Translate

Rabu, 14 Oktober 2009

Bagan Pinang : Umpama cuba Rampas Kerusi Anwar Di Permatang Pauh

I PAS sememang sedar dari awal lagi, percubaan mereka untuk memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang umpama cuba merampas Permatang Pauh dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
 
 
ni kerana, Tan Sri Mohd. Isa Samad sudah bertapak di situ sekian lama dalam keadaan dia juga adalah bekas pemimpin utama Umno Negeri Sembilan.
Sebab itulah, PAS lebih senang dengan pendekatan untuk menang negara walaupun terpaksa kalah di Bagan Pinang.
Menjelang pilihan raya, PAS sudah berusaha agar Isa yang dicalonkan Umno dengan harapan akan mendapat manafaat besar dalam pilihan raya umum nanti.
Namun, kemenangan berganda Isa mengejutkan PAS kerana mereka menjangkakan akan dapat mengurangkan majoriti Umno dalam pilihan raya kali ini.
Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.
Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.
Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.
Image Bagi Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad, Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangannya di sini kerana yang menang adalah Isa Samad bukannya Umno.
"Jadi membuat satu kesimpulan umum bahawa orang Melayu, Cina atau India sudah kembali kepada Umno adalah satu yang tidak tepat," kata Dr Dzul.
Beliau juga menyifatkan, walaupun calonnya menang dalam pilihan raya ini, "Umno kalah dalam perangnya melawan korupsi."
Beliau juga yakin, kini Umno terjerat dengan keputusannya meletakkan Isa di Bagan Pinang.
"Apakah ini yang pimpinan Umno mahukan selepas melaungkan pendekatan 'Kita mesti berubah atau kita rebah'?
"Umno bagi saya kini terjerat dengan keputusannya sendiri," tegas Dr Dzul bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Beliau kini adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan.
Bagi Dr Dzul juga, penyelesaian yang Umno capai dalam pilihan raya ini adalah penyelesaian jangka pendek dan sekadar untuk menang sahaja.
"Padahal banyak yang terpaksa umno korbankan kerananya...termasuk agenda perubahan yang Umno nak buat...kini terikat dengan pemimpin kitar semula yang ditolak sendiri Umno sebelum ini," katanya.
Ketika ditanya apakah yang berlaku di Bagan Pinang sehingga kekalahan PAS berlipatganda, Dr Dzul berkata, Bagan Pinang amat unik.
"Ketika saya mula sampai di Bagan Pinang dan cuba bercakap dengan penduduknya, kita diterima dengan negatif sekali..cold shoulders (sambutan dingin)...," katanya.
Image Sebab itu, kata beliau, apabila pemimpin PAS bercakap soal isu nasional termasuk skandal PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Perlabuhan Klang), penduduk di sini tidak melayannya.
"Bahkan, apabila kita bercakap soal isu kepala lembu yang panas di Selangor kepada masyarakat India di sini, mereka tidak melayannya," kata beliau.
"Puncanya kerana kesilapan kita yang tidak memberikan perkhidmatan sebagaimana yang sepatutnya selepas mereka memberikan undi kepada kita dalam pilihan raya umum lepas," kata Dr Dzul lagi.
Namun, apabila PAS bercakap soal isu tempatan, mereka juga tidak memberikan respon yang positif.
Berkaitan dengan isu orang Cina pula, beliau bersetuju dengan analisis sesetengah pihak bahawa orang Cina di sini terkilan dengan kenyataan beberapa pimpinan PAS di Selangor.
Mengikut laporan itu, mereka mahu ajar PAS dalam pilihan raya kali ini dengan tidak mengundi calonnnya.
"Bagi saya ini adalah isu yang real dan pimpinan perlu mengambil tindakan segera dan jangan membuat tidak kesah sahaja," katanya.
Sila hantar komen anda untuk berita di atas ke: urespons@gmail.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
_____________________
KOMEN PEMBACA
_____________________

1. Kejayaan BN dalam pilihan raya Bagan Pinang memperlihatkan Orang Melayu belum sampai tahap kematangan dalam berpolitik, Sudah terang lagi bersuluh calon rasuah lawan calon bersih tapi yang heran calon rasuah juga dipilih. Memang Melayu mudah lupa tapi bukanlah semuanya. Yang istiqomah teruskan perjuangan. Biarkan perasuah terjun dengan labu-labunya. - zailah.
2.assalam... terpanggil saya utk memberi ulasan sama adalah kerana diantara punca-punca kekalahan kita adalah faktor kita sendiri. mengapa kita terikut-ikut dgn budaya jakun musuh. sedang kita adalah perjuang kpd agama islam? mengikut kata tok guru nik aziz misi utama kita adalah utk menyampaikan dakwah. bagi kita baik sbg penyokong.pendokong, dan pimpinan parti kita telah jauh tersasar. perbuatan kita. budi bicara.tingkah laku ianya diperhatikan oleh org ramai baik drp.pengundi, rakan-rakan PR dan pihak musuh.semangat dtg berkempen bertukar menjadi nafsu amarah ianya dtg dari provokasi musuh.islam mengajar kita utk bersabar. Bila musuh berteriak,memaki dgn kata- kata nista kita turut sama membalasnya dgn memaki walaupun menyelit dgn takbir dan zikir. dan yg sedihnya sampai bertumbuk. ini adalah PRK bukan sampai ke peringkat perang.kita terlalu mencari kesalahan musuh sedangkan kita tidak sedar bahawa kita telah terikut cara-cara musuh. "Rasullulah(S.A.W) telah di uji dgn berbagai-bagai ujian dan provokasi tetapi boleh lagi senyum dan berdakwah(kempen). sesungguhan islam ada caranya dan budaya tersendiri. maka bolehlah kita berserah dan menanti kemenangan yang akan tiba. wassalam. - teropong bulan.
3. Kepada para pejuang agama sekalian, usah pelik dan terkejut dengan keputusan prk n31. Bukan ke yang berlaku tu salah satu dari tanda2 kiamat?. Kite patut bersyukur. Ade hikmat dgn ape yang berlaku. Bersabar dan teruskan perjuangan. - nik zackroul.
4.ISA yang menang , bukan BN dah kuat & bukan UMNO yang kembali hebat . Memang betul kata Che Det ISA boleh menang tapi dalam jangka waktu panjang kemenangan ISA akan melingkupkan UMNO / BN .Kedua factor Rasuah di ladang2 berleluasa . Org India sendiri yang memberi nmaklumat dan bukti . Lagi satu Najib iktiraf parti Makkal sakhthi - Hindraff yang buat org India paling tadah .Bukti semua ladang PAS kalah berbanding PRU 12 hanya 1ladang yang kalah . Kita tengok PRK selepas ini seterusnya PRU 13 nanti . Sesungguhnya Kemungkaran akan lenyap di muka bumi ini � bersabar lah para pejuang keadilan demi untuk meegakan kebenaran mmg serik , inilah salah satu ujian yang kita hadapi . InsyaAllah berkat usaha kita PASti kita Berjaya akhirnya nanti. - Hj Mokhtar Hj Idris.
5. Kalangan pemimpin harus melihat kesan akibat tindakan mereka. Sedarlah bahawa sebarang tindakan yang membawa kepada penurunan imej parti pada persepsi massa adalah merupakan �sabotaj� kepada sokongan dan semangat yang tidak berbelah-bahagi dari kalangan pengundi,memperlekeh perjuangan pengundi dan penyokong, memudarkan semangat perjuangan sedia ada dan akhirnya mereka akur bahawa perjuangan �kita� tidak kemana � mana...Silalah baca dan khazamkan analisis TohkongMosjid�Suatu analisis dari kalangan penyokong PAS yang bukan AHLI PAS.Kami yang sentiasa menilai. -zulkhalid.
6.Saya ingin berkongsi pendapat tentang apa yang saya dapat lihat di Bagan Pinang :
1. TS Isa Samad di Bagan Pinang adalah seperti DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Dari tinjauan saya di sana, ramai yang secara terbuka mengaku mahukan TS Isa. Tak ada langsung yang sebut tentang rasuah. 2. Pengundi India telah bertukar arah. Tak seperti PR 2008 yang jelas menunjukkan betapa marahnya mereka kepada BN, di Bagan Pinang mereka kembali menyayangi BN setelah menerima pelbagai janji dan habuan terutamanya perumahan dan bantuan lain di estet-estet. Tiada lagi simpati kepada A Kugan dan marah di atas insiden sepak kepala lembu. Asalkan dapat sedikit rasuah, terus BN menjadi hero. Pada hari mengundi, response mereka kepada perayu PAS cukup dingin. 3. Pengundi dari kalangan tentera masih takut berubah. Di samping itu perbagai rasuah pilihnraya seperti Port Dickson Bandaraya Tentera Darat dan elaun serta kenaikan pencen sekiranya BN menang nampaknya membuatkan mereka tak sanggup berkorban. Hasilnya 3600 undi lebih undi mereka berpihak kepada BN. Bukan mereka tak tahu betapa korupnya calon BN. 4. Pemuda BN bagai mendapat restu untuk bertindak liar.Beberapa insiden termasuk di hari pengundian jelas menunjukkan bahawa mereka digalakkan menggangu perjalanan PRK untuk menunjukkan kekuatan di kubu kuat mereka. 5. Bagan Pinang adalah sebuah komuniti yang banyak dipengaruhi oleh aktiviti pelancongan dan riadah pantai. Kehidupan mereka agak longgar dari segi penghayatan agama. Kalau dilihat cara gadis-gadis dan pemuda berpakaian, nampak mereka lebih selesa memilih parti BN yang akan menjamin kelangsungan cara hidup bebas dan hedonistic.
Secara ringkasnya Bagan Pinang adalah milik BN. Walaupun demikian PAS perlu terus cuba merubah minda dengan dakwah berterusan. Cawangan-cawangan kena lebih banyak ditubuhkan. Saya difahamkan jumlah cawangan di sini terlalu sedikit. Begitu juga dengan program keagamaan perlu cuba diperbanyakkan dengan apa cara yang boleh. Moga kekalahan kali ini tidak melemahkan PAS. Anggap ianya seperti Perang Uhud yang akan menambah semangat untuk terus berjuang. -Ibnu Haziq.
7. salam tak apalah terimalah kekalahan dengan redha....syukur ALLHAMDULLILLAH apa yang berlaku ada rahmatNYA.. Hanya ALLAH yang dapat menghukum mereka diatas kerakusan mereka kelak...kita tunggu dan lihat sahaja. -mark jedo. _

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular