Translate

Rabu, 26 Mei 2010

Apa Lagi Khazanah Negara Yang Umno Hendak Jualkan.

Umno dan wang boleh diibaratkan macam isi dengan kuku dan tanpa wang akan berkuburlah Umno. Apa yang boleh rakyat harapkan daripada parti yang berpemimpinkan perompak. Khazanah negara bagaikan harta pusaka yang diwarisi oleh mereka. Makin tinggi pangkat yang mereka miliki, semakin besarlah hasil rompakan mereka.

Kerana itulah pemimpin Umno masing-masing sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk memenangi jawatan tertinggi Umno. Halal haram ditolak ketepi demi nafsu mereka yang besar itu dan kulit muka mereka lebih tebal daripada tapak kasut di zaman 70 an. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

Setelah khazanah negara dirompak dan dirompak dan dirompak, mereka memberi pula tanah KTM kepada kerajaan Singapura. Tanah KTM yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion dengan mudah diberikan tanpa mendapat pandangan rakyat. Media-media pencaci pula melaporkan isu tersebut menguntungkan kerajaan Malaysia kerana Singapura akan mengantikannya dengan tanah yang bernilai tinggi.

Inikah kebijaksanaan One Malaysia dalam berurusan dengan Singapura. Apakah Singapura begitu bodoh dalam isu ini? Sedangkan Singapura bukannya negara yang boleh dibawa berbincang jika ianya tidak menguntungkan mereka. Berhari-hari media pencacai menghebohkan betapa bijaknya One Malaysia berurusan.

Selepas ini apa pula yang akan diberikan oleh kerajaan BN kepada negara luar. Tanpa pengetahuan ahli parlimen dan rakyat, Malaysia telah menyerahkan dua blok minyak milik negara kepada Brunei yang benilai beratus bilion. 

Batu Putih yang berhampiran dengan Johor telah terlepas kepada Singapura disebabkan kerajaan BN tidak mengambil peduli. Di zaman Tuanku Abdul Rahman, Singapura dinyahkan dari Persekutuan Malaysia. Apa pun alasan yang diberikan oleh Umno dan pengampu-pengampunya, kita tetap tidak boleh menerimanya.

Ini disebabkan kerana kedaulatan negara tidak boleh dijual beli walau apa sekali pun. One Malaysia menyangka beliau lebih bijak daripada pemimpin Singapura tentang perundingan. Che Det sendiri menyatakan bahawa kerajaan Singapura cukup keras kepala setiap kali beliau berunding semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Mungkin kerana sambutan yang diberikan oleh kerajaan Singapura kepada One Malaysia, telah mencairkan hatinya. Apa yang pasti, One Malaysia cuba mengambil hati Singapura untuk mengembalikan imejnya yang teruk tercalar diperingkat antarabangsa. Singapura adalah sekutu paling kuat Amerika dan Israel di Asia, kerana itulah One Malaysia sanggup menjual kedaulatan Malaysia.

Inilah sikap sebenar pemimpin Umno yang akan melakukan apa sahaja dalam merealisasikan cita-cita mereka. Bolehkah anda bayangkan negara yang anda pijak ini telah dijual oleh pemimpin Umno yang korup. Sudah 50 puluh tahun para pemimpin Umno/Bn menjarah kekayaan negara untuk anak, keluarga, kawan dan para pengampu-pegampunya.

Sebagai rakyat yang perihatin, anda patut melakukan sesuatu demi keturunan yang akan datang. Gunakan undi anda sebagai penyelamat negara yang cuba dimilikdirikan oleh Umno/Bn. Andalah yang akan menentukan untung nasib bagi generasi yang akan datang.

Ingat.......... andalah yang akan menentukan kesenambungan keturunan anda dimasa hadapan supaya mereka tidak mengemis dinegara sendiri, seperti yang berlaku pada orang Melayu Singapura. Jika anda hendak mengharapkan kepada PERKASA, hentikan sahaja kerana bosnya sedang gila talak dengan Umno.   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular