Sudah lama tidak menulis dan membaca artikel didalam blog-blog kerana kesihatan yang semakin teruk. Beberapa hari yang lepas, doktor pakar menyarankan agar dibuat rawatan yang lebih ektrem dengan kos RM 300 sejam setiap hari sampai kesan rawatan tersebut dapat dilihat. RM 300 sejam...... bukannya RM 3 sehari.
Bagi yang kaya, angka tersebut tidak menjadi masaalah, tetapi bagi saya ianya satu jumlah yang cukup besar. Saya bukannya Najib yang boleh membayar APCO hampir RM 190 ribu sehari untuk memulihkan imejnya. Ada yang mengatakan bayaran RM 77 juta kepada APCO adalah untuk memulihkan imej Malaysia.
Di mata dunia, Malaysia bukan masaalahnya tetapi PM nya yang bermasaalah dengan bermacam skandal. Jika dahulu pasport Malaysia sentiasa cuba dipalsukan kerana Malaysia amat disegani oleh negara-negara luar. Tidak lagi sekarang kerana para pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia telah mencalarkannya, maka Malaysia dipandang serong.
Jika benarlah RM 77 Juta untuk APCO dan RM 4 juta untuk Kickdafella, ianya patut disiasat tanpa memilih bulu. Dari segi keprofesional pula, Kickdafella adalah amatur yang tidak boleh diambil bekerja. Ini kerana kerahsiaan yang patut dipegang adalah mustahak.
Salah tetap salah dan keprofesional dalam bidang masing-masing harus dijaga sekiranya ingin mencari makan. Bagi pendapat saya, tidak salah PAS mengeluarkan duit untuk perang saraf tetapi pastikan wang tersebut adalah dari kantung PAS sendiri. Itu pun jika benar dakwaan Kickdafella yang sememangnya amatur dan jenis yang tidak boleh diambil bekerja.
Tanya Umno, berapa ratus juta telah dibayar kepada pakar strategi yahudi untuk perang saraf pada pilihan raya 1999 dan 2004 dalam menghalang kebangkitan pembangkang?. Pembelian barangan untuk kempen pilihan raya bernilai ratusan juta pun tidak dibayar kepada syarikat yang dilantik. Untuk perang saraf itu, duit milik siapakah yang dibayar, duit kerajaan atau pun duit Umno/Bn?.
Dakwaan Kickdafella yang mencari makan dengan menulis dalam blognya, bukan boleh dipercayai sangat. Kenapa saya berkata begitu?. Jawapannya mudah sahaja, apabila anda membaca artikel beliau dari mula sampai sekarang, anda akan tahu macam mana perangai dan cita-cita besar beliau. Saya pernah memaparkan artikel beliau yang dulu-dulu dalam blog saya.
Saya tidak ingin mengambil khabar-khabar yang beliau seorang peminum yang tegar kerana saya tiada bukti, tetapi saya menilai cita rasa beliau dalam penulisan. Bagi profesion seorang penulis upahan, Kickdafella memang memalukan. Setelah tiada sumber pendapatan, beliau cuba mencari nama dengan menghentam PAS Kelantan dan TGNA, orang yang beliau sendiri sanjungi.
Seorang pengecut tidak akan berani mencari kesalahan yang dilakukan oleh Umno/Bn tanpa ada orang dibelakang. Mungkin dengan pendedahnya itu, Umno akan berlari-lari mengambilnya bekerja kerana beliau adalah pakar perang saraf. Tidakkah hebat, hanya dengan RM 4 juta Pak Lah boleh tumbang...... jika benar PAS yang mengupah.
Sedangkan PAS sendiri tidak mahu Pak Lah ditumbangkan kerana ia adalah aset penting buat PAS. Jika PAS tidak mahu Pak Lah ditumbangkan, takkan PAS akan membiayai RM 4 juta untuk perang saraf. Jika bukan PAS, siapa dan dari mana sumber kewangan tersebut. Kenapa beliau tidak terus ke SPRM yang mesra PAS itu............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan