Dalam kita rancak dihidangkan dengan cerita dalaman PAS, secara tidak langsung kita lupa akan isu-isu yang lebih besar seperti isu PKFZ, kerajaan haram Perak, Stadium runtuh, Masjid runtuh, pegawai SPRM menukar pengakuan tentang rasuah 2 ekor katak dan laki Najib yang mencampuri urusan kerajaan.
Semua itu adalah mainan media massa arus perdana yang didalangi oleh Umno. Kerana itulah isu PAS diperbesar-besarkan untuk menuntup segala perbuatan salah laku mereka agar rakyat melupakan seketika akan perbuatan mereka itu.
Lihatlah tentang isu PKFZ yang senyap sunyi, sedangkan ia melibatkan wang rakyat bebilion ringgit tanpa ada apa-apa tindakkan. Mereka takut untuk menubuhkan Suruhanraya Di Raja kerana banyak pihak akan terseret dengan isu tersebut.
Apabila najib membentangkan bajet 2010, kerajaan menaikkan caruman kedalam KWSP dari 9 % kepada 11 %. Ini semua untuk memudahkan kerajaan menggunakan wang simpanan rakyat untuk kepentingan mereka an kroni-kroni mereka walaupun alasan yang diberikan adalah untuk kepentingan rakyat.
Apa yang telah mereka lakukan terhadap wang Petronas sehingga tidak cukup dengan itu, mereka mengambil pula duit KWSP. Sedangkan Petronas telah membayar royalty, cukai dan bermacam tok nenek lagi yang bernilai beratus bilion. Kemankah perginya semua wang-wang tersebut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan