Oleh kerana tulisan beliau yang kurang ajar itu, banyak pihak menyalahkan parti PAS, sedangkan PAS tiada kena mengena dengan segala tulisan dan beliau sendiri. Ramai menyangka beliau ada kena mengena dengan parti PAS. PAS tidak pernah mengajar ahli dan penyokongnya bersikap kurang ajar seperti mana yang beliau tulis dibawah ini.
___________________________________________________________________________________
Dah mampos buat cara mampus la.
Oleh : Aduka Taruna
Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari sopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid.
___________________________________________________________________________________
Walau pun beliau sudah membuang artikel tersebut, posting beliau telah sempat di copy oleh kebanyakkan orang sebagai bukti. Telah banyak laporan-laporan polis dibuat kerana tulisan beliau yang tidak beretika itu. Walau pun beliau telah memohon maaf diatas keterlanjurannya itu, apa orang ramai dan rakyat Johor boleh berdiam diri begitu sahaja.
Bak kata orang-orang tua,'Terlajak perahu boleh diundurkan, tetapi jika terlajak bahasa membawa binasa'. Oleh itu, laporan polis yang dibuat oleh orang ramai adalah satu jalan keluar yang terbaik. Saya juga menyokong penuh setiap laporan polis yang telah dan akan dibuat. Sekurang-kurangnya ia dapat membersihkan nama baik PAS atau pun PKR.
Permohon maaf beliau boleh dibaca sperti dibawah ini.........
___________________________________________________________________________________
Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Oleh : AdukaTaruna
Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia.
Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini.
Dah mampos buat cara mampos la.
Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan.
Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya.
Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa saya tidak lagi membawa imej persendirian, sebaliknya membawa imej satu kumpulan jalan sisi untuk Islamic State.
Jadi dengan ini.
1. Saya memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran saya.
2. Berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.
3. Menarik semula artikel luar norma kemanusiaan itu dari blog saya sebagai tanda saya akui kesalahan saya.
Yang benar,
AdukaTaruna

Maka bertetapanlah kata orang-orang tua, 'kalau seseorang itu sentiasa bercakap besar, sebenarnya ia seorang pengecut'. Inilah padahnya apabila menulis mengikut hawa nafsu dan bersikap kurang ajar. Apakah beliau rasa beliau boleh berubah? Sedangkan sebelum ini pun ramai yang menegur dan menasihatkan cara penulisannya, adakah beliau mengambil peduli?.
Jangan kata mendengar, orang yang tolong bagi nasihat pun dihamunnya. Itulah sikap besar kepala yang sentiasa ditonjolkannya. Bagi beliau, beliau sahaja yang betul orang lain semuanya tidak betul. Terimalah akibatnya diatas perbuatan sendiri yang beliau lakukan secara sedar dan jangan bagi bermacam-macam alasan. Sendiri buat............. sendiri tanggunglah.

Oleh itu jangan sesekali babitkan PAS dalam isu menghina Almarhum Sultan Johor. Jika beliau seorang ahli PKR atau PAS, PKR dan PAS patut memecat keahliannya. Orang seperti ini hanya sesuai berada didalam Umno kerana itulah sebaik-baiknya.Inilah harga sebuah keangkuhan yang beliau tonjolkan.
Sebagai umat Islam, kta dilarang memaki hamun orang yang sudah meninggal. Betul atau salah simati, bukan pekerjaan kita untuk menilainya. Sedangkan dalam Islam mengajar kita menghormati simati, jangan kata yang beragama Islam, jika simati yang bukan Islam pun kita patut hormati.
Kerana itulah jika kita melihat mayat bukan Islam diarak, kita diminta berdiri sebagai menghormatinya apatah lagi jika yang seagama..Amat mengaibkan seorang yang mengaku Islam sanggup mengeluarkan kata-kata yang boleh ditarifkan sebagai menghina.

Bila laporan polis dibuat, barulah nampak bagaimana gentar kepala lututnya yang selama ini diibaratkan 'tidak makan saman'. Jadilah 'Tahun 2010 tahun melanggar penjara Kajang' mengantikan 'Tahun 2010 melanggar Hadi'. Itulah balasan di atas kesombongannya yang sentiasa mendabik dada........... akulah jaguh........... akulah juara.......... akulah pakar segala pakar dalam menghentam dan mengutuk.
Sekarang barulah aku rasa bagaimana bangganya aku............. nama aku masuk TV........... orang buat demotrasi depan Istana Johor pasal aku.............. orang buat laporan polis pasal aku............. tidakkah aku menjadi terkenal diseluruh Malaysia. Bukan senang woiiii............ nak jadi terkenal.............. kini nama aku dah dijulang tinggi.
2 ulasan:
saya cuma nak kata
padan muka lu aduka
awat tarik balik tulisan dia tu... patut habaq la 'ni blog gua..gua punya suka la nk tuleh apa..' ekekeke
Catat Ulasan