Translate

Jumaat, 19 Mac 2010

Apakah Zahrain Ahli Politik Bodoh Atau Pun Kurang Cerdik?


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim lebih baik menyerang PKR dahulu sebelum beliau diserang bekas rakan PKRnya. Maka berlakulah gempa bumi berskala 8.5 di Dewan Rakyat, tetapi ianya berlaku ditempat duduknya sahaja. 

Ini kerana beliau teramat pasti akan disokong oleh ahli-ahli parlimen daripada Umno/Bn, lebih-lebih lagi akan menarik perhatian dari Najib One Malaysia. Inilah masanya untuk menunjukkan kepada pengundi Bayan Baru bahawa beliau melakukan perkara yang betul dan beliau tidak perlu mengosongkan kerusi atau meminta maaf kepada pengundi yang mengundi beliau.

Mungkin juga beliau merasakan kemenangannya adalah kerana pengaruhnya yang tersendiri di Bayan Baru. Maka beliau selaku wakil rakyat Bebas mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR bagi menghangatkan Dewan. Dalam pada itu, mungkin sempat juga beliau mengintai kut-kut ada peluang untuk projek puluh-puluh juta dari Najib One Malaysia. Dapatlah bayar hutang juta-juta yang duk ada tu.

Pasal spesis seperti ini masuk politik bukan kerana nak bela rakyat sangat, tetapi untuk memperkayakan diri. Kalau betul-betul ahli politik, tak kan bodoh sangat untuk PKR merampas kuasa dalam iklim politik ala Malaysia ini. 

Pembangkang nak rampas kuasa kat Malaysia..... kah.......kah.........kah, lawak antarabangsa betullah mamat sorang ni. Kalau Umno/Bn yang nak rampas kuasa, barulah logik dek akal macam mereka lakukan kat Perak. Dia ni ahli politik class mana pun kita tak tahu kerana tahap pemikirannya politik begitu bodoh sekali, sampaikan tak tahu apa itu strategi politik. Yang mana cerita benar dan yang mana cerita kartun.

Beliau mula mengaitkan Anwar diatas kegagalan Pakatan Rakyat merampas kuasa pada 16 September. Katanya lagi, mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agon:g sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada Pakatan Pembangkang membentuk Kerajaan Persekutuan. 

Zahrain kemudian menyambung ucapannya dengan mendakwa kononnya Panglima Angkatan Tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu dan kata-kata itu menjadikan Dewan lebih gamat. Mungkin sikap kurang cerdik beliau yang tidak dapat membezakan siapa sebenarnya Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular