Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 17 September 2009

ISA : Bebas 5 Tahanan, Nak Tangkap 500,000 Ribu Orang.

 Sehari selepas membebaskan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengugut akan memenuhkan Kem Tahanan Kamunting sehingga ke pinggirnya.

Ugutan beliau itu dibuat ketika tokoh-tokoh MIC seolah-olah mengamuk menentang 'big brothers' di dalam Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pula menyatakan bahawa 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

"Jika ada orang yang merupakan ancaman kepada keselamatan, saya akan penuhkan sehingga ke pinggir Kamunting," ancam Hishammuddin.

Beliau berkeras akan mengekalkan pusat tahanan itu dengan mendakwa "ia merupakan merupakan pangkalan penting bagi memerangi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara".

Dengan menggunakan alasan "untuk melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang ancaman ke atas keselamatan mereka," beliau juga memberi amaran akan "melakukan apa sahaja yang dibenarkan mengikut undang-undang".

"Kamunting ada di situ ada bersebab kerana ia adalah bagi melindungi sebarang ancaman terhadap keselamatan. Mereka (tahanan yang ada) merupakan ancamana kepada keselamatan," Bernama memetik beliau berkata ketika menjawab soalan mengenai sebarang cadangan bagi mengosongkan kemudahan di Kamunting.

Ancaman Hishammuddin itu dibuat ketika berlarutannya penentangan MIC terhadap Umno yang dilihat umum sebagai mengancam keselamatan dan kekuasaan BN.

Semalam, Ketua Pemuda MIC, T Mohan dilaporkan menuntut Umno mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Tuntutan Mohan itu membuktikan MIC sebenarnya tidak mengalah walaupun berundur setapak ke belakang apabila kelihatan tunduk kepada tekanan Umno dengan menggantung seorang perwakilan di perhimpunan agungnya, M Sukumaran yang berucap menyarankan potret Dr Mahathir dikalungkan dengan selipar Ahad lalu.

Ketika diminta pandangannya mengenai pergolakan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Mohan yang menuntut Umno mengambil tindakan ke atas Dr Mahathir itu sebenarnya ditujukan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu membidas kenyataan Najib ketika merasmikan perhimpunan agung ke-63 parti itu Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.

Anak lelaki Samy Vellu sendiri, Vell Paari melihat kenyataan Najib itu sebagai campur tangan dalam urusan dalam MIC.

"Para perwakilan (perhimpunan MIC) juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Samy Vellu bukan setakat menentang campur tangan tokoh-tokoh Umno dalam urusan parti yang dipimpinnya, malah menghentam BN apabila menyatan para pengundi India meluat dengan BN.

Keselamatan BN bukan sahaja terancam dengan penentangan MIC itu, malah ia turut tergugat dengan perpecahan MCA.

Salahuddin melihat tindakan Majlis Presiden MCA memecat bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai tindakan penentangan terhadap Najib dan Umno.

Dalam pertelagahan antara Chua dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ong Tee Keat, Najib dan Umno dilaporkan menyebelahi Chua.

Sebelum itu, dalam tindakan yang dilihat sebagai tamparan hebat kepada Ong, Najib melantik Chua sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

"Ong dilaporkan amat marah dengan tindakan Najib melantik Chua ke jawatan itu," kata Salahuddin.


Menambahkan lagi ancaman keselamatan Umno dan BN, China Press Ahad lalu melaporkan Daim berkata, 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong BN.

Bahkan, katanya lagi, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

Sebelum pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, bekas Bendahari Umno itu pernah memberi amaran tentang tiga negeri yang disifatkannya sebagai "kawasan panas" bagi BN, iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ketiga-tiga negeri itu akhirnya terlepas dari cengkaman BN dalam pilihan raya tersebut termasuk Perak yang akhirnya dirampas kembali oleh parti itu dalam "operasi lompat" yang dilaporkan telah diketuai sendiri oleh Najib.

Kelantan, dalam pilihan raya umum lalu, gagal dirampas oleh BN.(Harakah)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular