Translate

Isnin, 30 November 2009

Kenali Blogger Kickdefella Yang Tersohor Di Dunia....

Alangkah indahnya mimpiku 3 tahun yang lepas jika menjadi kenyataan, maka akulah orang yang paling bertuah dan berkuasa. Kerana yang pasti, aku akan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit. Satu jawatan paling kanan dan paling berkuasa walaupun aku bukan seorang Menteri Kabinet di negara yang bernama Malaysia.

Kerana pada masa itulah aku akan membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menolak biasiswa yang telah aku pohon dengan maki hamun. FINAS dan MARA dalam genggaman aku, biar pun ketua pengarahnya telah pun pencen. Maki hamun yang kamu lontarkan kepada aku, aku akan perintahkan kamu telan semula kata-kata kamu itu.

Buat Nazri Aziz, karier politik kamu akan aku hancurkan sebagaimana aku hancurkan CEO PMBK, Abdul Ariffahmi sehingga beliau terpaksa meletak jawatan. Biar pun beliau adalah menantu Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Kerana itulah aku berkawan dengan orang-orang yang ternama dan berpengaruh. Kerana itulah aku masuk Umno, tetapi rezeki aku tidak ke mana. Hanya setakat menjadi ketua cawangan Umno selama 2 penggal sahaja. Jadi....... jalan terbaik untuk aku meningkat naik dengan cepat ialah mencari kawan-kawan yang ada nama. Maka aku nukilkan angan-angan aku seperti dibawah...........

Hanya setelah tiga hari mengambil alih teraju kepimpinan negara, YABM Tengku Razaleigh Hamzah di sidang akhbar tengahari tadi mengumumkan Husam Musa selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Pengumuman kontroversi itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan segelintir pemimpin UMNO yang merasakan keputusan itu telah membelakangkan suara ahli UMNO dan juga suara Majlis Tertinggi UMNO. Bagaimanapun pemerhati politik berpendapat, pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati seharusnya menunding jari kepada bekas Presiden UMNO yang telah dipaksa meletakkan jawatan akibat prestasi hambar parti dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu. YABM Tengku Razaleigh, sehari selepas terpilih sebagai Presiden UMNO yang ke 7, mengumumkan kembalinya PAS ke dalam Barisan Nasional. Ura-ura kembalinya PAS ke dalam Barisan Nasional tersebar luas setelah Tengku Razaleigh diwar-warkan bakal memenangi kerusi Presiden parti di dalam pemilihan 3 penjuru itu. Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menerajui Parti Melayu Semangat 46 pernah menyatukan PAS, DAP dan beberapa parti pembangkang lain di dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat dalam 2 pilihanraya umum. YABM Tengku Razaleigh sebelum ini mendiamkan diri ketika diserbu oleh wartawan yang berkemah di hadapan Istana Negara sejurus selepas mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Bagaimanapun hari ini mengesahkan bahawa perlantikan Husam Musa adalah berdasarkan kewibawaan pemimpin muda tersebut dan bukan atas faktor kenegerian. Di dalam sidang akhbar ringkas hari ini, YABM Tengku Razaleigh Hamzah juga mengesahkan bahawa hampir 1 pertiga kementerian telah dimansuhkan menandakan bahawa jumlah anggota kabinet akan kembali berkurangan dan mungkin menyamai bilangan anggota kabinet sewaktu era Tun Dr. Mahathir. Antara mereka yang diramalkan akan dilantik sebagai menteri di dalam kabinet baru yang akan diumumkan dalam tempoh sehari dua lagi ialah, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang dijangkakan akan menerajui Kementerian Dalam Negeri. Perlantikan Rais Yatim yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 dahulu dijangka adalah langkah pertama ke arah pembasmian Akta Keselamatan Dalam Negeri. Rais dijangkakan akan mengusulkan rang undang-undang baru bagi menggantikan ISA dan juga akan mengumumkan pembebasan tahanan ISA sebaik sahaja perlatikannya di sahkan. Bagaimanapun kebanyakan tahanan dipercayai akan didakwa dimahkamah atas tuduhan-tuduhan yang mengikut akta-akta yang lain. Turut akan kekal didalam kabinet ialah YB Dato’ Seri Azmi Khalid yang dijangkakan akan dilantik selaku Menteri Penerangan yang baru. YB Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein akan dilantik selaku Menteri Luar yang baru. Tindakan ini dilihat sebagai langkah mendedahkan Hishamuddin kepada poltik antarabangsa. Spekulasi yang kencang di Putrajaya juga mengatakan sekurang-kurang 3 orang Menteri penuh akan dilantik dari PAS. Ini berikutan 3 orang wakil rakyat tersebut dilihat memasuki perkarangan Jabatan Perdana Menteri pagi semalam. Pegawai di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan wakil-wakil rakyat tersebut mempunyai temujanji dengan Perdana Menteri. Sementara itu, pegawai yang sama juga mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah makan malam bersama Perdana Menteri semalam. Ini menimbulkan spekulasi bahawa Musa akan melepaskan jawatan sebagai IGP yang di sandangnya bagi mengetuai sebuah badan khas yang bakal mengambil alih bidang kuasa Badan Pencegah Rasuah yang akan dimansuhkan. Sebuah badan khas ini dijangka mendapat gelaran Di Raja dan mempunyai bidang kuasa yang unik yang akan mengakibatkan badan tersebut tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana elemen di dalam kerajaan. Sementara itu, Jabatan Peguam Negara mengesahkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail telah bercuti panjang, ini menyemarakan lagi spekulasi bahawa Tan Sri Ghani telah diminta mengosongkan jawatan tersebut oleh YABM Tengku Razaleigh. Sementara itu, Jabatan Imigresen enggan mengesahkan laporan dari agensi berita asing yang melaporkan beberapa individu yang pernah memegang jawatan kanan di dalam parti dan juga kerajaan telah dihalang daripada meninggalkan negara di beberapa pintu keluar utama. Laporan tersebut juga melaporkan bahawa passport mereka yang segelintirnya masih memegang pasport diplomatik telah dirampas. Sumber dari Jabatan Luar Singapura pula enggan mengesahkan laporan bahawa seorang warga Malaysia yang juga bekas penasihat yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan Perdana Menteri yang lalu telah di “Persona Non Grata’ kan. Sumber Reuters melaporkan lelaki berusia awal 30 an itu telah dimaklumkan keputusan itu oleh wakil dari Kerajaan Singapura sebelum di iring ke Tambak Johor. Apa yang pasti, seluruh rakyat Malaysia pasti menantikan perkembangan-perkembangan seterusnya yang dijangkakan akan secara agresif mengubah sturktur politik dan pemerintahan negara Malaysia. YABM Tengku Razaleigh bagaimanapun didalam temuramah dengan TV3 enggan mengesahkan bahawa satu bentuk reformasi agresif akan dilaksanakan oleh beliau didalam tempoh seminggu pertama pemerintahannya. Dengan merendah diri, Putera Raja dari Kelantan ini sekadar tersenyum dan berkata, “Saya akan cuba sedaya upaya saya berbuat apa yang diizinkan Allah” Sebelum menambah, “Doalah kekuatan dan kesihatan buat saya, Insya Allah, kalau reformasi terhadap pemerintahan sekarang adalah yang terbaik dan Allah mengizinkan perubahan dibuat, ia akan terlaksana, kalau tidak oleh saya pun, oleh mereka yang bertanggungjawab dalam kementerian masing-masing”. Indahnya mimpi saya semalam!. By Sheih

2 ulasan:

Na'im Nikmat berkata...

Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

nurimo berkata...

Dari Abu Zar meriwayatkan,aku mendengar Rasulullah bersabda:Barangsiapa yang memanggil seorang sebagai:"Hai si kafir!" atau 'Hai musuh Allah",tetapi orang itu tidak sebagaimana yang dipanggil,maka ucapanya akan kembali kepada yang mengatakan demikian.(HR Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular