Translate

Rabu, 28 Oktober 2009

Polis Perak nafi bersikap kasar

Polis menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan anggota keselamatan melakukan kekasaran dan menghalang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, polis juga menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan pasukan keselamatan bertindak kasar terhadap bekas speaker yang juga ADUN Tronoh, V.Sivakumar sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.
"Anggota polis tidak menghalang mana-mana Yang Berhormat, cuma mereka perlu mengambil masa untuk memasuki dewan kerana kami sudah menerima arahan untuk memastikan tiada sebarang alat perakam dan pralatan media seperti kamera, video kamera dan komputer riba di bawa masuk ke dalam dewan,” katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini. - Bernama

Ulasan Musafirlalu............


Jika bukan polis yang melakukannya............ mungkin hantu-hantu yang baru dilepaskan oleh 'Laki Najib'. Inilah sikap 'lempar batu sembunyi tangan', satu kenyataan yang amat memalukan daripada pegawai kanan Polis Perak. Bukti terpapar dan siap dengan gambar pun masih sempat menafikan segala kekasaran yang mereka lakukan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular