Translate

Selasa, 9 Mac 2010

Cayalah Rosmah.... Wanita Kuasa Utama Pembangunan.

"Golongan wanita akan terus menjadi kuasa utama dalam mempengaruhi perkembangan generasi masa depan selain menjadi sumber penting kepada ekonomi. Saya percaya anda akan bersetuju dengan saya bahawa perubahan merupakan tanggungjawab kita bersama. Semakin kurang tanggungjawab yang kita pikul, semakin kurang kuasa yang kita miliki", kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Pasti semua rakyat Malaysia setuju apa yang dikatakan oleh Rosmah Mansor seperti yang beliau lakukan terhadap negara. Cuma perbezaannya bukan akan datang tetapi sekarang pun wanita telah menjadi kuasa utama.

Beliau telah menjadi kuasa penentu yang amat berkuasa dalam membawa halatuju negara mengikut acuan yang beliau suka. Tiada siapa yang berani membantah segala tindak tanduk beliau, kerana beliau bukan sekadar Wanita Pertama, malah beliau ialah Big Mama bagi Malaysia.

Adakah menteri-menteri kabinet berani bertentang mata dengan beliau sekiranya ideanya dibantah. Bagi beliau, tiada kuasa yang dapat menghalang segala kemahuannya. Sebagaimana salahguna kedudukan yang beliau lakukan di AS semasa Malaysia menyertai satu pameran.

Inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia, seorang isteri Perdana Menteri lebih berkuasa daripada mana-mana menteri, hatta Perdana Menteri sendiri pun. Bagi pemimpin Umno, jika mereka ingin naik mereka kenalah mengampu Rosmah terlebih dahulu kerana beliau adalah kuasa penentu jatuh bangun pemimpin Umno.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular