Translate

Sabtu, 19 Disember 2009

Islam Tidak Akan Dapat Didaulatkan Selagi Wujudnya Umno.

PESAWAT tanpa juruterbang milik Amerika Syarikat yang dipanggil drones melepaskan tembakan peluru berpandu ke sasaran musuh Pemberontak di Iraq dan Afghanistan dilapor menggunakan program perisian murah untuk menceroboh sistem rakaman video secara langsung daripada pesawat tanpa juruterbang Predator, senjata utama dalam sistem intipan Pentagon yang berfungsi sebagai mata tentera Amerika Syarikat (AS) di udara untuk pengawasan dan pengumpulan data risikan.

Seorang pegawai pertahanan kanan semalam berkata, walaupun kumpulan pemberontak dapat melihat video tersebut secara maya, masih tiada bukti yang menunjukkan mereka mampu menyekat isyarat elektronik daripada pesawat itu atau mengawalnya.

Memperoleh rakaman video tersebut boleh menyalurkan pemberontak dengan maklumat penting tentang lokasi yang mungkin menjadi sasaran ketenteraan termasuk bangunan, jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain.

Akhbar Wall Street Journal semalam melaporkan, pemberontak Syiah di Iraq menggunakan program perisian sedia ada seperti SkyGrabber yang boleh dibeli pada harga serendah AS$25.95 (RM91) dari Internet untuk berulang kali memperoleh rakaman video pesawat tanpa juruterbang AS.

Pintasan tersebut yang pertama kali dibuat tiga tahun lalu, boleh dilakukan kerana pesawat yang terbang jauh itu mempunyai jaringan komunikasi yang tidak dilindungi.

Seorang lagi pegawai pertahanan berkata, dalam tempoh beberapa bulan lalu, pihak tentera telah menemui bukti sekurang-kurangnya satu kejadian di mana pemberontak di Afghanistan turut mengawasi rakaman video pesawat tanpa manusia AS. Pegawai itu bagaimanapun tidak menyatakan perincian berapa kali ia telah dilakukan dan kumpulan mana yang melakukannya.

Jabatan Pertahanan maklum dengan isu tersebut dan sedang berusaha untuk mengenakan kod pada semua rakaman video pesawat itu di Iraq, Afghanistan dan Pakistan.

Seorang pegawai pertahanan mengatakan, menaik taraf proses pengekodan pada pesawat itu memakan masa yang lama kerana terdapat sekurang-kurangnya 600 pesawat seumpamanya bersama stesen di darat untuk diberi perhatian.

Menurut pegawai, sistem yang berada di lokasi ancaman utama akan dinaik taraf terlebih dahulu.

Bekas ketua pegawai maklumat untuk komuniti risikan AS, Dale Meyerrose, membandingkan masalah tersebut dengan jenayah jalanan iaitu mencuri dengar pengimbas polis.

"Ini adalah satu daripada isyarat, satu isyarat penyiaran dan tidak berlaku pencerobohan. Ia adalah pintasan isyarat penyiaran,'' kata Meyerrose, yang pernah bertugas mengoperasikan sistem pesawat tanpa juruterbang pada tahun 1990-an semasa berkhidmat sebagai pegawai tentera udara.

Beliau berkata, masalahnya adalah pesawat tanpa juruterbang itu pada asalnya dibangunkan menggunakan kelengkapan komersial, yang mana seiring dengan perubahan masa, ia boleh terdedah kepada pintasan. - AP

Inilah contoh yang patut kita lakukan sebagai umat Islam dengan menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baiknya. Satu tindakkan bijak oleh pejuang-pejuang Islam yang betul-betul memalukan kuasa besar dunia itu. Tidakkah dahulu Islam menguasai tamadun dan teknologi dizaman kegemerlangannya.

Tetapi disebabkan oleh pemerintah Islam yang korup dan gila kuasa seperti Umnolah yang membuatkan negara-negara Islam terus dijajah sampai kini. Walaupun Malaysia sudah merdeka tetapi pemikiran pemimpin Umno masih lagi dijajah dengan sikap sekularnya.

Bagi mereka(Umno) yang bersikap duniawi semata-mata, sambutan tahun masehi lebih penting daripada menyambut Maal Hijrah. Walau pun kerajaan menyambutnya dengan memberi cuti umum tetapi ianya hanya untuk mengambil hati orang Melayu semata-mata.

Kita boleh lihat bagaimana setiap kali tahun baru masehi, sambutannya dibuat secara besar-besaran. Bermacam-macam program dan pesta hiburan diadakan semata-mata untuk melalaikan umat Islam kerana itulah sikap talam dua muka Umno yang mengaku sebagai parti Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular