Translate

Khamis, 17 September 2009

Ugutan Bunuh Atau Sudah Bermulanya Wayang.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat lapora polis berikutan menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Beliau membuat laporan berhubung dengan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Setelah mengaku disiasat (SPRM panggil untuk bersembang) oleh SPRM tentang banglo mewahnya itu, tiba-tiba timbul pula surat ugutan bunuh terhadap beliau.

Siapalah yang bodoh sangat menghantar surat ugutan bunuh terhadap beliau. atau sekadar main wayang dalam mengalih pandangan orang ramai tentang siasatan terpilih terhadap beliau oleh SPRM.


Mungkin tahun ini Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik akan dibolot oleh beliau memandangkan kehebatan beliau dalam merealisasikan isu beliau untuk menagih simpati rakyat Selangor.

Tentang banglo mewah beliau itu, saya menyarankan rakyat Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS agar mengambil jurusan Doktor Pergigian.

Ia adalah satu bidang yang betul-betul menguntungkan kerana umur baru mencecah awal 40 an sudah boleh bergelar jutawan dan boleh membina rumah agam yang bernilai berjuta-juta RM.

Adalah menjadi satu kebanggaan sekiranya Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dapat memberi beberapa tip kepada bakal-bakal Doktor Gigi, bagaimana untuk menjadi jutawan.

Beliau juga patut dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah, memandangkan kejayaan demi kejayaan yang telah beliau kecapi setelah bergelar Doktor Gigi.


Dan kejayaan beliau telah membuatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mencemburui beliau memandangkan selama 22 tahun menjadi PM, beliau hanya mampu mendiami rumah yang bernilai RM 1 juta lebih sahaja.

Kerajaan patut mewujudkan satu kerusi buat beliau di IPTA, mungkin yang sesuai ialah Univesiti Sains Malaysia yang dipanggil Kerusi Khir Toyo, sebagai mengenangkan beliau sebagai satu contoh kejayaan bangsa Melayu yang berjaya dengan klinik giginya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular