Translate

Khamis, 4 Mac 2010

Ingatan Buat Wakil Rakyat PKR....

Ini bukan perkara yang boleh dimain-mainkan kerana penyokong PAS bekerja keras untuk memenangkan kamu dalam pilihan raya tanpa mengharapkan wang ringgit. Malah kami yang berkorbankan wang ringgit dan kerja keras kami dengan matlamat kemenangan dan dapat memberi khidmat yang termampu yang boleh kamu bagikan.

Kami sedar, wakil daripada pembangkang tidak mempunyai sumber seperti Umno/Bn yang kaya raya hasil dari rompakan khazanah negara. Tetapi jangan kamu korbankan amanah yang telah kami berikan dengan keringat kami dari PAS.

Kami bekerja demi Allah dan rasulnya agar sinar Islam dapat dipancarkan dibumi Malaysia ini. Kami tidak redha elaun yang kamu dapat itu sekiranya kamu berpaling dari kami. Siapalah kamu jika tidak kerana kerja keras kami untuk memenangkan kamu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular