Translate

Khamis, 4 Mac 2010

Sistem Dajjal : Tenaga Ritual...Bah.3 (BahteraWawasan)

Kapal satelit robotik New Horizon


Kita juga sudah faham bahawa piramid dan binaan-binaan berbucu yang dibina sejak zaman sejarah tamadun purba dan juga piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini mampu menjana tenaga di sekelilingnya menjadi vortex. Binaan-binaan berbucu yang lain juga mampu menjana tenaga vortex seperti itu.


Kita ambil sandaran ketigakeempat dan kelima pula, semua amalan baik dan jahat yang kita lakukan memerlukan tenaga yang menghasilkan sama ada tenaga positif atau negatif. Perbuatan kita memerlukan tenaga. Kaitkan pula dengan pembinaan piramid moden di serata dunia (Sunway Pyramid yang paling dekat dengan kita, juga binaan-binaan berbucu yang bercirikan senibina Masonic yang lain) yang mampu menyerap tenaga dan membebaskannya menjadi vortex.


Cuba fahamkan walaupun sedikit mistik, kita membuat dosa dengan menggunakan tenaga dan piramid pula menyerap tenaga itu untuk dibebaskan menjadi vortex untuk membuka pintu Dajjal. Cuba selarikan dengan sistem mind control yang mana mereka mahu kita membuat dosa melalui program-program hiburan dan lain-lain, kenapa Dajjal mahu kita terjebak seks bebas, menagih dadah dan sebagainya sehingga mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah?


Ia mungkin disebabkan sesuatu yang diinginkan Dajjal iaitu ‘tenaga dan dosa’ yang kita hasilkan itu dapat diserap oleh piramid dan dijana menjadi kekuatan untuk membuka pintu syaitan, pintu Dajjal, dan pintu keluarnya UFO. Dosa melampaui batas yang kita lakukan pula akan mengundang kemurkaan Allah sehingga mendatangkan malapetaka yang akan berakhir dengan kiamat, yang membawa kepada keluarnya Dajjal.


(kami tidak paksa anda percaya, kami hanya mahu anda berfikir bersama kami)


Pintu vortex kerap dibuka untuk tujuan keluar masuk para jin dan syaitan, dan proses itu terus berlarutan... ia berlaku di lokasi-lokasi tertentu, termasuk di belakang rumah anda, ia tidak memerlukan kapasiti tenaga yang tinggi untuk dibuka, ingin tahu? Tunggu artikel akan seterusnya.


Bersambung

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular