Translate

Ahad, 25 April 2010

Majoriti 1,725 Undi, BN Menang Dalam Kalah.... Tahniah.

Mengikut kiraan undi, BN menang dengan majoriti bawah daripada 2,000 undi. Walau pun menang, BN tetap tidak dapat tersenyum lebar kerana mereka boleh dikatakan menang dalam kalah.
Memang tidak dinafikan mengikut sistem demokrasi, walau satu undi pun akan dikira menang. Tetapi bolehkah BN bermegah dengan kemenangan mereka setelah semua jentera dikerah dan banyak wang ringgit ditabur?.
Kawasan Hulu Selangor bukanlah kawasan selamat buat pembangkang, tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat dapat memalukan BN dengan menafikan majoriti yang besar. BN hanya menang dengan majoriti 1,725 sahaja.
Muhyiddin menjangkakan yang BN akan menang dengan majoriti 5,000 undi. Beliau mengambil kira kerana 3 DUN yang berada di parlimen Hulu Selangor telah dimenangi oleh BN pada PRU12 yang lepas.
Tanpa mengambil kira sentimen rakyat terhadap pentadbiran Najib One Malaysia yang banyak menyusahkan rakyat sejak beliau mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah. Disebabkan ingin memulihkan kepercayaan rakyat terhadap perbuatan beliaulah yang membuatkan beliau sendiri turun berkempen.
Berkemungkinan beliau tidak mempercayai gerak kerja yang telah diserahkan kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Atau pun sudah ada bibit-bibit pengeseran antara beliau dengan timbalannya. Hanya masa yang akan menentukan seteruk mana pertembungan antara beliau dengan timbalannya.
Walau pun Pakatan Rakyat tewas, ianya boleh diibaratkan kalah dengan penuh bermaruah. Ini telah melangkar sejarah bagaimana eratnya PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan parti-parti dalam BN semakin hari semakin tidak bermaya dengan bermacam-macam masaalah............ Syabas buat pendokong-pendokong Pakatan Rakyat kerana berjaya memalukan BN walau pun kalah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular