Translate

Jumaat, 22 Januari 2010

Cola : Nasib Baik Tidak Dilaksanakan.......

Apabila desas desus yang mangatakan elaun cola dan perumahan kakitangan awan akan dikurangkan, ia betul-betul mencemaskan. Tetapi berita terkini menyatakan tiada surat perkeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai perkara tersebut. Jika benar, ianya pasti satu berita yang melegakan kakitangan awam.

Walau pun ada penafian, kakitangan awam jangan terlalu teruja sangat kerana perkara seperti ini bukannya boleh dimain-mainkan. Jika tiada angin, takkan pokok akan bergoyang melainkan ada tangan-tangan mengoncangkannya.

Tidak mustahil ianya akan menjadi satu modal buat Umno/Bn untuk memainkan isu tersebut menjelang PRU 13 yang akan datang. Dengan sokongan daripada pengundi semakin tidak menyebelahi pihak Umno/Bn, ianya boleh menjadi senjata mereka untuk mengugut kakitangan awam.

Semua orang tahu bagaimana pemainan politik Umno yang memegang ideologi 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Bagi pendapat saya, isu ini boleh dikatakan belum lagi di tutup kerana tiada  lagi kenyataan rasmi daripada One Malaysia dan timbalannya.

Penafian tersebut hanya keluar daripada mulut pegawai Perbendaharaan dan pegawai kementerian kewangan. Sedangkan mereka hanyalah pegawai yang mengikut arahan sahaja, bukannya pegawai yang mengeluarkan arahan. Hanya One Malaysia sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan ini kerana One Malaysia yang menjadi menterinya.

Mungkin juga arahan tersebut belum diputuskan lagi kerana One Malaysia masih lagi berada diluar nagara. Jadi, kata putusnya hanya boleh diketahui apabila One Malaysia pulang dari lawatan keluar negara. Walaupun timbalannya ada didalam negara, beliau mungkin tidak berani mengeluarkan apa-apa kenyataan. berkaitan isu yang disifatkan terlalu sensitif.

Ini  memandangkan isu cola dan elaun perumahan kakitangan awam adalah satu isu yang amat besar yang boleh menjadikan  Umno/Bn berada didalam bahaya. Apakah Umno/Bn sanggup menghadapi satu lagi protes RAKYAT DIDAHULUKAN selepas isu 'kalimah ALLAH'.

Berkaitan isu kalimah ALLAH pun, Umno dah hampir-hampir hilang akal kerana mereka bernaung didalam satu parti yang berteraskan perkauman Melayu bukannya parti yang berdasarkan Islam. Kerana itulah kakitangan awam jangan terlalu gembira sangat apabila isu cola hanyalah dikatakan khabar-khabar angin sahaja.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular