Translate

Selasa, 13 Oktober 2009

Bagan Pinang : Kita tidak kalah..............

Berbagai pandangan yang telah saya baca mengenai kekalahan PAS di PRK Bagan Pinang, ada memberi pandangan sebagai seorang  profesional dan ada yang memakai hentam dan mengunkit isu di Selangor. Mungkin kekurangan sabar pada diri untuk mempercepatkan peralihan kuasa selepas menafikan penguasai 2/3 majoriti BN di Parlimen.

PAS sudah 52 tahun mengahadapi pilihan raya dan berdepan pula dengan jentera kerajaan. Bagi pendapat saya lebih baik kita menang dalam waktu yang lama dari naik terlalu cepat, selepaskan itu akan timbul macam-macam isu yang boleh menumbangkan kerajaan baru itu.

Umpama kita berniaga, kita mula dari atas kerana kita ada wang dab kita bermula dari bawah biarpun kita mempuntai modal, mana satukah yang patut kita mulakan. Apa bila kita bermula dari bawah kita akan belajar akan apa kesilapan yang kita alami kerana kita bermula dari bawah.

Dibawah ini saya petikkan dari berbagai sumber.

Ahli-ahli UMNO diingatkan jangan terlalu leka dan mendabik dada berikutan dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang semalam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kemenangan calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dengan memperoleh peningkatan majoriti lebih 100 peratus berbanding Pilihan Raya Umum Ke-12, tidak boleh dianggap sebagai kayu pengukur kepada penerimaan pengundi di seluruh negara.

‘‘Kalau ahli-ahli UMNO berasakan sampai masa untuk masuk zon selesa, ini adalah sikap yang tidak betul, walaupun pengundi telah menerima gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi banyak perlu dibuat untuk memenangi hati rakyat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Diskusi Peluang Niaga Bersama Syarikat Milik Kerajaan (GLC) oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Diskusi itu dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO dengan kerjasama Biro Latihan dan Pembangunan Usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor dan Perdasama Muda Malaysia.

Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan Mohd. Isa yang memperoleh 8,013 undi mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar yang memperolehi 2,578 undi dengan majoriti 5,433.

Khairy memberitahu, kemenangan BN di Bagan Pinang disumbangkan oleh tiga faktor iaitu calon yang baik serta diterima oleh pengundi tempatan.

Katanya, faktor kedua adalah kempen yang berkesan dari segi penyusunan jentera dan program lebih menepati sasaran iaitu terus kepada pengundi.

‘‘Faktor ketiga yang paling penting adalah perubahan sikap pengundi yang telah memahami dan menerima dengan baik dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,’’ katanya.

Mengenai tindakan Pas yang mempertikaikan kemenangan BN dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan berlaku kepincangan dalam perjalanan pilihan raya tersebut, Khairy menegaskan, tidak ada beza antara Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dengan lapan pilihan raya kecil sebelum ini.

‘‘Inilah sikap Pas, kalau mereka kalah ada kepincangan, kalau parti itu menang tidak ada rungutan kepada SPR.

‘‘Pas mempertikaikan mengenai undi pos, tetapi kalau ditolak jumlah undi pos, BN masih lagi menang dalam pilihan raya tersebut. Saya ingin tegaskan bahawa segala tindakan ganas dimulakan oleh penyokong-penyokong Pas,’’ katanya.

Bagi saya ini bukan fakta tetapi satu tujahan dari Khairy apabila memperkatakan tentang undi pos.Apabila undi pos ada ketelusan maka pengundi luar pun akan  merasa bebas daripada ugutan. Apakah beliau begitu sombong dengan mengatakan jika tiada undi pos pun,BN akan menang. Apa punya bodoh kenyataan budak hingusan ini.

Dengan peningkatan undi PAS sebanyak 245 undi dari 2333 undi pada PRU 12, kepada 2578. Peningkatan undi Umno memang hampir sekali gandi iaitu dengan majoriti 3924 undi. Nak bagi tahu budak hingusan itu, kalau Bn tidak mendapat undi pos pasti BN akan tinggal nyawa ikan. Jika undi pos tiada maka majoriti akan kurang hampir sifar. Belajar lagilah bab politik biarpun belajar di Univesiti ternama tapai akal masih lagi pendek.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular