Translate

Selasa, 27 Oktober 2009

Terima Kasih Buat Pembaca............

Apabila saya menulis tentang pengolakkan  di Selangor dengan tajuk.... PAS Dalam Bahaya....... berbagai sumpah seranah, maki hamun, sokongan dan tidak memihak dihaburkan terhadap saya. Alhamdulillah.......... syukur kepada Allah s.w.t............ di atas segala dugaan yang diberikan.

Adakala......... ingin juga saya membalasnya.............. apabila fikir-fikir.......... tak payah lah............. biarlah apa yang mereka nak kata.............. janji saya sudah berjaya menghantar mesej............. agar perkara tersebut jangan dibiarkan................ kerana sayangkan perjuangan PAS............. saya rela dimaki hamun.

Ada juga yang mengatakan............ besar sangat ke blog anda, baru ada dua tiga pembaca dah berlagak........... lebih kurang begitulah komennya............. memang blog saya tak terkenal............ pembaca pun bukannya ramai dan saya sentiasa merasa kerdil............. jika hendak dibandingkan dengan blog-blog seperti.............. CinaIslam, Albanjari, Alhusseyn dan lain-lain........... ibarat langit dengan bumi bezanya.

Walau pun kerdil tetapi sekurang-kurangnya............. saya dapat mencetuskan satu isu yang penting.......... berkaitan krisis dalaman PAS............. sebagai pendokong perjuangan PAS............ kita patut ingat mengingati sesama kita.............. takut-takut ianya menjadi parah............ maka rawatlah sebelum ianya menjadi barah.

Oleh kerana saya berasal dari Terengganu................. maka ada tuduhan yang mengatakan yang saya bersikap berat sebelah................. yang bermaksud saya ini pro pemimpin Terengganu................. mungkin yang bagi komen itu menyangka saya ini macam Umno................. atau pun beliau yang masih bersisa fahaman Umno.

Apa pun tuduhan yang dilemparkan............. kita terima sahaja................. buat tak tahu je................ saya cuma memberi pandangan sahaja............... jadi saudaralah yang akan menilainya................ jika saya silap........... perbetulkan saya.............. bukankah itu yang sebaik-baiknya..................  saling tegur menegur............. tidakkah kita berada didalam satu gerakkan.

Kerana itulah saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah silap............... kerana kita ini tidak boleh lari dari melakukan kesilapan................... jika salah........... apa yang nak ditakutkan untuk mengaku............ oleh itu terima kasih saya ucapkan diatas sumpah seranah, maki hamun dan sokongan anda semua......... Salam berjuang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular