Namun saya bukan mencari para pelakon Bollywood, tetapi saya pergi bertemu, menziarahi dan mengambil manfaat ilmu daripada ulama hadith yang masih hidup di India. Yang sebahagian mereka adalah anak-anak kepada tokoh-tokoh pengarang syarah kitab-kitab hadith.
saya tidak melihat India seindah yang dipertontonkan oleh orang kita di dalam filem-filemnya, saya melihat bergitu kotor, miskin, entah berapa puluhan juta penduduknya kelaparan dan tanpa tempat tinggal, hidup merempat di kiri dan kanan jalan. Sistem kasta yang mencengkam hidup mereka. Kekotoran yang membaluti kota dan manusia.
Penipuan menjadi mainan lidah dan cara. Yang kaya barangkali kaya. Tetapi kaya diatas kemiskinan ratusan juta manusia. Adapun yang menganggap India seindah filemnya dan ingin sekali menikmati udara India., sebenarnya semua itu adalah hasil propaganda filem semata. Demikianlah media-massa selalu berjaya membohongi mereka yang percaya dan 'beriman' dengannya.
Untuk pengetahuan kita, sesungguhnya orang Islam pernah memerintah India hampir seribu tahun. Pada pandangan saya, India adalah negeri yang paling sukar untuk Islam berperanan mengikis kesesatan, khurafat dan kekarutan kepercayaan penduduknya. Ini disebabkan banyak faktor, antaranya peranan kebanyakkan pemerintah yang tidak berkesan dan tabiat penduduknya yang begitu cenderung kepada khurafat dan mengakar umbi dalam perasaan dan fikirannya.
Hinggakan sistem kasta yang dianuti oleh agama Hindu, masih mempengaruhi sebahagian penganut Islam di India. Ini sama seperti yang berlaku kepada orang Melayu dahulu yang dipengaruhi ajaran Hindu dan selainnya, kemudian apabila datang Islam, menerima Islam, di samping terus dibawa sebahagian ajaran Hindu dan khurafatnya, seperti persandingan pengantin, nasi kunyit untuk sesuatu upacara, tepung tawar, percayakan sial-sial tertentu dan seumpamanya.
Demikian juga kebanyakkan muslimin India bahkan lebih jauh dari itu, banyak kesan-kesan ajaran Hindu dan khurafat yang lain terkena kepada mereka. Bahkan ada yang membawa menjadi begitu sesat bahkan juga sebahagiannya terkeluar dari daerah Islam kepada daerah kufur. Ada sejumlah yang banyak mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Masjid-masjid mereka ini ditulis dipintu masjid sebagai ganti kepada Basmalah (Bismillah).
Di tempat kita pun ada juga ajaran tarekat yang sesat yang terpengaruh dengan ajaran ini mengajar pengikutnya jika ingin membaca Bismillah hendaklah sebanyak 786 kali. Paling buruk sekali, dikatakan melebihi separyh muslimin India terlibat dengan ajaran Bralewi, mereka menyembah kubur tokoh-tokoh agama terutamanya tokoh-tokoh tarekat. Antara tempat utama mereka ialah Darga bersebelahan dengan markaz utama Jama'at Tabligh di Nizamudin.
Upacara mereka sangat pelik, tempat mereka bagaikan kuil yang dipenuhi pelita-pelita api. Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat. Bahkan saya melihat dikalangan mereka sujud kepada kubur seperti didalam solat. Dalam masa yang lain, mereka juga bersolat lima waktu, membaca al-Quran dan berzikir dengan cara mereka. Cumanya yang menghairankan saya, di hadapan markaz utama tabligh sehingga ke tempat penyembah bagaikan pasar jualan peralatan upacara ibadat Bralewi, dimanakah yang dikatakan dakwah kepada La Ilah illa Allah?
Di celah-celah itu semua Allah tetap memberikan kurnianya kepada muslimin India yang begitu ramai itu. Sebelum beberapa dekad yang mutakhir, benua India pernah menjai pusat terbesar perkembangan ilmu hadith, hampir dua kurun lamanya. Pengasas utamanya ialah al-Iman Shah Waliyullah al-dahlawi (1114-1176 hijrah). Di India beliau digelar Markaz al-Asanid fi al-Hind iaitu pusat sanad-sanad hadith di India. Sesiapa yang berminat dengan kisah sanad hadiyh di India, dia patut membaca al-'Anaqid al-Ghaliyah min al-Asanid al-'Aliyah karya Maulana Muhammad 'Asyiq Ilahi al-Barni al-Mazhahiri.
Kitab ini menghimpinkan sanad-sanad para ulama Deoband sehingga ke Al-Iman Shah Waliyullah al-Dahlawi. saya dan sahabat saya pergi ke India membawa surat sokongan peribadi daripada guru hadith Ph.D kami, Dr. Muhammad Abul Laith al-Khair Abadi, pengarang kitab Takhrij al-Hadith. 'Ulum al-Hadith bain al-Asalah wa al-Mu'asarah dan lain-lain. Beliau juga berasal dari India, pernah belajar di Deoband dan mendapat Ph.D dari Umm al-Qura, Makkah.
Hasilnya, kami dapat bertemu, menziarah, mengambil manfaat daripada beberapa ulama hadith India. Kami sempat membaca Risalah al-Awail, petikan dari kitab-kitab hadith dihadapan mereka serta nasihat-nasihat yang berguna. Juga mereka mengijazahkan sanad mereka. Antaranya, sanad daripada anak pengarang Faidh al-Bari syarah Shahih al-Bukhari, Maulana Anzar Shah iaitu anak Anwar Shah al-Khasmiri. Salah satu sanadnya daripada al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah muhaqqiq yang sangat terkenal.
Juga sanad daripada Maulana Zainul 'Abidin al-A'azami, yang diambil daripada tokoh hadith yang terkenal, al-Syeikh Habib al-Rahman al-A'azami. Juga beberapa sanad yang lain. Namun begitu, perlu diperingatkan bahawa sanad hadith pada zaman ini, pada hakikat, tidak diperlukan lagi. Para penulis kitab-kitab hadith seperti al-Iman al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah, Ibn Jarud, Ibn Sakan dan lain-lain telah pun menyatakan sanad mereka.
Kajian para perawi hanya setakat mereka sahaja. Selepas itu tidak diperlukan lagi. Ulama di India sendiri menganggap pemberian ijazah sekadar suatu cara tradisi dan sekadar mengharapkan keberkatan pertemuan dengan guru sahaja. Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis didalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad.
Ini adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya. Alangkah baik sekiranya dunia pondoknya diluaskan. Dia patut belajar cara mengutip manfaat daripada semua tokoh seperti Al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah yang berguru dengan al-Syeikh Syakir, juga al-Kauthari, sekali pun kedua gurunya itu tidak sehaluan. Bacalah Imdad al-Fattah karangan murid Abu Ghuddah yang meriwayatkan hal gurunya.
Di India saya tinggal Dar Ulum, Deoband juga Dar Ulum, Lucknow tempat maulana Abu hasan 'Ali al-Nadwi. Deoband agak begitu traditional tetapi pengajiannya patut disanjung. Al-Syeikh Rasyid Redha pernah menziarahi Dar Ulum Deoband dan memujinya. Begitu juga al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah, dar Ulum, deoband berjasa dalam memerangi golongan khurafat dan bid'ah terutama golongan penyembah kubur. Untuk menghadapi dakwah ulama deoband maka ahli bid'ah dan khurafat di India menyatakan mereka berada atas sunnah dan menuduh para ulama Deoband sebagai wahabi.
Walaupun Dar 'Ulum Deoband itu kuat bermazhab Hanafi sedang al-Syeikh Muhammad bin 'Abd Wahab seorang yang bermazhab Hanbali. Tujuannya hanya mempertahankan khurafat dan bid'ah mereka. Para ulama Deoband bangun membela diri mereka, sekali gus membela al-Syeikh Muhammad bin 'Abd Wahahhab, sekali pun tiada hubungan antara mereka dengannya, kerana mereka tahu tokoh berkenaan dizalim dan difitnah. Sesiapa yang inginkan pendetilan sila baca Dar 'Ulum Deoband, keluaran Akedemi Syeikh al-Hind.
Ditempat kita juga demikian, golongan yang membuat amalan-amalan yang tidak benar pada nilaian al-Quran dan al-Sunnah akan membela diri dengan menyatakan ini adalah mazhab Syafi'i dan menuduh golongan yang menegur mereka sebagai wahabi. Ternyata mereka menggunakan modal yang sama. Kebanyakkan perkara yang mereka dakwa sebagai mazhab Syafi'i, tidak pernah pun disebut al-Iman Muhammad bin Idris al-Syafi'i r.a. Bahkan dikalangan mereka ada yang tidak pernah membaca al-Umm karangan fiqh beliau, atau al-Risalah dalam usul fiqh dan hadith.
Lebih dahsyat lagi, ada yang tidak pernah tengok teksnya dalam bahasa Arab. Pun begitu segala amalannya disandarkan kepada iman yang mulia itu. Dalam masa yang sama sesiapa sahaja yang menegur amalan turun-temurun, sekalipun dengan menggunakan nas dari kitab al-Iman al-Syafi'i sendiri akan dituduh wahabi. Seakan Muhammad bin 'Abd Wahhab itu pengasas satu mazhab baru.
Saya sendiri, dalam beberapa hal dituduh wahabi. Sedangkan saya buka keluaran univesiti di Saudi, saya belajar di Jordan. Saya mengajar di tempat saya Dewan al-Iman Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Fekah Mazhab al-Syafi'i. Saya bermazhab Syafi'i, tetapi secara insaf bahawa pendapat yang paling kuat dan kebenaran itu sendiri tidak hanya terkurung dalam satu mazhab sahaja. Kita patut melihat dalil dari semua mazhab. Ini bukan ajaran Muhammad bin 'Abd Wahhab sahaja, tetapi itulah tunjuk ajar serta arahan semua iman-iman mazhab. Malangnya dalam hal ini kita dituduh sebagai wahabi.
Kalaulah sungguh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab itu mengasaskan mazhab, saya secara peribadi tidak sudi untuk mengikutinya. Ini kerana iman-iman yang lain dalam feqah jauh lebih hebat daripadanya. Al-Albani sendiri menyatakan Muhammad bin 'Abd al-Wahhab itu tidak begitu mantap dalam menghukum hadith dan menyimpulkan persoalan fiqh. Dia sebenarnya pejuang akidah. Pada zamannya dia adalah pejuang yang menghapus khurafat dan syirik serta menegakkan aqidah yang bersih. Banyak buku ditulis mengenai jasanya, antara apa yang ditulis oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat.
Saya menziarahi tempat Maulana Abu hasan 'Ali al-Nadwi. Dalam hayatnya, beliau adalah seorang tokoh ilmu dan dakwah. Univesitinya bercita-cita menghimpunkan antara unsur traditional dan kemodenan. Syiarnya ialah Al-Jam'u baina al-Qadim al-Salih wa al-Jadid al-Nafi', iaitu menghimpunkan antara tradisi yang salih dan baru yang bermanfaat. Gabungan ilmu lama dan moden memungkin seseorang muslim hidup dizaman serba canggih ini. Islam tidak boleh digambarkan sebagai agama yang kuno serta ketinggalan zaman. Kemodenan itu sebenarnya milik Islam. Islam mesti hidup di timur dan barat, generasi lama dan baru . Inilah yang hendak ditonjolkan oleh Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi.
Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak tanah yang malap, tinggal di dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa Melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama Timur Tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w. itu dulunya lahir dikawasan pondoknya. Apa yang saya lihat juga, para ulama India samada di Deoband atau Lucknow terutama Maulana Abu al-hasan 'Ali al-Nadwi r.a. banyak memuji dan mengambil manfaat daripada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Abu al-Hasan al-Nadwi sendiri mengarang kisah kehebatan dakwah Ibn Taimiyyah. Tokoh-tokoh ulama timur tengah seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi pun begitu. Dalam buku kaif nata'amul ma'a al-Sunnah, al-Qaradawi menyatakan Ibn Taimiyyah adalah tokoh ulama yang paling disayanginya dan paling dekat dengan akalnya. Demikianlah sesiapa yang membaca karya dan perjuangan Ibn Taimiyyah pasti akan mengaguminya. malangnya ada di negara mereka yang hidup untuk memusuhi Ibn Taimiyyah dan menfitnahnya. Penulis keluaran pondok Kelantan itupun tidak jauh dari mazhab tersebut. mazhab menghimpunkan maklumat untuk mencerca ulama Islam dan tokohnya. Kita sepatutnya menjadi golongan yang insaf dan tahu menilai jasa tokoh-tokoh kita.
Demikian sedikit catatan saya dalam kembara ke India. Semoga Allah meluaskan pengalaman kita dan memberikan pahala perjalanan ilmu.
Itulah apa yang telah saya salinkan daripada Dr. Asri, maka saudaralah yang akan menilainya benar atau pun tidak. Jika ada kesilapan cara penulisan saya, harap perbetulkan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 2 November 2009
Kembara Ilmu Ke India...... Ustaz Mohd Asri.
Tulisan beliau ini telah disiarkan pada bulan Julai 2001 bersamaan Rabiul akhir 1421 oleh majalah Tamadun edisi 82. Sama-samalah kita menghayati akan apa yang telah beliau tuliskan.
Hampir sebulan saya berada di India. Kebanyakkan orang awam di Malaysia, bila disebut sahaj India, mereka akan terbayang wajah-wajah pelakon Bollywood. Ramai juga akan menyangka India ini seindah yang digambarkan dalam filem-filemnya. Mereka tertipu dengan mainan filem.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
PEMANGKU Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sempat melawat pameran Pengakap sambil d...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Kebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah . Mungki...
-
Gambar-gambar yang dipaparkan ini adalah untuk kita bermuhasabah dan sama-samalah untuk kita renungkan. Maha Suci Allah yang menciptakan al...
-
(Penduduk Permaisuri menangis akibat banjir yang jarang mereka alami sebelum ini) Projek udang di Kerpan, Kedah telah menyebabkan rakyatnya...
-
Anda meminati kereta-kereta mewah?. Tak dapat miliki........ dapat naik dah kira nasib baik. Tak dapat naik........ dapat sentuh pun ok...
-
h merupakan kiblat salat bagi seluruh umat muslim di dunia. Ka’bah terdapat dalam area Masjidil Haram yang terletak di kota Makkah, A...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan