Translate

Jumaat, 21 Mei 2010

Banyak Guna Kipas..... Alasan TNB, Apa Pula Alasan Celcom!!!!

'Cuaca panas, dan pengguna banyak menggunakan kipas', alasan yang diberikan oleh TNB apabila saya menulis artikel berkenaan bil letrik yang melambung tinggi. Itu pun masih berura-ura untuk menaikkan tarif elektrik kononnya TNB mengalami kerugian. Sedangkan baru-baru ini TNB mengumumkan keuntungan ratusan juta dalam suku pertama.

Dimanakah terletak kerugian sebenar TNB seperti yang mereka katakan itu sedangkan penyata kewangan suku pertama mencatat keuntungan ratusan juta. Jika itulah realitinya, maka bagi TNB yang memenopoli pembekalan elektrik keseluruh negara, keuntungan mestilah berbilion dalam suku pertama. Jika dapat ratusan juta ianya dipanggil kerugian. Kita sebagai pengguna terpaksa angkur apa sahaja yang TNB lakukan kerana tiada pilihan.

Inilah jadinya apabila sesebuah perniagaan dimonopolikan oleh satu syarikat sahaja. Mereka boleh berbuat sesuka hati mereka disebabkan pengguna tiada pilihan. Mahu tak mahu terpaksalah pengguna membayarnya kerana elektik adalah bahan penting untuk kegunaan seharian. Disini saya bukan ingin fokus kepada TNB kerana saya sudah menulis tentangnya pada artikel yang lepas, dan kali ini berkaitan Celcom pula.

Pada jam 11.51 a.m 10 Apr. 2010, saya menerima satu SMS yang terpapar...... 
Celcom
18-Apr-2010   11:51 a.m.
" Update : Yr usage of RM93.80 as at 180410 
has reached 91%-99% of yr credit limit.
Pls make as yr line maybe barred. Bill info, dial *119# "

8 minit kemudian saya menerima satu lagi SMS daripada Celcom dengan paparan.....
Celcom
18-Apr-2010   11:59 a.m.
" Reminder : Yr usage of RM100.20 as at 180410 
has exceeded yr credit limit. Pls make immediate
payment as yr line may have been barred. Bill info, dial *119# "

Sedangkan dalam masa lapan minit tersebut saya tidak membuat mana-mana panggilan pun. Bagaimana bil yang perlu dibayar boleh berbeza dalam masa lapan minit dan tambahannya pula ialah RM 6.40. Saya rasa perkara ini banyak berlaku tanpa disedari oleh pelanggan Celcom. 

Bukan itu sahaja, pada pagi 10 Mei saya buat panggilan kepada 1111 untuk mengetahui berapa lagi baki yang saya perlu bayar. Mereka menyatakan bahawa baki tersebut ialah RM179.65 dan pada tengah harinya saya ke Celcom Ipoh untuk membuat pembayaran. Yang menghairankannya jumlah yang perlu saya bayar di Celcom Ipoh ialah RM117.65. Tidakkah itu suatu perkara yang pelik bagi sebuah syarikat yang besar lagi ternama?.

Saya bertanya kepada pegawai Celcom Ipoh kenapa bil saya boleh berubah dari RM93.80 kepada RM100.20 dalam masa hanya 8 minit. Andaian diberikan mungkin SMS itu telah diprogram 2-3 hari yang lepas dan mungkin sistemnya terlambat sampai kepada pengguna talian Celcom.

Satu alasan yang tidak masuk akal bagi kita kerana Celcom mengendali berjuta-juta SMS sehari. Semua orang maklum bahawa SMS hanya mengambil masa beberapa saat untuk dihantar dan diterima. Jika itu alasannya, apakah SMS yang kita hantar akan mengambil masa 2-3 hari baru sampai kepada penerimanya.

Jika kerana sistemnya membuatkan ia lewat 2-3 hari kenapa ianya berjarak 8 minit sahaja melainkan SMS itu diprogramkan pada hari yang sama. Sepatutnya SMS yang pertama dihantar pada16 Apr dan SMS kedua dihantar pada 17 Apr. Pengguna menerima yang pertama pada 18 Apr dan yang kedua pada 19 Apr.

Sebagai sebuah syarikat yang besar, Celcom sepatutnya memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggannya. Bukannya memberi berbagai masaalah kepada pelanggan mereka apatah lagi sejak kebelakangan ini pengkhidmatan Celcom amat mendukacitakan. Itu pun nasib baik tidak dimonopolikan lagi, jika tidak jadi macam TNB la.

Itulah cara perniagaan yang tidak berteraskan ISLAM dimana mereka akan mengaut keuntungan sebanyak yang dapat tanpa mengira kesulitan penggunanya. Mereka akan menghirup sampai kering darah pelanggannya tanpa ada yang berani mengambil tindakkan. Ini disebabkan mereka secara tidak langsung mengawal politik pemerintah dengan menghulur berpuluh-puluh juta sumbangan kepada parti/individu.

Oleh itu saya menasihatkan anda supaya peka dengan segala SMS dan penyata yang diberikan agar anda tidak tertipu. Setiap sen yang anda bayar adalah untuk perkhidmatan terbaik yang anda mahukan. Tidak seperti sesebuah syarikat, semakin besar syarikat semakin besarlah helahnya. Bayangkan jika anda ditipu 10 sen, mereka akan untung berjuta-juta.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular