Translate

Memaparkan catatan dengan label bodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bodoh. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Mac 2010

Apakah Zahrain Ahli Politik Bodoh Atau Pun Kurang Cerdik?


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim lebih baik menyerang PKR dahulu sebelum beliau diserang bekas rakan PKRnya. Maka berlakulah gempa bumi berskala 8.5 di Dewan Rakyat, tetapi ianya berlaku ditempat duduknya sahaja. 

Ini kerana beliau teramat pasti akan disokong oleh ahli-ahli parlimen daripada Umno/Bn, lebih-lebih lagi akan menarik perhatian dari Najib One Malaysia. Inilah masanya untuk menunjukkan kepada pengundi Bayan Baru bahawa beliau melakukan perkara yang betul dan beliau tidak perlu mengosongkan kerusi atau meminta maaf kepada pengundi yang mengundi beliau.

Mungkin juga beliau merasakan kemenangannya adalah kerana pengaruhnya yang tersendiri di Bayan Baru. Maka beliau selaku wakil rakyat Bebas mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR bagi menghangatkan Dewan. Dalam pada itu, mungkin sempat juga beliau mengintai kut-kut ada peluang untuk projek puluh-puluh juta dari Najib One Malaysia. Dapatlah bayar hutang juta-juta yang duk ada tu.

Pasal spesis seperti ini masuk politik bukan kerana nak bela rakyat sangat, tetapi untuk memperkayakan diri. Kalau betul-betul ahli politik, tak kan bodoh sangat untuk PKR merampas kuasa dalam iklim politik ala Malaysia ini. 

Pembangkang nak rampas kuasa kat Malaysia..... kah.......kah.........kah, lawak antarabangsa betullah mamat sorang ni. Kalau Umno/Bn yang nak rampas kuasa, barulah logik dek akal macam mereka lakukan kat Perak. Dia ni ahli politik class mana pun kita tak tahu kerana tahap pemikirannya politik begitu bodoh sekali, sampaikan tak tahu apa itu strategi politik. Yang mana cerita benar dan yang mana cerita kartun.

Beliau mula mengaitkan Anwar diatas kegagalan Pakatan Rakyat merampas kuasa pada 16 September. Katanya lagi, mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agon:g sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada Pakatan Pembangkang membentuk Kerajaan Persekutuan. 

Zahrain kemudian menyambung ucapannya dengan mendakwa kononnya Panglima Angkatan Tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu dan kata-kata itu menjadikan Dewan lebih gamat. Mungkin sikap kurang cerdik beliau yang tidak dapat membezakan siapa sebenarnya Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Khamis, 3 September 2009

SPRM Dan PDRM......

Dua nama yang cukup besar dan terkenal Di Malaysia tika ini ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia. Sehinggakan nama tersebut telah menaikan nama Malaysia dimata Dunia. Bukannya mudah negara yang sekecil Malaysia boleh dikenali oleh Dunia. Sungguh SPRM dan PDRM, patut diberikan anugerah oleh kerajaan Umno-Bn, kerana kecekapan mereka dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya kita berasa bangga di atas sumbangan mereka yang tidak mampu untuk kita membalaskannya. Kerana SPRM lah, Malaysia bebas daripada gejala rasuah. Mengikut indek terkini tentang rasuah di seluruh dunia, Malaysia telah menduduki tangga teratas yaitu nombor satu dengan mengutip mata sebanyak 99.99% Cara siasatan yang telah dilakukan oleh pihak SPRM telah menarik banyak pihak termasuk juga negara yang menjadi sanjungan Malaysia, iaitu Amerika Syarikat. Mereka telah menghantar surat kepada duta Malaysia dinegara masing-masing agar dapat kiranya Malaysia menghantar seorang dua pegawai SPRM untuk melatih pasukan masing-masing. Tidak dilupakan juga pihak Polis Raja Di Malaysia atau singkatannya ialah PRDM, yang mana pihak FBI, CIA, MoSSAD, S. Yard dan beberapa lagi badan risikan cuba memperlajari akan kaedah yang ihak PRDM lakukan, kerana berjaya menahan gelombang rakyat yang menentang kerajaan Imno-Bn. Kerana kecekapan PRDMlah kerajaan Umno-Bn masih lagi boleh memerintah Malaysia secara 'kuku Pelastik' itu. Kerana kebijaksanaan dua badan inilah membuatkan Umno-Bn masih lagi boleh berdiri walaupun dengan sebelah kaki. Inilah kelebihan yang ada pada para pemimpin Umno yang tiada siapa pun diMalaysia yang cukup terkenal dengan jolokkan ' siapa kaya. dia raja'. Jika para pemimpin Umno pergi kemana-mana sekali pun, kita akan dapat melihat tukang kibas yang tidak pernah merasa letih diatas jasa mereka mengibas itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular