Translate

Isnin, 5 Oktober 2009

Bagan Pinang : Apabila Mahathir Bercakap Tentang Hukum Allah......

Apabila seorang yang berfahaman sekular bercakap tentang hukum Allah, sebenarnya beliau telah menunjukkan kepada umum betapa jahilnya beliau. 
 
Kononnya beliau ingin menghebuhkan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau seorang yang afif tentang hukum-hukum Allah. 
 
Hakikatnya ia telah membodohkan dirinya sendiri apabila beliau tidak dapat membezakan yang mana satu hukum dan yang mana satu nasihat.
 
Inikah yang diwar-warkan sebagai seorang negarawan yang hebat tetapi boleh dikatogerikan sebagai seorang yang jahil lagi bodoh. Satu gelaran yang selayaknya buat beliau...... orang yang bodoh lagi jahil ingin cuba menunjuk pandai.
 
Dibawah ini adalah tulisan beliau yang saya kutip untuk anda mengadili beliau.
 
1. Apabila sesuatu dilakukan dengan nama Islam, ramai yang cepat berkata ia adalah hukum Allah yang perlu kita lakukan. Kita jarang bertanya samada sesuatu itu benar-benar hukum Allah.

Didalam Surah Al-Baqarah ayat 196, Allah berfirman : "Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah". Oleh kerana ayat tersebut adalah firman Allah, maka Mahathir  telah meletakkan ia adalah hukum Allah  sebagai satu  mainan kerana ia bersifat Islam. 
 
Sedangkan Allah berfirman sekiranya kita mampu maka tunaikanlah haji. Mengerjakan  haji termasuk dalam rukun Islam. Jika pandangan Mahathir diambil kira, maka hukum haji adalah wajib bagi setiap umat Islam. Sedangkan ianya untuk orang yang mampu dan bagi yang tidak mampu ia tidak menjadi satu kesalahan.
 
2. Saya tertarik dengan rencana bekas mufti Perlis (baca disini) berkenaan dengan kononnya Islam melarang gosok gigi di bulan puasa. Kononnya mulut yang bau busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi. Ini diulangi berkali-kali dalam televisyen.

Beliau dengan sedar telah menghina Allah dengan niat jahat apabila mengatakan "kononnya mulut yang busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi".
 
Beliau juga melakukan fitnah terhadap Islam dengan menghina Allah, yang mengatakan bau mulut hamba-hambanya berpuasa disisi Allah adalah lebih  harum daripada bau kasturi.
 
Sedangkan Islam sendiri mengajar agar menjaga kebersihan. Tiada nas dan dalil yang mengatakan haram mengosok gigi semasa berpuasa. Kita disunatkan bersugi adalah sebaik-baiknya kerana ia tidak seperti ubat gigi yang berada dipasaran dengan berbagai jenama dan rasa.
 
Apa yang ditegahkan, takut-takut kita tertelan akan ubat gigi yang kita gunakan. Maka yang sebaik-baiknya ialah bersugi kerana ia tidak mempunyai rasa dan Rasulullah s.a.w. sendiri pun bersugi.
 
Kerana puasa disisi Allah ialah, " solat untuk kamu dan puasa itu untukKu". Oleh itu apa yang beliau komen itu sebenarnya beliau seorang yang berniat jahat untuk menghina Islam.
 
3. Benarkah pendapat ini adalah hukum Allah?

Dimana beliau belajar perkara tersebut, siapa gurunya atau mungkin beliau membaca tafsir AL-Quran dalam bahasa Inggeris seperti yang selalu beliau hebuhkan itu. 
 
Didalam Islam, belajar agama wajib berguru dengan guru yang betul atau pun dipanggil 'guru mursid' Jika sekadar belajar tafsir dan tahu sepotong dua ayat, kemudian hendak tunjuk pandai.... baik simpan sahaja lagak anda itu. 
 
Belajar agama wajib berguru kerana jika tidak berguru, maka syaitanlah yang menjadi gurunya. Siapalah kamu wahai Mahathir...... apakah kamu merasakan yang kamu sudah pandai dengan sekadar membaca Al-Quran yang telah ditafsir.

Sedangkan Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, insan yang amat dicintai oleh Allah s.w.t.. Diharamkan oleh Allah s.w.t. daripada disentuh tubuh baginda dari api neraka dan Baginda pun belajar Al-Quran dengan Malaikat Jibrail a.s.
 
4. Sebenarnya hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran. Mungkin ada hadith yang menyarankan bahawa ini adalah ajaran Islam (yang diwajibkan). Tetapi kita tahu banyak hadith yang diterima oleh sesetengah daripada orang Islam adalah lemah atau bukan hadith yang sebenarnya.



Memang ada perkara berkaitan dengan cara bersolat mahupun yang berkaitan arak iaitu cara menyebat peminum, penjual, pengedar dan yang paling besar ialah taukeh arak seperti anakandanya, tidak disebut secara khusus.

Tetapi ianya dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui cara bercakap, cara perbuatan melalui sunnah-sunnah Baginda dengan para Sahabat melihat akan perbuatan Baginda semasa hayat Baginda yang kemudian diwariskan oleh para Sahabat kepada Tabii, dari Tabii kepada Tabii-tabii, dari tabii-Tabii kepada para Ulama dan sampailah kepada kita. Mungkin juga ianya tidak sampai kepada Mahathir kerana terdapat haruman semerbak bau arak-arak yang dibawa pulang oleh anak beliau.

5. Sebab itu kita dapati banyak perbezaan daripada segi kepercayaan dan amalan oleh orang Islam di negara-negara Islam. Ada negara Islam di mana purdah atau hijab diwajibkan walaupun oleh perempuan yang sudah tua. Al-Quran tidak mewajibkan wanita tutup muka dan tangan. Bolehkah kita kata amalan pakaian purdah ini adalah hukum Allah?



Tentang perbezaan yang beliau katakan itu sebenarnya adalah dinegara Islam, bukannya negara umat Islam. Itu yang membezakannya ....negara Islam dengan negara umat Islam.

Negara Islam adalah negara yang mengguna pakai Al_Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi negara. Negara umat Islam pula ia sepeti Malaysia (negara Islam contoh konon).Negara umat Islam yang perintah oleh orang Islam (Islam baka dan keturunan macam Mahathir) yang akalnya adalah hamba kepada ideologi sekular(macam Mahathir juga).

 

Masaalah yang beliau katakan berhubung perbezaan dari segi kepercayai amalan yang diwajibkan oleh Islam adalah sama dan tidak akan berubah. Masaalah menutup muka dan tangan, akan menjadi wajib jika tempat tersebut terdapat orang-orang seperti Rahim Tamby Chik, DS Najib, Mat Tyson dan pemimpin-pemimpin Umno.

6. Larangan bagi wanita bersekolah untuk menuntut ilmu juga tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih.
 

Kalau bab ini, saya pasti, gurunya ialah Lord Reid, Astora Jabat, Kassim Ahmad dan rakan segurunya ialah Sister In Islam (SIS). Mungkin kitab rujukan Mahathir ialah kitab Majusi, kitab Khaswarij dan juga kitab Ayah Pin.

Anda lihat dan adili sendiri akan fitnah yang telah beliau lemparkan terhadap Islam. Bagi pandangan saya, Mahathir ini lebih bahaya daripada Komunis, Ayah Pin dan Rasul Melayu.

7. Membunuh wanita kerana memalukan keluarga juga tidak ada. Tetapi di beberapa buah negara Islam dilapor berkenaan dengan wanita dibunuh oleh bapa atau abangnya kerana perbuatan tertentu. Islamkah ini? Hukum Allah kah ini?


Apakah kerana perkara tersebut berlaku dibeberapa buah kampung, maka Mahathir meletakkannya sebagai hukum Allah. Betapa hina dan jahatnya bapa kepada Mirzan taukeh arak.


Inilah perkara yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. akan manusia diakhir zaman. Semoga Allah melaknatnya diatas segala fitnah yang dilakukannya.


8. Dalam melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal. Demikian mata dibalas dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya jiwa dengan jiwa. Dalam pada itu Al-Quran menyebut sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya.


Dimanakah ulam-mamak-ulam-mamak umno agar tampil untuk membetulkan akidah situa lagi nyanyuk ini.

Apakah beliau betul-betul memahami apa itu 'melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal'. Apakah beliau merasakan ianya sama seperti apa yang telah beliau junjungkan selama 52 tahun perundangan penjajah.

9. Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai orang yang bertimbangrasa dalam mengena atau melaksana hukum. Yang diutamakan dalam Al-Quran ialah apabila menghukum, hukumlah dengan adil. Terdapat 43 ayat yang menyebut tentang pentingnya hukuman yang adil. Beberapa ayat lagi menegah perbuatan yang zalim.
 

Bila mengatakan apabila menghukum, hukumlah dengan adil.Beliau fahamkah apa itu adil dalam Islam. Nak tanya beliau, adilkah akta ISA akta yang boleh menahan sesuka hati rakyat yang tidak sebulu dengan kerajaan tanpa melakukan perbicaraan dan mengemukakan apa kesalahan orang yang ditahan.

Bagi saya,beliau sekarang ini layak ditahan dibawah ISA kerana telah memesong, menghina, mempersendakan Al-Quran,Sunnah, menghina Allah, Rasulullah, Sahabat, Tabii-Tabii dan para ulama yang muktabar.
 
10. Seperti yang kita semua maklum, alim ulama memahami dan membuat tafsiran berpandu kepada isi kandungan Al-Quran dan hadith dan kitab tulisan ulama silam. Oleh kerana alim ulama bukan rasul kefahaman dan tafsiran mereka tidaklah selalunya sama antara satu dengan yang lain. Demikianlah kelainan antara pendapat dan kefahaman mereka sehingga berlaku perpecahan dan permusuhan dikalangan orang Islam dan rusuhan serta bunuh-membunuh antara mereka.



Apakah beliau jenis bodoh tak boleh diajar dan cerdik tidak boleh diikut. Setelah lama menjadi ahli politik sekular, sekarang beliau ingin menjadi ulama pula. (sebenarnya ulam mamak).

Kalau semua pendapat para ulama sama, maka ia akan menjdi macam Mahathirlah. Perbezaan antara ulama tidak melibatkan Akar kerana ia hanya berkisar kepada ranting atau pun daun. Tidak belaku perpecahan walaupun berbeza pendapat.

Yang membawa kepada perpecahan apabila perkara-perkara tersebut Umno yang membahaskannya. Kerana bagi mereka agama dengan politik sama sahaja cara berbahas.Kerana itulah jika melibatkan agama, Umno tidak boleh masuk campur. Ini kerana mereka adalah musuh kepada Islam.

11. Soalnya apakah mungkin semua alim ulama benar-benar berpegang kepada hukum Allah apabila memberi pendapat atau membuat fatwa? Jika ya, kenapakah ajaran mereka tidak sama dan begitu bertentangan antara sesama mereka?
 

Alim Ulama tidak boleh meminda hukum Allah seperti mana Mahathir meminda perlembagaan negara. Kerana ia tetap kekal sehingga akhir zaman.

Para ulama apabila mengeluarkan sesuatu fatwa, ia berlandaskan kepada ilmunya dan bukan hawa nafsu seperti Mahathir dan para pemimpin Umno.

Jika fatwa itu berentangan sesama mereka maka mereka mendapat satu pahala dan sekiranya betul maka mereka akan mendapat dua pahala. Apa yang mereka fatwakan itu bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Bukannya sesuka hati mereka.

Lainlah sekiranya Mahathir dan pemimpin Umno bila berfatwa, bukan pahala yang dapat, tetapi bala yang dapat. Itulah bezanya ulama muktabar dengan Mahathir dan pemimpin Umno.

12. Atau apakah ada diantara mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja, telah membuat tafsiran yang salah berkenaan apa yang dikatakan hukum-hukum Allah. Kerap ternampak mereka seolah-olah tidak puas hati dengan kesederhanaan dan kelonggaran yang terdapat dalam Islam.

 
Kesederhana dan kelonggaran yang ada, semuanya adalah ciptaan Umno untuk menidakkan apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang.
 
Apa sahaja yang telah difirmankan oleh Allah S.w.t. telah banyak menyekat segala kehendak Umno. Kerana itulah bagi Umno Islam akan dilaksanakan sekiranya ia mengikut cita rasa mereka.

Islam bagi pandangan Umno, banyak menyusahkan mereka dari membantu. Apa tidaknya, rasuah tak boleh, makan riba tak boleh, duduk atas riba tak boleh, minum arak tak boleh, jual arak tak boleh, ambil nombor ekor tak boleh semua tak boleh.
 
13. Oleh kerana ada kemungkinan salah tafsiran berlaku janganlah kita terlalu cepat berkata bahawa hukum yang ditentukan oleh alim ulama adalah hukum Allah dan dengan itu kita tidak boleh mempersoalkannya dan kita akan berdosa jika kita abaikannya.

Oleh kerana ada kemungkinan salah tafsir maka jalan terbaik ialah melantik Mahathir, Najib, Rosmah, Muhyiddin Yassin, Khairy, Ahmad Maslan, Isa Samad, Zambry, Samy Vello, Rafidah Aziz, Adek Awang, Ibrahim Ali dan beberapa lagi pemimpin Umno sebagai Ulam mamak. Tidakkah itu yang terbaik buat memanda tua.

14. Oleh itu sebelum menghukum atau menjalankan hukuman tidak bolehkah kita bertanya dahulu adilkah hukuman yang dikenakan? Dan benarkah hukuman yang dikenakan adalah hukum Allah?



Kenapa kita tidak tanya pesalah jalanraya yang disaman, adilkah hukuman tersebut. Mungkin juga kita boleh tanya anak beliau Mirzan apabila dihukum kerana menjadi taukeh arak, adilkah hukuman tersebut.

15. Kita juga harus diberitahu dari mana puncanya hukuman yang dijatuhkan, sebelum kita terima hukuman berkenaan adalah hukum Allah.

 
Bagus juga kalau begitu...... kita tanya Isa Samad dalam kes Rasuah. Kita tanya Rahim Tamby Chik dalam kes rogol budak bawah umur. Kita tanya Mat Tyson dalam bawa duit juta-juta kat Australia. Kita tanya Mirzan dalam kes taukeh arak.

Kita tanya Khairy dalam kes pemilihan Ketua Pemuda. Kita tanya Ali Rustan dalam kes pemilihan naib Presiden. Kita tanya Khalil Yaacob dalam kes balak. Kita tanya Adnan Yaakob dalam kes kerajaan Pahang bangkrap.

16. Dan janganlah kita lupa bahawa Allah suka kepada mereka yang bertimbangrasa dan tidak keterlaluan dalam melaksanakan hukum.

 
Kita pasti Allah akan bertimbangrasa terhadap Mahathir kerana mempermainkan hukum-hukum.

17. Juga harus kita jaga kebaikan nama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang akan mencemarkannya.
 

Bagus juga cadangan memanda tua berkaitan Sister In Islam (SIS).
 
18. Kita disuruh berdakwah dan mengembangkan agama Islam. Kita sendiri berbahagia kerana menganut agama Islam disebabkan pedagang Islam dari negara Arab dan India telah menunjuk kebaikan dan keadilan dalam Islam. Jika kita melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan dari ajaran Islam dan ini menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari Islam, apakah kita mematuhi tugas berdakwah yang diwajibkan keatas kita semua?

Wallahua'alam. 


Kerana itulah Mahathir patut dianugerahkan sebagai Mujadid Abad 21. Tokoh Maal Hijrah. Penerima hadiah Nobel diatas sumbangan yang telah beliau lakukan di Malaysia seperti menjemput bangsa Yahudi melawat negara, Melakukan pembunuhan beramai  penduduk Memali di Baling, Kedah dan juga di Lubuk Merbau.

Menghina janggut Nabi, menghina muslimat yang bertudung, mem'ISA'kan rakyat malaysia sesuka hatinya kerana beliaulah 'MahaFiraun dan 'MahaZalim' bagi bangsa Melayu.


Menyuruh alim mamak Umno mengkaji semula Al-Quran untuk mengikut pengedaran masa. Menjual tanah dan air Johor kepada Singapura. Membina mercu tanda kecintaannya terhadap Siti Hasmah iaitu menara berkembar Petronas (tidakkah ia berbentuk huruf H). Menjadikan anak-anaknya kaya raya. Menghina maruah Raja-Raja Melayu pada tahun 1989-93.

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang akan membalas segala penghinaannya terhadap Al-Quran dan Rasulnya.


 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular