Translate

Khamis, 29 Oktober 2009

Hibur Sikit Dengan Gambar dari Berita Hairan


SEORANG suri rumah, Noraini Yusoff, 40, diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Majistret selepas dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan kerana kesalahan mendera dua anak tirinya yang berumur 11 dan 9 tahun di rumah mereka di Batu Lapan Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan, hari ini.

SEORANG penternak, Mat Salleh Awang, 58, memeriksa keadaan lembu-lembunya yang ditemui mati dipercayai disambar petir di kawasan ladang kelapa sawit milik Lembaga Kemajuan Pertubuhan Peladang (LKPP) di Kampung Sepat, Kuantan, hari ini.

PENOLONG Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Md Hassim Pardi (tengah) menunjukkan serbuk putih yang disyaki ketamin disembunyikan pada bingkai kotak pameran barang kemas yang dirampas dalam operasi di Nilai, hari ini. Turut serta ialah Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Mohd Subri Awang (kanan)


PEGAWAI dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Unit Forensik mengenal pasti punca kejadian jambatan runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar, hari ini.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular