli parlimen Gua Musang dan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan pusat, baru kali ini cuba membantu orang asli. Andainya beliau seorang yang perihati akan untung nasib orang asli, beliau boleh melakukannya semasa memegang jawatan Menteri Kewangan.

Apa pun, pengerusi JKKP itu sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan PAS Kelantan kerana memberi kebenaran untuk mendiami diatas tanah kerajaan negeri walau pun  beliau dan beberapa orang lagi adalah barua kerajaan BN. Mungkin inilah segelintar orang asli yang tidak mempunyai apa-apa saham keatas Ladang Rakyat yang diperbesar-besarkan oleh Umno.

Berkaitan pengambilan tanah untuk pembangunan, beliau sepatutnya menyalahkan kerajaan BN semasa era Tun Mahathir menjadi PM. Beliaulah yang telah meminda akta tanah negara dengan memberi kebenaran kepada kerajaan untuk mengambil tanah-tanah orang Melayu dan kaum Peribumi untuk pembangunan. 

Kerana itulah orang Melayu dan Peribumi semakin terpinggir ditanah air sendiri diatas kerakusan Umno/Bn merampas tanah-tanah orang Melayu dan Peribumi dengan alasan pembangunan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kerana Ku Li tidak berani mengakui apa yang telah Umno/Bn lakukan sebagaimana isu royalty minyak diperairan Kelantan.

Jika orang Melayu, Peribumi dan rakyat Malaysia amnya tidak ingin menjadi pengemis di negara sendiri, tunjukkanlah kuasa undi yang ada sebagai pengajaran buat Umno/Bn. Jangan menyesal dikemudian hari dan undi anda adalah untuk anak cucu anda sendiri.

Buat Astro Awani pula, janganlah sampai anda dicap sebagai media pencacai Umno/Bn yang baru. Buatlah laporan yang adil kerana pengkhidmatan dibayar setiap bulan. Atau anda pun akan diboikot seperti media massa pencacai yang lain.


Ahad, 18 April 2010

Selamat Bertugas Buat Para Pertugas PAS.

Mengikut maklumat, para petugas PAS dari Terengganu telah ditempatkan untuk kawasan Felda Sungai Tinggi, Hulu Bernam. Hulu Bernam adalah salah satu Dun yang terletak dalam parlimen Hulu Selangor. Diantara 3 Dun yang berada didalam parlimen Hulu Selangor, iaitu N5 Hulu Bernam, N6 Kuala Kubu Baharu dan N7 Batang Kali, Dun Hulu Bernam mempunyai peratusan kaum Melayu paling tinggi, 67.7 % daripada 17,549 pengundi berdaftar. Para pertugas dan perayu undi PAS terpaksa bekerja keras kerana dalam PRU 12 yang lepas, Dun Hulu Bernam telah mengalami kekalahan dengan majoriti paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan Dun Kuala Kubu Baharu dan Batang kali. Calon BN telah mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 3,549 undi.BN diwakili oleh Datuk Mohamed Idris Abu Bakar memperolehi undi sebanyak 7,985. Manakala calon PAS yang diwakili oleh Sukor Ali hanya memperolehi undi sebanyak 4,436 dengan peratusan yang keluar mengundi ialah 72.59 % (12,739). Memandangkan majoriti pertugas dikawasan tersebut adalah daripada Terengganu, iaitu negeri kelahiran saya dan saya juga menjangkakan ramai dari kalangan mereka adalah saudara mara, sahabat dan kenalan saya. Apa yang saya dapat lakukan ialah berdoa agar mereka diberi kekuatan dalam menghadapi jentera Umno/Bn yang telah dijadimilik 'MakBapak' mereka (Harapkan Umno, mereka mana ada jentera). Seandainya majoriti Dun Hulu Bernam dapat dikurangkan, pasti puak-puak dari kayangan akan terbang awal ke kayangan. Kerana itu kerja keras perlu dilakukan dalam keadaan Unmo/Bn yang terlalu terdesak untuk merampas kembali kerusi tersebut. Pasti pertugas Pakatan Rakyat akan menghadapi laluan sukar setelah Umno/Bn akan .me'Makbapak'kan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada. Apatah lagi Umno/Bn sekarang ini kekurangan isu untuk diketengahkan setelah teruk dibelasah dengan APCO. Saya pasti Umno tidak akan memainkan isu berkaitan saman Datuk Zaid terhadap Hukum Hudud. Andainya isu itu dicanangkan, pasti Umno sendiri yang akan terkena dengan bahananya kerana semasa beliau menyamannya, Datuk Zaid masih lagi menjadi ahli Umno dan Umno sendiri seperti merestuinya. Mungkin dalam PRK kali ini akan menempa sejarah apabila calon BN, Kamalanathan akan berkempen dengan menggunakan tiga identiti. Jika beliau berkempen di kawasan Hulu Bernam, beliau akan mengaku sebagai bangsa Melayu dengan menggunakan nama 'KAMAL'. Di kawasan Kuala Kubu Baharu pula, beliau akan mengaku sebagai keturunan Cina dengan menggunakan 'ALAN' dan di kawasan Batang Kali baru beliau akan mengaku berbangsa India dengan menggunakan nama 'NATHAN'. Inilah hasil daripada idea APCO dalam usaha menjulangkan slogan 1Malaysia : KAUM KERABAT DIDAHULUKAN, KEKAYAAN DIUTAMAKAN. UNDI PAKATAN RAKYAT (PKR) BERMAKNA MENYOKONG PERUBAHAN. UNDI BN BERMAKNA MENYOKONG ISRAEL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN.

PRK Hulu Selangor : Katakan Tidak Kepada Pengkhianat.


Tidak tahu apa nak dikatakan dengan lawak antarabangsa oleh ketua penerangan Umno yang merayu pengundi Hulu Selangor agar BN diberi peluang. Apakah beliau terlalu tertekan dengan situasi politik sekarang yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.


Secara tidak langsung, beliau telah membogelkan perbuatan Umno/Bn setelah 50 tahun diberi peluang di Hulu Selangor. Nampak sangat yang BN memang tidak buat kerja selama mereka diberi mandat. Apa yang mereka lakukan ialah memkayakan diri mereka sendiri.


50 tahun rakyat Hulu Selangor memberikan undi mereka kepada Umno/Bn, apa yang rakyat Hulu Selangor  dapat?. Kemiskinan, kemunduran, kepapaan dan rakyat Hulu Selangor diibaratkan seperti menumpang di negeri orang.


50 tahun Umno telah meminggirkan bangsa Melayu dan setiap kali pilihan raya mereka akan menjajakan pembangunan. Itulah kerja Umno dulu...... kini...... dan selama-lamanya. 


Andainya rakyat Hulu Selangor tidak dipinggirkan, masakkan sehari setelah kematian Tok Wakilnya, bermacam-macam projek telah diumumkan oleh One Malaysia dan timbalannya. Jentera berat usah dikatakan, hari-hari ada penghantaran ke Hulu Selangor.


Jalan yang baru diturap, pasti akan diturap kembali agar tiada lagi lompok dan bonggol. Pasal pak-pak menteri selesa nak lalu, nak jumpa orang kampung katakan. Ramailah nanti puak-puak dari kayangan akan turun untuk menjadi hamba rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jika hendak dibandingkan dengan puak-puak dari kayangan yang kais pagi untuk sepuluh tahun, kais petang untuk sepuluh tahun lagi. Kali ini tak tahulah berapa buah halikopter wang yang akan dibawa turun dari kayangan.


Salahguna kuasa dalam pentadbiran usah dikatakanlah, sampaikan Dana Negaraku yang tercinta dah kering kontang pasal bayar kat APCO. Katakan tidak kepada Umno/Bn, jika anda seorang yang perihatin terhadap negara. Undi BN bermakna anda menyokong Israel yang telah menyembelih umat Islam.

Jumaat, 16 April 2010

RM 100 : Sudahlah Tak Beri, Bongkak Pula!


“PATUTKAH warga emas yang diberi RM100 diucap takziah? Sudikah YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil sedekahkah kami RM100 lagi setiap seorang?”

Penulis memetik ungkapan ini dalam ruangan R@kan BH di muka surat 41 akhbar Berita Harian, tanggal Khamis, 8 April 2010. Demikianlah rakyat kurang senang dengan gelagat Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang memperkecil dan mempersenda pemberian RM100 setiap warga emas oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sebelum ini penulis berpeluang menyaksikan melalui kaca televisyen, aksi cemuhan dengan muka meluat Shahrizat terhadap usaha Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar beliau. Sungguh sedih melihat Shahrizat dengan mimik muka masam menempelak Guan Eng dengan berkata Ketua Menteri itu menghina golongan tua dengan pemberian wang tidak sampai RM10 sebulan atau kurang RM1 sehari.

Benar Shahrizat melalui kementerian banyak membantu golongan kurang mampu, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya. Jumlah pemberian tentunya ‘besar’, yang biasa didengari adalah RM300 sebulan. Tentulah jumlah ini ‘besar’ berbanding wang ‘ciput’ yang diberi oleh Guan Eng.

Namun Shahrizat perlu sedar wang pemberian RM300 sebulan kepada golongan kurang upaya itu adalah daripada jabatan di bawah kementerian yang diterajui beliau yang diamanahkan oleh kerajaan untuk meringankan bebanan rakyat miskin. Ini adalah tanggungjawab sosial yang wajib dijalankan oleh mana-mana kerajaan dalam dunia ini.

Sebenarnya, RM300 itu bukannya banyak. Melalui program Bersamamu TV3, dapat disaksikan betapa deritanya hidup golongan kurang upaya ini walaupun mereka mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mereka sudah diberi RM300 sebulan tetapi mengapa Syarikat Beras Faizah, korporat lain malahan kolej, universiti dan persatuan tidak lepas tangan memberikan bantuan. Malah ada yang menerima bantuan lain misalnya daripada Pusat Zakat, tetapi mengapa mereka mengadu semua itu tidak cukup menampung perbelanjaan mereka?

Kalau Shahrizat mahu berbangga dengan pemberiaan RM300 yang dirasakan sudah terlalu banyak yang membolehkan beliau bongkak dengan menyindir pemberian RM100 oleh Lim Guan Eng, tak usahlah minta lagi Syarikat Faizah dan pihak lain membuat sumbangan. Cukuplah, kerana orang miskin dan kurang upaya itu mampu hidup selesa dengan pemberiaan RM300 sebulan oleh kementerian Shahrizat! Pihak TV3 pula berhentilah merayu orang ramai membantu.

Pada pandangan penulis yang kurang arif ini, sama seperti langkah mengalu-alukan bantuan oleh Syarikat Faizah dan pihak lain, adalah amat molek Shahrizat mengalu-alukan kesudian Guan Eng untuk memberikan RM100 kepada setiap warga emas. Ertinya marilah sama-sama membuat kebajikan, janganlah pula seseorang itu tergamak menghina kesudian seseorang atau pihak itu untuk membantu orang lain.

Adabnya, kita tidak perlu membangga diri pemberian kita kepada orang lain apatah lagi mengungkit-ungkit jumlahnya ‘yang sangat besar’ dan pada masa yang sama memperlekeh usaha pihak lain membuat kebajikan apatah lagi menyoal nilai sumbangan yang dakwanya ‘ciput’ itu.

Apa yang penting di sini adalah keikhlasan, bukan jumlahnya. Atau pemberian bermaksud ada udang di sebalik batu. Tetapi itulah yang kerap berlaku sekarang ini termasuk menjelang pilihan raya kecil atau umum.

Adalah menjadi hak orang miskin atau OKU untuk mendapat wang bantuan terutama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi mengapa pihak-pihak tertentu begitu ghairah memberinya di kawasan pilihan raya? Apa, tidak ada masa lain yang sesuai untuk diberikan hak rakyat miskin itu?

Demikian juga pengagihan wang zakat, wang itu adalah hak asnaf termasuk orang miskin tetapi mengapa sibuk mahu diberikan masa pilihan raya oleh pemimpin parti yang mengetuai kerajaan pula? Apakah makna ini semua? Kepada orang berhak, berikan hak mereka sama ada ada pilihan raya atau tidak, itu hak mereka bukan hak orang menyampaikan bantuan.

Pemimpin yang menyampaikan bantuan, wang itu bukan daripada kocek awak, wang itu adalah hak rakyat (jika wang zakat itu adalah hak asnaf) tetapi mengapa kamu mahu berbangga? Sehubungan itu bagi pemimpin yang mendabik dada, seolah-olah wang diberikan itu adalah wang mereka, mulai sekarang KELUARKAN sendiri wang kamu untuk dibagikan kepada rakyat.

Apabila ini kamu lakukan, barulah kamu tahu nilaian wang 10 sen, RM1, RM10 atau RM100 itu. Wang daripada titik peluh kamu ini jika diberikan dengan ikhlas, barulah ada kebarakahannya dan salah satu tandanya tidaklah kamu MENGHINA-HINA orang lain yang bersedekah dalam jumlah kecil!

Untuk pengetahuan, jumlah warga emas berdaftar di Pulau Pinang adalah seramai 82,983 orang dan jika semuanya dihadiahkan RM100 seorang, jumlah perlu dikeluarkan adalah RM8,298,300 (kira-kira RM8.3 juta). Sebagai langkah awal mendapat kebarakahan, apa kata Shahrizat dengan ikhlas berkongsi membiayainya daripada POKET SENDIRI dan jangan dibuat masa kempen pilihan raya? 
(Roslan, Melaka)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular