Translate

Rabu, 3 Mac 2010

Sistem Dajjal : Tenaga Ritual...Bah 1 (BahteraWawasan)

Definisi tenaga:
“Kapasiti daya kekuatan akibat hasil rangsangan sumber-sumber tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu seperti makanan, air, cahaya matahari, kilat, angin, ombak, arang batu, sumber fosil atau sebagainya yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti fizikal atau operasi mesin.” – British Columbian Encyclopedia.

Definisi ritual:
“Upacara keagamaan di sesuatu lokasi penyembahan tertentu yang memerlukan elemen-elemen tertentu dalam sesebuah kepercayaan seperti perbuatan, percakapan, kelakuan atau bacaan yang dianggap suci bagi melengkapkan upacara agama termasuk yang dilakukan secara rutin atau bermusim.” – Encyclopedia of Spiritual.


Dalam Islam, kita menamakan ia sebagai ibadah dan ibadah mempunyai maksudnya yang tersendiri, ia bukan sekadar ritual.


Definisi ibadah menurut sumber Islam:


“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya." (Quran, al-Zariyat: 56-58)


“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”. (Quran, al-An'am: 162)


“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka." (Quran, al-Sajadah: 16)


“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah." (Quran al-Hasyr: 21)


Sabda Rasulallah: “Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Islam menerusi al-Quran menetapkan maksud ibadah dengan sangat jelas, mencakupi perbuatan, keimanan, ketakwaan, perasaan takut kepada Allah Maha Satu, ketaatan dan berserah diri kepada Allah supaya ditaati oleh manusia, jin dan segala makhluk yang ada di langit dan di bumi.


--- Jadikan definisi dan petikan al-Quran serta hadis yang disebutkan di atas sebagai bekal untuk memahami artikel ini serta sambungan-sambungannya. --


Sandarkan juga pemahaman anda terhadap perkara-perkara ini sebelum mengikuti artikel ini:


Untuk memahami artikel ini, kita juga harus sandarkan pemahaman kita terhadap keperluan beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta amalan-amalan yang digariskan dalam Islam. Kita sebagai umat Islam sedia maklum bahawa mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu mempunyai khasiatnya yang tersendiri.


Sandaran pertama: Kita percaya bahawa dengan membaca ayat Kursi dalam surah al-Baqarah boleh menghindar diri kita daripada gangguan jin dan syaitan kerana khasiatnya yang mampu membakar jin dan syaitan yang kafir sehingga rentung. Namun adakah kita nampak seolah-olah ada peluru atau laser yang keluar menembak jin-jin kafir itu semasa kita membacanya? Kita tak nampak semua itu kan?


Sandaran kedua: Kita percaya bahawa laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat juga mempunyai khasiat menghalau jin kafir dan syaitan yang berkeliaran di setiap sudut dunia untuk menyesatkan manusia. Malah jika anda perhatikan, kebanyakan bayi (tidak kira bangsa atau agama) yang di bawah umur setahun akan terdiam seketika daripada menangis atau ketawa pada setiap kali azan dilaungkan, malah jika kita perhati, bayi itu mengamati keindahan azan (kerana hatinya diciptakan bersih). Tetapi, adakah kita nampak seolah-olah ada kereta kebal bergerak laju menghalau jin-jin kafir semasa azan dilaungkan? Juga, adakah kita nampak seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan bayi itu tenang dan diam mengamati keindahan azan semasa ia berkumandang?


Sandaran ketiga: Kita percaya bahawa setiap amalan baik oleh setiap hamba yang soleh akan diangkat oleh Allah untuk dihisab sebagai pahala. Manakala setiap amalan buruk yang mendatangkan dosa pula akan terawang-awang di langit menunggu waktu kita bertaubat sebelum mati dan mendatangkan kemurkaan Allah (dosa akan terhapus apabila bertaubat nasuha, insya-Allah dengan kehendak Allah), dan jika tidak sempat bertaubat, amalan buruk itu akan diangkat menjadi dosa yang menunggu azab. Mohon maaf jika sandaran ketiga ini silap.


Sandaran keempat: Setiap amal ibadah memerlukan tenaga untuk disempurnakan, solat perlukan tenaga, puasa perlukan tenaga, zikir perlukan tenaga. Hasil memanfaatkan tenaga yang diberikan oleh Allah untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya akan dibalas menjadi pahala. Ringkasnya, guna tenaga ke jalan Allah akan mendatangkan pahala (dengan izin Allah). Pahala hasil dari tenaga yang digunakan itu akan diangkat ke langit sebagai amalan soleh. Pahala (hasil tenaga positif) naik ke langit. Juga mohon maaf jika sandaran keempat ini salah.


Sandaran kelima: Setiap perbuatan mungkar (mengabaikan perintah Allah) juga memerlukan tenaga, berzina perlukan tenaga, membunuh juga perlukan tenaga, minum arak juga perlukan tenaga, menyembah syaitan juga perlukan tenaga, memaki hamun juga perlukan tenaga. Penggunaan tenaga di jalan salah akan bertukar menjadi dosa. Dosa hasil dari penggunaan tenaga di jalan salah akan terawang-awang di langit dan mengundang kemurkaan Allah. Dosa (hasil tenaga negatif) mengundang kemurkaan Allah. Malah akan mendatangkan malapetaka (termasuk kiamat) sebagai balasan perhitungan kepada manusia dengan kehendak-Nya. Juga mohon maaf jika sandaran ini juga salah.


(sandaran-sandaran juga ini akan diguna dalam sambungan-sambungan topik Tenaga Ritual) (kami tidak paksa anda percaya 100 peratus, hanya Allah yang lebih mengetahui mengenai kebenaran sandaran-sandaran ini)


Selamat datang ke topik mistik dan sedikit saintifik. Gunakan segala info awal yang telah diberikan melalui artikel-artikel sebelum ini untuk memahami artikel ini.


Bersambung

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular