Translate

Selasa, 26 Januari 2010

AT: Inikah Manusia yang Hendak Di Pertahankan........

Saya nak tanya kepada sesiapa yang cuba mempertahan Si Lahanat Aduka...... Atas dasar apakah beliau dipertahankan. Mungkin ada yang mengatakan atas kebebasan menulis atau pun belum terbukti bersalah. Ini bukan diatas penghinaannya terhadap Almarhum Sultan Johor tetapi penghinaannya terhadap sahabat Rasulullah s.a.w. dan juga Ummi Mukminin r.a.

Sebagai seorang yang mengaku Islam, layakkah manusia seperti ini dipertahankan. Sedangkan apa yang ditulisnya dalam keadaan sedar dan waras, bolehkah beliau dimaafkan diatas penghinaan demi penghinaan terhadap Sahabat r.a.

Tidakkah menghina sahabat r.a. sama seperti menghina Rasulullah s.a.w. Inikah manusia dibela oleh kaum kerabatnya. Kerana terlalu ghairah menulis dan menganggap diri lebih pandai daripada orang lain, maka jadilah seperti penganut Muktazilah. Yang mana dia mengira akan logik akal yang terletak dikepala lututnya.

Oleh itu bagi yang beriya-iya membelanya, anda fikirlah dengan akal yang waras. Apakah beliau patut dibela atau pun tidak dan bacalah apa yang ditulis seperti dibawah ini. Ia menganggap perkara seperti ini boleh dipermain-mainkan. Bagi Jabatan Agama Islam, jangan memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada kekufuran. Ini kerana tulisannya dibaca oleh ramai orang, janganlah pergadaikan akidah disebabkan kedangkalannya.........
===============================

Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun.


Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.


Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..


Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.


Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.

1 ulasan:

kickaduka berkata...

memang dah sampai teruk ADuka ni, memang dah sampai masa kena hukuman dari Allah, dia dah tak kisah tentang orang kata dia kapir pun, asal dia boleh menulis je,sampai mazhab pun dia sapu, makhluk islam tak akan memaki agama dia sendiri, kita bukan bergembira dengan keadaan dia sekarang cuma harap dia berubah laku selepas ini. pengikut dia masih ramai lagi tapi dah senyap lepas ketua ke langgar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular