Riduan 'Hambali' Isamuddin
CIANJUR:
Berita suspek pengganas al-Qaeda, Riduan 'Hambali' Isamuddin bakal
hadapi perbicaraan di Amerika Syarikat diterima dengan lega oleh
keluarganya di Jawa Barat, menamatkan rasa bimbang kerana tidak pernah
menemuinya lebih 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka juga tidak percaya bahawa Hambali atau
nama sebenarnya Encep Nurjaman yang dilahirkan April 1966, boleh
dihukum mati di Amerika atas serangan pengganas yang dilakukan di
Indonesia dan berharap tertuduh dibawa kembali ke tanah air untuk
perbicaraan.
"Syukur pada Tuhan kerana ada berita mengenai abang saya,"
kata seorang adik Hambali, Kankan Abdul Qadir, 31, kepada Jakarta Globe
ketika temuramah kelmarin di rumah ibu bapanya di sini, kira-kira 100
kilometer dari Jakarta.
"Ibu kami, Mariyani, juga tidak putus-putus berdoa untuk abang saya," katanya lagi.
Walaupun Hambali tidak pernah berjumpa keluarganya sejak
melawat seketika isterinya warga Malaysia sekitar 1998, mereka pernah
berhubung dengannya ketika ditahan di Teluk Guantanamo menerusi surat
yang dihantar menerusi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),
yang memberitahu mereka tahun lalu bahawa Hambali mungkin dibicarakan
di Amerika.
Kali pertama mereka berhubung adalah pada 2006 apabila wakil
ICRC melawat keluarga Hambali di sini untuk memaklumkan kesihatan
suspek pengganas itu, yang dituduh merancang pengeboman Bali 2002 yang
mengorbankan 202 orang. � Agensi
Sejak itu banyak surat dihantar oleh Hambali, yang dibawa ke Guantanamo selepas penahanannya di Thailand pada 2003.
Suratnya, kata Kankan, ditulis dalam bahasa Indonesia, Arab, Inggeris atau Sunda dan jelas ditapis oleh tentera Amerika.
Minggu lalu, keluarga itu menerima sekeping gambar Hambali
yang diambil sebelum Jun 2009 bersama sepucuk surat dialamatkan kepada
seorang lagi adik lelakinya, Gungun Rusman Gunawan yang menghabiskan
tiga tahun di penjara atas pembabitannya dalam pengeboman 2003 di Hotel
JW Marriot di Jakarta.
Ditulis dalam bahasa Inggeris, surat itu berbunyi, "Apa
khabar Gungun? Saya sihat. Ini adalah gambar terbaru untuk kamu dan
anda boleh membaca mengenai saya. Berat terkini saya ialah 65
kilogram."
Jumaat lalu, satu sumber Polis Nasional Indonesia berkata, Hambali akan
dibicarakan di Amerika. Dalam perkembangan lain, pegawai Amerika
berkata, pentadbiran Obama menimbang supaya Hambali dan suspek
pengganas lain dibicarakan di hadapan hakim persekutuan di Washington.
Hambali didakwa orang suruhan Osama bin Laden di Asia
Tenggara dan sehingga penahanannya, dia dipercayai orang hubungan utama
antara al-Qaeda dan Jemaah Islamiah, rangkaian pengganas serantau yang
dipersalahkan atas pengeboman pertama Bali. -Agensi
Ulasan Musafirlalu.......
Bayangkanlah bagaimana sikap 'Penjarah Umat Islam' ( AS) memberi layanan terhadap individu yang mereka gelarkan sebagai 'Pengganas'. Jika individu tersebut beragama Islam, layanan yang mereka berikan setaraf VVIP seperti di Abu Gharib.
Kenapa beliau dibicarakan di negara 'Penjarah Umat Islam' (AS) tersebut?
Kenapa tidak dibicarakan di negara yang beliau dikatakan menjalankan aktiviti 'keganasannya'. Maka jadilah para pemimpin negara umat Islam sebagai pengecut, kerana membiarkan 'Penjarah Umat Islam' tersebut memperlakukan sesuka hati terhadap rakyat mereka.
Bertambah-tambah besar kepalalah 'Penyembelih Umat Islam' dan 'Penjarah Umat Islam' yang menjadi bonekanya. Masih ingatkah anda pada tahun 80'an, bagaimana Presiden Panama telah ditangkap didalam negaranya sendiri dalam serbuan tentera 'Penjarah Umat Islam'.
Beliau diculik dan dibawa lari ke negara 'Penjarah Umat Islam', lalu bicarakan atas tuduhan mengedar dadah. Hingga sekarang, beliau masih berada dipenjara.
Apakah 'Hambali' akan mendapat perbicaraan yang adil?
Kita bukannya bersimpati kepada penjenayah, tetapi berilah perbicaraan yang adil kepada mereka, walau apa pun keturunan dan agama mereka. Tidakkah Islam itu adil?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan