Translate

Selasa, 2 Mac 2010

Najib Ugut Parti PBB.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berlaku bila-bila masa yang  sahaja, mungkin tiga empat bulan dari sekarang. Ketua Menteri, Taib Mahmud  sedang menunggu ilham untuk membubarkan DUN Serawak.

Dalam pada masa yang sama Perdana Menteri, DS Najib telah menghantar mesej yang jelas kepada parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) agar tidak berpaling tadah. Najib menegaskan bahawa Umno tidak akan mengembangkan sayap parti itu ke Sarawak kerana PBB terbukti mampu membela rakyat di negeri itu.

Presiden UMNO itu berkata, "selagi PBB taat setia bersama Barisan Nasional (BN), beliau memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan ditubuhkan di bumi Negeri Kenyalang ini". Mesej tersebut jelas menunjukkan betapa takutnya Najib jika PBB bertukar arah.

Ini bukan isu gagal atau tidak membela rakyat, tetapi semata-mata kerana takut kedudukannya sebagai PM akan tergugat jika PBB berpaling tadah. Dalam keadaan sekarang ini, isu 'lompat si katak lompat' sedang rancak berlaku diantara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Bilalah Umno/Bn membela nasib rakyat marhean yang sentiasa terhimpit akibat permainan politik dalam Umno/Bn yang sentiasa sibuk memperkayakan anak beranak dan kroni-kroninya. Kerana rakyat sudah mengetahui bagaimana pengagihan kekayaan negara dilakukan oleh Umno/Bn.

Rupa-rupanya betapa takutnya Najib jika hal berpaling tadah benar-benar berlaku sebagaimana yang beliau lakukan terhadap kerajaan sah Perak dengan membeli tiga ekor katak dari Changkat Jering, Behrang dan Jelapang.

Beliau tahu bagaimana jika beliau kehilangan kuasa maka semua skandal, salahguna kuasa dan rompakan kekayaan negara akan terbongkar. Bagi beliau ini bukan masa yang sesuai untuk berlakunya peralihan kuasa dan beliau akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk menghalangkannya.

Mungkin beliau belum jumpa lagi negara yang sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat jika beliau hilang kuasa. Beliau mungkin juga tidak mahu  menjadi seperti bekas PM Thailand yang terpaksa kesana kemari daripada dihantar pulang ke negara asalnya.

Beliau tahu bagaimana nasib anak bini dan kroni-kroninya jika Umno/Bn ditumbangkan. Ianya tidak sama dengan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang beliau tumbangkan. Ini disebabkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai skandal sepertimana Umno/Bn yang kaya dengan skandal dan salahguna kuasa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular