Translate

Jumaat, 18 Disember 2009

Jahanam Buat One Malaysia........

Sekolah Izuddin Shah dan Sekolah Taayah sudah ramai melahirkan anak-anak dengan akhlak yang tinggi dengan berteraskan agama. Tetapi dengan sikap gelojoh kerajaan kudeta Perak, mereka cuba kali kedua untuk merampas sekolah tersebut. Sekolah Izuddin Shah adalah sekolah agama lelaki dan Sekolah Taayah adalah sekolah agama perempuan yang mana pelajarnya adalah 100% Melayu Islam. Walaupun ianya sekolah milik kerajaan negeri, apakah bijak ianya dipindahkan. Semata-mata kerana mempunyai agenda yang tersembunyi, kerana itulah ianya cuba dipindahkan oleh kerajaan kudeta Zambry.
Dimanakah blogger-blogger BPN untuk mempertahankan sekolah-sekolah tersebut. Itulah sikap pemimpin Umno yang berfahaman sekular, bagi mereka ianya halal sekiranya ia membawa keuntungan. Oleh kerana sekolah tersebut berada didalam kawasan bandar, tidak dinafikan tanahnya bernilai tinggi.
Kerana itulah kerajaan kudeta beriya-iya merampasnya untuk dibangunkan menjadi kawasan elit yang pasti orang Melayu tidak mampu memilikinya. Lihatlah betapa jahatnya niat Umno yang berpaksikan keduniaan semata-mata. Setelah cubaan pertamanya tidak berjaya semasa era Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar kerana mendapat tentangan penduduk setempat. Sekarang mereka membuat cubaan kedua untuk merampasnya dengan didalangi oleh kerajaan kudeta Zambry. Inikah maknanya slogan One Malaysia yang banyak memesongkan orang Melayu, agar Islam semakin kuat dipinggirkan dari pemikiran orang Melayu. Dengan memundurkan orang Melayu, senanglah Umno untuk menjaja agenda mereka. Itulah Umno yang kaya dengan slogan, daripada era Mahathir dengan slogan 'penerapan nilai-nilai Islam' kepada 'Islam hadhari' semasa zaman Pak Lah. Sekarang ini pula era Najib dengan 'One Malaysia'nya, dengan ucapan salam one Malaysia mengantikan 'Assalamualaikum'. Sudah menjadi tabiat, apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang pelik-pelik maka tidak lamalah hidupnya. Seperti juga dengan Umno yang terkenal dengan teori 'RAHMAN' dalam menentukan pemimpin mereka. Oleh kerana ketaksuban mereka terhadap teori mereka itu, Najib akan menguburkan Umno. Ini kerana selepas huruf 'N', maka tiada lagi huruf untuk menyambungnya.

1 ulasan:

Ayid berkata...

Salam sahabat semoga enta sehat.

Semalam kita di kejutkan lagi tentang AJK MASJID
dimana terdapat senarai nama orang PAS. ADUN UMNO dah bawa ke JAIP untuk di buat pindaan. Enta lihat kat blog ana. Hari ini sejarah terukir lagi di awal muharam. Protes untuk membantah penyerahan SIS dan Takyah di adakan selepas solat JUmaat.

Diera Mahathir sekatan untuk SAR dikenakan. Ketika itu anak ana masih tkt 1. Kami terpaksa membayar 135 sebulan oleh sekatan tersebut. Alhamdullillah anak ana dapat menamatkan hingga SPM. Ini akan menamabahkan alagi intizim kepada perjuangan kita menegakan Islam.

Kita di dendangkan pula dengan Slam 1 Malaysia. Ketika Rasullullah berada di Mahdinah dan terdiri nya negara Islam Nabi s.a.w tidak pun mengajar salam 1 Mahdinah. UMNOngok ni dapat ilmu kat mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular