Translate

Khamis, 25 Februari 2010

Turki Menempa Sejarah.

Turki telah menempa sejarah apabila mendakwa tujuh pegawai kanan tenteranya. Umum mengetahui bagaimana peranan tentera dalam menjunjung ideologi sekular Kamal Antartuklisme, yang bersikap anti Islam.

Sikap mereka lebih buruk daripada negara barat yang sememangnya anti Islam. Semasa pelantikan Presiden Turki yang baru, pegawai tinggi tentere tidak menghadirinya kerana isteri Presiden Turki yang baru memakai tudung. 

Mahkamah di Turki hari ini mendakwa tujuh pegawai kanan tentera atas tuduhan terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan yang berteraskan Islam.

Mahkamah juga mengarahkan pegawai berkenaan dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan. Siasatan itu memarakkan ketegangan antara kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dengan angkatan bersenjata yang berfahaman sekular.

Para pemimpin tentera mengadakan mesyuarat tergempar semalam untuk membincangkan apa yang mereka sifatkan sebagai 'situasi serius'.

Tujuh pegawai terlibat terdiri daripada empat laksamana, dua daripadanya bersara dan dua lagi masih berkhidmat; seorang brigadier jeneral bersara dan dua kolonel bersara, lapor agensi berita rasmi, Anatolia.

Sementara menunggu penyediaan kertas pendakwaan, mereka menghadapi tuduhan awal menganggotai sebuah kumpulan pengganas dan cuba menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Lira iaitu mata wang Turki jatuh ke paras terendah dalam tempoh tujuh bulan semalam dan merosot lagi dalam dagangan awal hari ini. Bon dan pasaran saham turut jatuh.

Polis menahan kira-kira 50 pegawai dalam serbuan pada subuh kelmarin dalam operasi luar biasa ke atas tentera, yang telah menumbangkan empat kerajaan awam dalam tempoh 50 tahun lalu, tetapi kuasanya kini terhakis disebabkan program pembaharuan yang bertujuan untuk menyokong permohonan Turki bagi menyertai Kesatuan Eropah (EU).

AKP yang disyaki oleh puak sekular cuba melemahkan sistem sekular Turki menerusi proses pengislaman masyarakat yang beransur-ansur, juga terlibat dalam perbalahan dengan badan kehakiman, sebuah lagi benteng fahaman sekular.

Operasi polis itu dilancarkan berikutan laporan yang disiarkan oleh akhbar Taraf bulan lepas mengenai komplot yang dikenali sebagai pelan 'tukul besi' yang didakwa dirangka pada 2003. Tentera bagaimanapun berkata, pelan itu hanyalah satu senario yang dirangka untuk satu seminar tentera. - Reuters

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular